Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, December 30, 2008

Resepi Telur Mistik

Holaaaaaaaaa..mak leha kembali lagi dgn resepi terbaru yang gerenti sedap tahap restoran tupai2..Walaupun tajuk resepi ala2 kelakar seram gittew tapi mak leha yakin resepi ini mudah untuk dimasak dan senang dimakan begitu saja.. Peringatan, utk mendapatkan feel yang lebih jitu..resepi ini hendaklah dibuat di dalam gelap utk membangkitkan perasaan seram ala2 mistik ketika memasak.

Bahan-bahannya adalah:-
1) Bawang puteh dan bawang merah
2) Telur ayam jantan
3) Cabai
4) Garam & sos tiram

Caranya2
1) ketuk bawang puteh dua ulas..potong bawang merah betul ring
2)Panaskan minyak dgn suhu sekitar 80-90 darjah celcius..
3) Tumis bawang puteh sampai baunyer harum semerbak
4) Masukkan air
5) Kacau2..pastu masukkan bawang merah + cili.
6) Masukkan sos tiram utk menjadikan hasil masakan lebih gelap dan meyeramkan
7) Masukkan Telur yang dah digoreng
8) Tunggu kejab.sambil2 tue bolehlaa buat aksi2 seram utk menambahkan impak keseraman ittew.
9) Siapppp!!!!!!!

Petua makcik leha.
1) Nak lagi sedap..tambah sos tomoto + sos cili..gaul sampai lumat..rasanya kan lagi hebat
2) Hidangkan dgn nasik..jgn makan begitu sahaja..ini bukan mee goreng
3) Jgn lupa padamkan api selepas memasak.
4) Jgn kentot!!ini amaran keras ketika memasak..

Sekain..

Wednesday, December 17, 2008

Nasik Ninja



Aku masak smlm sebab aku tensen..Kenapa aku tensen..aku pon tak tahu nape aku tensen..nak datang piyed kot..miahahahah..Hari nie aku masak nasik ninja sebab aku lapar nasik..lagipon ninja suka makan nasik..Ari2 aku makan cekodok..muka dah mcm katak pisang..aku try buat mash potato..tapi tak jadik..last2 aku makan mash potato ngan cekodok..esoknyer..ngan mash2 potato aku gaul ngan cekodok..dah jadi meshodok..

Aku nak tulis resepi nasik ninja nie..sesuai pada bujang2( tun mamat, sparky, luffy & sape2 yang mengaku bujang) dan para suami yang isterinya tinggal berjauhan dari isteri ( aku tujukan khas pada wari + Tuan fly ( boleh ker..wife kene gi kursus 5 hari))..lalala..resepi nie jugak sesuai pada anak2 dara yang suka memasak ( Puan galuh, hanis, qaseh ,anntaj & etc ) dan juga pada makcik pakcik ( uji, uncle moundtweller, makcik melayu angkat & etc) yang teringin nak cuba resepi ala2 ninja utk hidangan makan malam ataupun hidangan sahur. Cara masak mudah..bahan pon tak bayak..nak masak time camping pon boleh..

Antara bahan2nye :-
1) 4 biji bawang merah ( kecik beso terpulang..aku suka beso sebab kupas 2 bijik dah setel)
2) 2 biji bawang putih ( nak letak bayak pon boleh..tapi siaplaa ketiak mesti bau bangkai)
3) lada - aku pakai lada dalam botol jer..
aper lagik..aku pon dah luper..haaa
4) Udang kering - kasik rendam kalu sampai lembut..pastu hancurkan
5) Ayam - ayam kasik hiris kecik2..senang nak kunyahh
6) Sayur - semua sayur boleh kasik taruk..carrot ke, daun kobis ker..daun rambai ker..daun khetom pon boleh.

Cara masak.
1) Panaskan minyak sampai kekuningan
2) kasik goreng itu bawang putih..bila dah bau sedap.masuk bawang merah..
3) Masukkan lada + sos tiram + sos tomato
4) Kasik gaul baek punyer..masukkan ayam..tutup periuk tue dgn menggunakan tenaga dalaman
5) Api jgn kasik besar sangat..kasik suam2 kuku jer..ini membolehkan pengudaraan di dalam periuk tidak kluar dan menyebabkan aroma masakan menyerap masuk ke dalam liang2 stoma daging ayam yang menyebabkan beliau akan lebih empuk dan menarik.
6) Bila dan siap..goreng telur mata kerbau dan hidangkan dgn nasik.Penggunaan kicap amatlah dialu-alukan.Wasabi pon boleh..baru laa ninja..

Petua makcik leha.
1) Time potong ayam jgn lupa selawat..masa nak goreng bawang baca2 laa doa.
2) Lepas potong ayam, gaul dgn tepung dulu dan basuh utk kali kedua.Ini utk buang bau2 hanyir dan bau2 kentut ayam.
3) Jangan menyanyi ketika memasak.Ianya dikhuatiri akan memancarkan rembesan2 air liur ke dalam masakan dan lauk akan cepat basi.
4) jangan kentut ketika memasak..Gas yang tidak elok itu akan masuk ke liang2 stoma ayam dan menyebabkan ayam akan berbau stokin.

* Udang kering tu korang leh simpan balik dalam peti ais..sebab aku lupa nak masukkan..

Sekain

Wednesday, December 10, 2008

Cucur Meggie yang sedap

Hari nie aku lapar dan lapar dan terus lapar..Aku pon tak tahu apasal perasaan lapar aku menjadi2 mungkin dah nak period kot..ahakss..So dengan resepi dari Pn Galuh memandangkan bahan2 ini jer yang ada kat dapur dan dgn perasaan malas nak kuar ke kedai..so aku telah disyorkan utk membuat cucur meggie yang mudah dibuat dan tanpa was was.Puan-puan, antara bahan yang diperlukan utk membuat respi ini , sila lihat bawah..lala

Bahan2:
1 bungkus maggie
4 cawan tepung gandum
1 batang carrot - dihiris panjang2
1 biji bawang besar dihiris2
* taugeh ] ikut suka
* daun bawang ] suka hati
* daun kucai ] lantak korang laa
* daun sup ] ape2 jerlaa
* lada hitam/putih, ditumbuk ] belasah jerlaa

p/s: nak campur ikan bilis/ udang/ sausage yang dipotong2 / sotong kurita / umang2 / lemang pun boleh asalkan ditonggeng halal.

Cara2:
1) Maggie direndam lembut dan ditoskan.
2) Campurkan semua bahan.
3) Masukkan air dan gaul rata2 - agak2lah macam kita buat cucur kodok.
4) Lepas tu, bolehlah goreng. Minyak jangan lupa panaskan dulu.pastikan minyak yang ditapis 2 kali tapisan.lalala
5) Gunakan kepanasan api dari 50-70 celcius
6) Dah masak boleh makan, cicah dengan sos cili atau sambal ikan bilis.

Petua2 mak bedah
1) campur sebiji telur untuk lembutkan adunan.
2) maggie kena gunting, kalau tak, alamat berjurai panjanglah.
3) waktu nak goreng tak payah bulatkan. selalunya goreng macam cucur udang. Saiz gorengan tu tak kisahlah, nak besar - pinjam senduk makcik leha, nak kecil – pakai sudu jer
4) Nak tahu cucur dah masak, cucuk cucur dgn garpu kalo termbus kire dah masak dah.

Selamat mencuba

Sekain