Showing posts with label Mimpi. Show all posts
Showing posts with label Mimpi. Show all posts

Saturday, September 13, 2008

Mimpi lagi..

Aku mimpi ngeri lagi tetapi kali ini.....

Aku mimpi banjir besar..aku dgn seorg watak pompuan yang aku tak kenal berusaha selamatkan diri dari banjir yang ala2 tsunami (bayangkan ko kene kejar tahap air yang amat besar ala2 tsunami tapi bentuknya mcm ombak yang amat ganas) .

Tapi akhirnya aku berjaya selamatkan diri dgn kereta aku walaupun kereta aku dah tahap tenggelam tapi still boleh start dan berjalan dalam air ( ala2 kapal selam)

Setelah selamat, kereta aku pulak dicuri org..Sedih gile mimpi nih..

Persoalan?
1 - Sape watak pompuan yang aku tak kenal tue?
2- Kenapa diorg nak sngat curi kereta aku..Sebelum nie aku mimpi kereta aku pon kene curi juga..

Aku konpius (2x)........

14/09/08 01:25 am
(Aku tulis ngam2 aku tersedar dari mimpi)

Monday, September 8, 2008

Pesanan si kembar yang tak berapa siam..

Mengikut pesanan kembar aku..kalo kita mimpi buruk2 kene bagi tau org..so biler dah bagi tau org mimpi buruk tu dah tawar dan tidak lagi berkesan kepada empunya badan.So oleh kerana aku mimpi buruk malam tadi..aku terpaksa tepung tawar dgn share perihal mimpi kepada semua org..tapi nie utk mimpi buruk jer..kalo mimpi basah jgn citer kat org..nanti kurang "feel"

Ini kali kedua dalam dua minggu aku mimpi bangunan tahap runtuh2 dan bandar hancur berai..aku pon heran..kali nie mimpi aku berkisar di sebuah bandar..aku mimpi aku tgh bawak keter..pusing bandar..tiba2 tayar belakang aku pancit..pastu terjumpe member lama (si filani )..si filani ni bawak moto dan die parking kat tepi jalan dan aku berborak dgn dia..rupe2nyer aku borak depan rumah member lama aku yang dah lama gile tak jumpe..hanim name dier..so hanim tetiba kuar rumah dan kitaorg bertiga berboraklaa pong pang pong pang..pastu tah mcm mane tah..si member aku hanim nie amek keter aku dan terus lari sama2 ngan si filani.so aku try nak kejar tapi tak dapat..

pastu camner tah..mcm kisah nie keesokkan harinya..aku datang balik ke tempat si filani parking moto yang merangkap depan rumah si hanim tue.aku tgk suasana mcm kelam kabut..moto member aku terbalik..kete aku terbakar..kawasan bandar tu sunyi sangat2..nampak jelas bekas2 bangunan yang runtuh..terbakar sana sini..suasana bandar tadi memang betul2 teruk mcm citer resident evil.Awan gelap..angin kuat dan betul2 seram..Suasana pulak sunyi dan aku macam bersorangan dalam bandar tue..aku merayau dalam bandar dan aku jumpe sorang tua.aku tnyer die mane semua org.Die ckap semua org dah mati.Aku tanyer balik..kenapa aku tak mati..dan aku takleh luper org tue jawab..

"hanya manusia yang ada dua yang akan terus hidup, pasti org kedua itu telah mati dan hanya tinggal engkau"

aku konpiusss...

Tuesday, September 2, 2008

Mimpi si kunang-kunang

02-September-2008 ( Hari Kedua)




Tubir mata aku berbutiran sepanjang hari..sangapku menemani sepanjang masa..aku kantok..aku letih..semuanya kerana semalam...

4 jam selepas berbuka hari pertama..( backgroud music mode "on")

Burpp..burpppp dan burpp..irama kenyang bersahut sahutan menandakan kepuasan dunia..Aku terbaring puas merayakan kemenangan hari pertama namun sebenarnyer tewas pada malamnya.Tapi nasib baik ianya tidak dikira..Aku berlazatan di atas ranjang keseorang hingga aku tertidur dan bermimpi..

"Aku bermimpi berada di satu bandar..aku yakin bandarnya di Malaysia kerana kelihatan beberapa kedai yang miripnya kedai di bandar kluang,namun bangunan2 yang tinggi pencakar langit bohonglah kalo ianya di kluang.Namun bandarnya amat besar dan bangunannya tinggi belaka.Mimpi aku bermula di dalam sebuah bilik yang besar di dalam sebuah bangunan yang agak tinggi.Di dalam bilik ade sebuah jendela yang begitu luas. Bila aku lihat ke luar, tersergam pemandangan bandar yang amat luas dan begitu cantik.Namun di hujung bandar dapat dilihat lekukan tanah umpamana jurang pemisah antara dua sempadan dunia.Lekukan tanah semakin lama semakin menuju ke bandar.Aku menjadi cemas..aku berlari menuju ke tangga..semua org tak sedar..semua org kelihatan rileks sambil mengorek idung tanda ceria.Aku berlari laju..tiba2..satu persatu bangunan mula runtuh..bunyik dengongan besi dan jeritan mula kedengaran.Suasananya amat huru hara.Dapat dirasa tanah bergelombang..bangunan mula runtuh..meletup di sana sini..dinding2nya berkecai..manusia dihempap, digilis dan berteraburan ke sana sini..terasa semuanya akan ditelan ke kerak bumi..aku tekad berlari sekuat mungkin dan...... "

aku tersentak dari tidur..mata aku berkelip2 bagaikan kunang2..jam menunjukkan pukul 3 pagi lalu lantas aku pergi ke dapur utk bersahur..
Dan bau nasik beriani mula memenuhi setiap pepenjuru bilik...

sekian..