Thursday, October 15, 2009

burung...

Umpama burung di dalam sangkar emas..hidupnya mewah..makannya enak..semuanya tersedia..Merancang utk terbang bebas ke awan namun kaki terikat di perbingkaian..

Tuan..Kenapa aku tidak boleh terbang bebas??

"Apa yang kau mahu di awan? semuanya sudah tersedia di sini..jgn kau terbang ke awan..nanti kelak kau akan ditawan..kau tak tahu apa yang terjadi pada masa hadapanmu..aku lebih tahu ttg dunia kerana aku sudah lama hidup darimu..kau harus ikut cakapku..biar aku yang tentukan nasebmu..kau duduk di sini..aku jamin kau akan selamat.."

tapi Tuan..

"kau jgn degil..kau ikut saja ckpku..jgn melawan kataku kalo mahu selamat"

Tuan..aku sedar aku masih mentah dalam menilai ttg dunia..aku akui aku byk terhutang budi padamu kerana menjagaku..tapi..aku harap tuan tidak lupa..walaupun selamatnya aku disini..walaupun mewahnya aku disini..walaupun jaminan masa depan yang kau risaukan akan sentiasa menyebelahi aku..

AKU TETAP BURUNG..DAN MMG SIFATKU UTK TERBANG..JGN MENIDAKKAN FITRAHKU HANYA KERANA MASA HADAPAN..KERANA AKU PON TIDAK TAHU SAMAADA AKU DAPAT MENGHABISI HARI INI DENGAN SELAMATNYA..