Tuesday, October 14, 2008

Mimpi Sang Naga

Sudah dua malam aku bermimpi buruk..
Dan semalam aku bermimpi lagi..
Dikejar oleh binatang purba,
Badannya ular..berkepala naga,
Tiada kaki, tidak bertangan , menyusur laju umpama cahaya
Badan bersisik perak, bergigi taring suaranya nyaring..
Sisiknya keras, matanya dalam..keningnya tajam
Tidak berkepak..berbadan besar namun panjangnya tidak..
Tiada rambut namun berkepala, Lidahnya panjang tidak terkira

Mengejar..dikejar..aku dikejar..
Hanya anak mata aku yang dicari..ingin dirobek ingin dirabak..
Aku tak pasti ape tandanya..
Aku tak pasti ape pesanannya..
Ada sesuatu yang ingin disampaikannya..

Hidup ini semakin hari semakin kompleks..Mungkin aku perlu bersidai di shopping kompleks..
wallhualam...

Ps :- Aku juga mimpi aku dikejar lebah yang amat besar..Aku di sebuah jalan yang lurus..Dibelakangku ada seekor lebah yang amat besar..Ingin menyengat..ingin melumat..dan di tepi jalan baru kulihat ular berkepala naga cuba mengejar aku..Ada suara yang berbisik..dia hanya mahu anak mataku..Aku confiuss...

8 comments:

~ujicham~ said...

Kau ni berhayal banyak! Sampai bawa masuk mimpi.
Tapi kan, kalau anak dara mimpi kena kejar ular pastu kena patuk tu tandanya ada teruna yang suka & nak memasuk meminang. Tapi kalau teruna yang mimpi kena kejar ular kepala naga.. uish.. lu piki la sendiri. Tp apsal diorg nak mata kau? Hmm.. mungkin nak goreng telur mata mogen (ala2 telur mata kerbau) hahaha.

Wardrobe kita said...

mimpikan ular...

ckp2 org tua nk putus tunang..mungkin ada benarnya jugak coz kakak aku pun pernah mimpi mcm ni...

I feel good today..
Thanks a lot..

Mogen Ali Rico said...

uji rashid..
ewah ewah ewah..ko nak goreng mata aku uji..sampai hati ko nak buat mata aku jadi hidangan makan bedamai ko nanti..sob sob

qaseh..
ermmm..iskkkk..errkkkk..yang penting ko dah ok..yeayy!!!!!!!!!!

Ada sorang hamba Allah kirimkan artikel pdf pasal mimpi..thankk yer..


1)Melihat lebah yang bertubuh besar = Kemungkinan akan muncul musuh yang tak terduga
2)Melihat naga = Akan beruntung.
3)Dikejar naga = Akan beruntung.
4)Dikejar dan diserang naga = Kejadian buruk akan muncul dalam hidup.
5)Mimpi melihat seekor ular naga, maka pertanda akan mendapatkan keberuntungan atau
mendapatkan seorang anak yang bijaksana.
6)Mimpi dikejar seekor ular naga, maka pertanda akan mendapatkan rejeki

waallahualam

Kapten Luffy said...

kenapa ko selalu mimpi pelik2?

AL-BIMA SAKTI said...

salam,

dikejar lebah maknanya rezeki akan masuk...

di kejar labah-labah bermakna anda perlukan perlindungan supaya rezeki anda tak disapu orang lain...

Mogen Ali Rico said...

Saudara Bima Sakti..

Terima kasih atas tapsiran..Semoga yang baek2 sahaja hendaknya..

coffeemaker a.k.a "juliet naughty" said...

u r most welcome...

bila hati xtenang..bila fikiran kacau ..kembalilah segera kpd Tuhan..Dia akan berikan ketenangan yg manusia lain xmampu berikan kpd kita...hanya ketenangan drNya yg mampu menguatkan hati kita...

Insyaallah..

hafiz said...

anak mata kau mungkin menggoda bro. sebab tu dia nak anak mata kau!