Meet me here!!
Thursday, October 15, 2009
burung...
Tuan..Kenapa aku tidak boleh terbang bebas??
"Apa yang kau mahu di awan? semuanya sudah tersedia di sini..jgn kau terbang ke awan..nanti kelak kau akan ditawan..kau tak tahu apa yang terjadi pada masa hadapanmu..aku lebih tahu ttg dunia kerana aku sudah lama hidup darimu..kau harus ikut cakapku..biar aku yang tentukan nasebmu..kau duduk di sini..aku jamin kau akan selamat.."
tapi Tuan..
"kau jgn degil..kau ikut saja ckpku..jgn melawan kataku kalo mahu selamat"
Tuan..aku sedar aku masih mentah dalam menilai ttg dunia..aku akui aku byk terhutang budi padamu kerana menjagaku..tapi..aku harap tuan tidak lupa..walaupun selamatnya aku disini..walaupun mewahnya aku disini..walaupun jaminan masa depan yang kau risaukan akan sentiasa menyebelahi aku..
AKU TETAP BURUNG..DAN MMG SIFATKU UTK TERBANG..JGN MENIDAKKAN FITRAHKU HANYA KERANA MASA HADAPAN..KERANA AKU PON TIDAK TAHU SAMAADA AKU DAPAT MENGHABISI HARI INI DENGAN SELAMATNYA..
Tuesday, October 6, 2009
listen to memories
thanks to rachel yang bagi lagu nie pada aku..aku siap nyanyi2 lagu nie nak kasik die tahu lagu ape tapi ternyata lirik ke laut..tapi die mmg cekap memproses nada-nada sumbang yang aku dendangkan..yeahhh..
Sunday, August 30, 2009
Kalam yang berkata-kata
sewaktu kalam ini digubal..warna hitam dan putih menjadi taruhan..lebihnya yang hitam..yang putih tidak lagi kelihatan..aku dipersimpangan memilih warna..warna yang menentukan tujuan..tujuan membawa ke perhentian..aku hanya punye dua pilihan..hitam dan putih..namun aku lebih rela memilih jaluran di tengah..warnanya kelabu namun jalurnyer amat halus..namun lebih baik dari memilih antara salah satu nya..kerana ku pasti..jika salah satu kupilih..ketawa dan tangisan yang menemaniku sampai bila2..
sewaktu kalam ini berkata-kata...aku sudah tidak punya kuasa utk memilih..aku tidak punye tanggungjawab utk merancang..namun berputus asa bukanlah alasan..akan ku tuju jaluran kelabu itu..walaupun halus ..walupun kelam..namun aku pasti..tiada siapa yang menangis..tiada siapa yang terkilan..kerana aku tetap aku..
Aku beralah namun xbermakna ku kalah..
Wednesday, August 12, 2009
Hebatkah aku??
Sedang aku bersinar menyinari bumi,dihalang pulak dek sang awan..Tertanya2 aku di dalam hati.kuat betul sang awan..kan bagus kalau aku jadi awan..Ditakdirkan..jadilah aku awan
Sedang aku memayungi bumi dari matahari, ditiup pulak dek sang angin.Tertanya2 aku di dalam hati.kuat betul sang angin.kan bagus kalau aku jadi angin..Ditakdirkan..jadilah aku angin
Sedang aku meniup2 sang awan, dihalang pulak dek sang gunung.Tertanya2 aku di dalam hati.kuat betul sang gunung.kan bagus kalau aku jadi gunung..Ditakdirkan..jadilah aku gunung
Sedang aku menahan sang angin, dicangkul pulak oleh manusia..
Dan aku baru sedar..Hebatnya aku dulu..
Friday, July 3, 2009
Melangkahi waktu
Antara langkah dan waktu..kita sering bergaduhan....
Perbuatan, percakapan dan penulisan..
adakah ianya sentiasa seiring??
Thursday, July 2, 2009
Antara kaki dan sang bulan
Sunday, June 28, 2009
Mimpi yang panjang

tatkala aku terbangun dari tidur yang panjang smlm..
Baruku sedar, aku masih di atas katil keseorangan..
rupanya...
indahnya mimpi bersama org yang tersayang..
Semoga suatu hari nanti..aku kan terjaga dari lena yang panjang..tiada lagi mimpi..tiada lagi ilusi..tiada lagi angan..semuanya realiti
hitunglah mimpi yang membunuh realiti dengan surga ilusi
Thursday, June 25, 2009
kevakuman masa
sesuatu yang berdetik akan tetap berdetik
sesuatu yang berlegar akan tetap berlegar
berat, sarat melangkah tidak bertuan
pantas, keras menghukum haluan
tanpa kelibat, tanpa angin tanpa bayangan
tiada noktah ...... hanya persoalan
berotopetlah sang bulan bertuntun ke bumi mencari sang langit di tangan senja yang makin memerah..terkenangkanlah aku pada bayu gunung, gemersik tasik, seruling pantai,lambaian nyior, bebelan sawah ,teriak sang ikan dan kata2 sang tanah tentang alam..akan tibanya lagi detik itu..akan datangnya lagi putaran itu..dan aku akan berlegar dengannya hingga noktah pengakhir riwayatnya.
ketepek ketepek ketepek..derap sang kaki..melangkah tanpa menoleh..kembali tanpa berdalih..
Jumpa lagi kawan -kawan..
ku kembali dengan kerinting..ku pulang dengan rebonding..hiyak hiyak hiyakkkk..tataaaaaaa..
Tuesday, June 16, 2009
Pasir kasih
Rasanya sudah lama tidak menulis menggunakan hati..lakaran dan olahan kata tidak lagi gemersik, tiada lunak, tiada gubahan kata..dan terhasillah kalam yang kosong, tanpa pengisian dan tiada jiwanya..
Aku yakin benar..aku bukan penulis..seorang penulis akan kembali kepada ayatnya, perenggannya dan sentiasa menemukan sesuatu yang baru.Diperbaiki karyanya, dihalusi penyampaiannya,diperindahkan katanya,diperkukuhkan semangatnya dan ditajamkan ilmunya.Sehingga segalanya diyakini memuaskan barulah karyanya diterima sempuna.Namun, ianya hanyalah sempurna sementara kerana jika makin diteliti akan tetap ada kecacatannya.
(10 menet berlalu)
Ada batuan yang berat menghalang penulisan..ada kebingungan..mungkin aku perlu tidur..atau aku perlukan jawapan?
- Muhammad Hj Salleh -
Sunday, May 31, 2009
Kisah rempit
tiba2!!!..tiba2 aku dipotong oleh seekor minatang yang sangat pelik dan hodoh..dah laa potong belah kiri pastu tak angkat tangan..Ni yang aku mula hilang sabar.Bukan kena bayar kalo angkat tangan..aku mmg tak bleh sabar lagi..Aku terus drop gear dan menekan Nos sehingga terkeluar api di buntut paip ekzos kereta.adegan kejar mengejar berlaku.Namun minatang itu tidak mengalah..minatang itu terus memecut dengan memasuki gear 3 dan mengeluarkan asap tebal dari muntut keretanya..aku tidak berputus asa, aku cube mencilok-cilok di celah2 batang lampu dan cuba memotong.Minatang itu cuba menghimpit aku ke tepi tapi aku bijak mengelak..aku tarik handbrake dan membuat pusingan U dengan selamba dan mula memandu reverse dengan kelajuan cahaya.Minatang itu terus memecut laju dengan menggunakan kuasa turbo hasil tindakbalas kimia di dalam enjin beliau.aku semakin terdesak..aku terpaksa mengambil keputusan terakhir..aku terpaksa bertukar!! kungkangkungkang ( ini adalah bunyi transfomers bertukar)aku telah bertukar menjadi robot..aku cuba mengejar sambil berlari dan rupa2nyer memandu kereta lagi laju daripada menjadi robot yang berlari.aku tukar balik kepada kereta dan mula mengejar.Adegan kejar mengejar semakin dahsyat..masing2 mula mencilok2 di bawah lori,di celah2 penghadang jalan hingga ke dalam longkang highway.dan tiba2...ade trafik light dan kami pon sama2 berhenti..sekian..

Inilah minatang dari pandangan depan..sungguh hudoh
source :- http://www.lti.co.uk/home.php
kesimpulannya..aku lebih suka melihat dari pandangan belakang..gagagagagaggagaag
Saturday, May 23, 2009
Pasir Dan Batu
Pasir ooo pasir ..Kalau dah dijadikan pasir..mengaku sajalah..berangan menjadi batu tak salah..namun berusalah..tak mustahil pasir kan menjadi batu dan batu takkan kekal selamanya batu..Apa yang dimalukan pasir..bukan hebat sangat menyamar menjadi batu..dah berbulan2 dah pasir ko menipu.Sampai aku ngan kak galuh pon ko tipu..Musibat!!!!!!!
Aku haraplah pasir, apa yang penah ko citer semuanya tipu..Bab2 family jgn tipu2 pasir..pantang tok moyang tue lahanat..Harap2 mak ayah ko pasir masih hidup,awek ko pasir pon masih hidup.. ko pon pasir harap sehat xmasuk spital.Pasal bende2 lain aku malas nak amek pot pasir..lantaklah kalo Sultan sepupu ko pon ade aku kesah.Ko pergi russia ker, ngeteh kat australia ker..lantaklah..Tapi ngan member2 aku sekali pon pasir ko lebong..Bertuah member aku tunggu rumah sewa ko..nasib baik member aku tak dok bawah jambatan.kalo tak..ko nampak meja makan umah mak ko..kat empat2 bucu meja aku sodomikan ko secara laju2..Kadang2 aku peliklah pasir, ape modus operandi ko buat semua nie pasir..ko mari sini kasik aku sekeh palkon ko kejab pastu gi balik semula..huhh
Malam nie aku baru nak bikin post lain tapi mood suda tukarlah..nasib baik aku sempat makan nasik lauk ayam kunyit sambil beramas mesra ngan kak galuh..kalo tak pasir..aku jentik2 telo ko sampai kembang.
Kalo aku hempok kepala orang pakai batu nie..agak2 ape yang akan jadik?huhh
Thursday, May 21, 2009
Persoalan 1
Sila kongsi2 pengetahuan anda sebelum aku gunting!!!!!!!
Tuesday, May 19, 2009
Perumpamaan hidup..
Ada yang menyatakan hidup kita umpama roda, tapi jgn sampai tersalah putar
Ada yang menyatakan hidup umpama warna, tapi jgn tersilap pilih tona
Ada yang menyatakan hidup umpama pelita, tapi jgn lupa isi minyak
Ada yang menyatakan hidup umpama layang-layang, tapi jgn sampai putus tali
Ada yang menyatakan hidup umpama aiskrim, tapi jgn sampai cair
Ada yang menyatakan hidup umpama lautan, tapi jgn sampai lemas
Ada yang menyatakan hidup umpama mimpi, tapi jgn lupa mandi wajib esoknya
Namun pada aku.. hidup umpama memandu...
Apabila semuanya datang kearah kita, baru kita sedar kita di laluan yang salah...
Thursday, May 14, 2009
Apa yang aku dan korang buat??
1. Korang sedang baca post aku
2. Sekarang korang sedang pikir ape yang aku cuba nak buat.
4. Tapi korang tak sedar aku dah skip no 3.
5. Sekarang korang tengah check.
6. Korang pon tersenyum.
7. Korang still baca post aku nie.
8. Korang still tak paham ape yang aku nak nak buat.
10. Korang tak sedar aku sekali lagik skip no 9.
11. Sekarang korang tengah check balik.
12. Akhirnya cuma ade 10 perkara yang kita buat bukan 12 tapi kita xsedar
Adakah kita pernah sedar perilaku kita yang diluar kesedaran...
Nobody is perfect but how can I convince myself that nobody's perfect?
If Practice makes perfect, and nobody's perfect, then why practice?
hmmmmmm........
Tuesday, May 5, 2009
Prison of hate
namun setelah 10 minit berlalu..sameon dan kamaruddin mula bermain bola bersama2, ketawa bersama dan menikmati hari dengan gembira.
kejadian itu disaksikan oleh keluarga kanak2 tersebut, sambil ibu kanak2 tersebut menggeleng kepala dan bertanya kepada abahnya dengan bahasa omputeh "how do kids do that?how can they be at each other's throat one minutes and get along with each other so famously the next?"
Si abah pon menjawab dengan bahasa omputeh yang broken.."it's easy darling, they choose happiness over righteousness!"
Kisah yang simple namun mengandungai pelbagai makna.Aku melihat bagaimana kita memilih dan fokus apa yang lebih penting di dalam kehidupan.Cara kehidupan yang mana yang menjadi pilihan.Bagaimana abiliti kita utk menyerap keadaan dan di dalam tuntutan sosial dimana kita memerlukan antara satu sama lain.Sepanjang rentetan perjalanan sosial kita akan sentiasa belajar bagaimana hendak memperbaiki diri utk tidak membenci dan belajar utuk memaafi.Inilah namanya kehidupan.Belajar memahami kesilapan diri.Tidak menuding semuanya kepada org lain.Belajar memaafi, belajar merendah diri dan mengaku kekurangan diri sendiri.Perbuatan yang sama akan menghasilkan ouput yang sama.Jika perkara yang buruk berulang2 kali terjadi, jgn tuding masalah itu datangnya daripada org luar.lihat diri sendiri, perhati dan hayati diri sendiri.Mesti ada sesuatu yang perlu dibaiki...
Jika tidak, percayalah kita akan terpenjara dalam kebencian diri sendiri..
Antara cinta dan benci jaraknya terlalu dekat..berhati hatilah..
sekian
( it's is sewiussssssss...it's sewiiussss..wonder pet wonder pet!!!!)
Friday, May 1, 2009
Senja sang buruh
Friday, April 10, 2009
Boss
"Kami wajib bersedih atas kehilangan ini!!" kata onur walaupun aku tahu inilah hari gembira yang perlu disambut untuk pembebasan dari tekanan kerja oleh seorang yang bergelar boss..
Wednesday, March 18, 2009
Hadiahkanku senja gembira
Titipan senja yang merona angkasa
Tiada bintang tiada bulan
Seakan tiada duka tiada sengsara
hanya gembira menemani dunia
Di senja inilah tempatnya bercanda
Menyemai kasih berjanji setia
andai ku tahu indahnya senja
tentu kuhadiahkanmu dengan jingganya
Dan senja ini juga kau hadiahkan cahaya
Cahaya pelangkap aneka rona
hanya bunyi-bunyi riang yang berkumandang
hanya bunyi2 zikir dan munajat tanda kesyukuran
hanya bunyi2 rengkohan si kecil diribaan
hanya bunyi2 dengkuran si kecil di pangkuan
Nikmatilah dan bersyukurlah diatas segala penantian
senja gembira ini akan datang tiba lagi..
Namun ku tak tahu untuk siapa gilirannya......
Dapatkah kau hadiahkan senja gembira ini untukku, sahabat?
( Tahniah pasangan fly & Catlina diatas kurnian cahaya mata pertama tepat jam 7.26 petang..Semoga kalian gembira sentiasa)
Tuesday, March 10, 2009
Dongeng si Pentowekk tabung..
Shopping shopping shopping!!!
Tidakkkk..adakah aku sudah terkena buatan sihir sang labi2 atau termakan sumpah sang kelembai utk menjadi shopaholic??Darn!!!..( ini mesti hanis telah menyadurkan unsur2 shopping beliau kepada aku dengan secara senyap..ko santauping aku yer nis!!!!hamek nie..bankaiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!)
Hari nie aku towekk tabung dengan hidung kempang kempis..( ini dinamakan simpton Uji, penyakit nie tidak merbahaya..harap maklong! )sebab aku nak kire duet syiling yg aku ade untuk dbawa bershopping..sepocen..dua ocen tige ocen..Yeayy!!! ade 5 ratus ocen niehh..boleh beli keter mini coper sebijik..bas mini pak ali sebijik dan pasaraya mini sebangunan..atuk kayo!!.. uhuk2..nape sikit jer nie..mesti ade toyol cuwikk nie..waraghhhh...hamek nie...zabimaruuu!!!!!!
Sambil2 aku termenung dikala aku qada' hajat. rupe2nyer tahun nie aku ade byk wishlist yang aku hajati..Sambil2 aku kerut2kan dahi tanda meneran secara ilmiah sempat aku terjengket2 mencapai laptop dan listkan wishlist aku untuk tahun 2009
1- Nikon SB-900 Speedlight - kalo dpt SB-800 pn dah syukur coz SB-900 reganya cam unta!!
2- Sony Vaio laptop - Mak nak screen kecik nyahhh
3- Porch Samsonite - Yeayy!! checked!!!
4- Acqua Di Gio Giorgio Amani perfume - Den berazam nak tukar balik bau ke asal
5- Wallet Samsonite
6- Tiffany 1837 link bracelet ( prefer titanium in galaxy, titanium in midnight oso can!!) - buat hantaran utk diri sendiri bagus nie
7- Hard rock cafe Tshirt - at least 1 for a year
8- Walkshort - Oliver walkshort idaman ku
9- leather Sandal - kalo boleh nak renoma jugak walaupun ianya jenama spender
10- External hard disk 2 tera - gue nk simpan byk movie niehh
11- Tshirt collection - baju 10 hengget pon den xkesah
12- Pakaian dalam - ahakk..apaqarahhhh!!!!!
13- Novel & Book - Kenneth Blanchard collection maybe a good start
14- Samsonite black label luggage
15- Seiko Model SPC009P1
16- Iphone
* blue - Sudah beli
* Red - Jgn mengade2
* Green - Wajib beli
* Pink - Takde pon takpe
* Purple - Kumpul duet dulu laa
piangg!!!..gilo apo wishlist mcm nie..nie dah mcm list barang hantaran dah nie..uhuk uhuk..cukupker nak bawak shopping nie.waraghhhhh (sambil lompat2 atas simen sampai pengsan)
sekain..
Thursday, March 5, 2009
Jika kau kawan sejati..
Jika kau kawan sejati, kau akan menunggu ketika aku berkata "tunggu aku"
Jika kau kawan sejati, kau akan tetap disisi ketika aku berkata "tinggalkan aku"
Jika kau kawan sejati, kau akan tetap membuka pintu meskipun aku belum mengetuk dan berkata "bolehkah aku masuk"
Jika kau kawan sejati, kau takkan hanya melupakan aku namun kau akan cuba memaafkan aku
Jika kau kawan sejati, kau takkan hanya mendengar aku namun kau akan cuba mengerti aku
Jika kau kawan sejati, kau takkan hanya melihat aku namun kau akan cuba merasakan aku
Jika kau kawan sejati, kau takkan hanya melepaskanku namun kau akan cuba mempertahankan aku
Aku lebih rela melihat kau menangis tersedu2 dari mencucurkan air mata di dalam hati,
Air mata yang keluar di mata dapat ku tebus, namun jika kau menangis di hati pasti menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang.
Kawan yang membawamu ke dalam pelukannya dan menangis bersamamu… adalah kisah cinta agung yang tidak pernah kita sedari...
















