Saturday, September 6, 2008

Kisah si kacang panjang yg SEGAN nak mkn ubat

Sape cakap aku takut makan ubat..aku sebenarnya malas jer nak makan..Rasa mcm tak "cool" jer kalo makan ubat..nampak sangat mcm kurang antibodi, kememei dan lemah tenaga batin..xgengster langsung..

Start malam smlm aku asyek terhasyim2..aku sebenarnye bosan panggil2 si hashim nieh tapi aper nak buat..bukan boleh tukar2 ayat pon..Tekak dah mula terasa perit...badan rasa panas..kepala dah denyut2..konferm letak kat bantal..lebih kuat bunyik denyut dari bunyik dengkur..tapi aku pasti bunyik kentot lagi kuat..Air idung dah mula kluar mencurah2..gatalnyeee idungg..sambil2 taip..menitis dua tiga das air idung ke bumi tapi aku tak pedulik..

Semalam petang aku pergi meraba kurma di atas pokok..aku ingat cuaca dah tak panas tapi aku silap..cuaca ttp panas malah semakin panas..tapi aku mmg degil.. aku bantai mengekek2 riang sambil memetik kurma utk dibawa bebuka..sambil2 mengamek gambo tanda kenangan..kononnye nak buat berbuka tapi hampeh semuanya muda2..buat membazir jer..tapi aku tetap tak pedulik....

Malam tadi lepas bebuka pose ngan nescafe plus kurma yang aku petik + kurma yang opis kasik..kepala aku mcm tak karuan..kaki aku sejuk..rasa mcm laen macam..nak kate stim pon bukan..tapi perasaan yang laen..tapi aku tak pedulik..aku pon buat2 tido..tapi tak boleh..hidung aku nak hasyim2 jer..aku gi mandi air panas..lepas mandi aku rasa kepala aku mcm denyut2 riang..aku tabahkan hati..aku gi minum susu kotak..bayak aku minum..bila dah sendawa aku baring balik..pastu aku rasa mcm lenguh2 kat blaknag..aku cakap sahh..aku nak demam..

Pagi tadi aku bgn aku rasa bdn mcm potoi2 ubi..Petua mandi pagi, jgn basahkan kepala dulu..basahkan kaki pelan2 dan naek2 sampai ke atas..aku buat petua tue tapi mcm takde paper pon berlaku..rupernyer2 aku tak habis baca..kene amalkan selalu...kalo baru buat sekali jgn harap nak menjadi.Lepas mandi..sikat2 rambut belah tgh..baru rasa bdn mcm dah ok sikit..cume idung jer masih berair2 dan menghasyim2..Namun nak dipendekkan citer ( sbb aku nak buat kerja) skrg badan aku dah sehat dan boleh bergerak dgn bebas..Walaupun idung aku masih berair tapi aku tetap tabah..

Morale of the story,
Kisah hidup kali nie Happy ending kan kan..tapi ade aku mention tak aku makan ubat?..takder kan...so xmakan ubat pon boleh jadi sehat kan kan..Pihak2 yang mendakwa aku takut makan ubat adalah salah sama sekali..Aku bukan takut..cume aku segan


Ali ( bukan nama sebenar) sedang memapamerkan aksi memanjat pokok kurma kepada beruk2 makyeh sekitar kawasan batang bejuntai
- Sekadar gambar hiasan -





Friday, September 5, 2008

Suliram ram suliramm...

Suliram, suliram, ram, ram
Suliram yang manis
Adu hai indung suhoorang
Bidjakla sana dipandang manis

Tingi la, tingi, si matahari
Suliram, Anakla koorbau mati toortambat
Suliram, sudala lama saiya menchari
Baruse klarung sa ya mendabat

La suliram, suliram, ram, ram
Suliram yang manis
Adu hai indung suhoorang
Bidjakla sana dipandang manis

"waduhh pak..lagu keponakan indonesia kek dinyanyi ketika gharib..mau dipanggilnya setan??"
enggak buk..mau diseru neng suriram sari pulang ke rumah..hatinya kok bisa rawan semanjal kini sih..waduhh runsing..

pengukuman..
Lagu ini aku tuju2 kan pada sesiapa yang hatinya rawan..banyak kuman niehh.. baek gi dental amek ubat.

Thursday, September 4, 2008

Bila sang bulan mula berbicara...

Bulan sabit yang jatuh dipelataran..Bintang redup tanpa cahaya gemintang.Langkah tanpa arah sesat di jalan yang terang.Aku yang terlena dibuai pelukan dosa.Ingin pulang membalut luka hatimu..Ku pun tahu betapa pedih batinmu..Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman..Andai maaf pun tak kau berikan..Air mata tulus jatuh di sudut bibir mu..Tak terlintas dendam di bening mata indah mu..Aku yang merasa sangat berdosa pada mu..Masih pantaskah mendampingi mu..Biar lah bulan bicara sendiri..Biarlah bintang kan menjadi saksi..Tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti...Cukup derita sampai di sini..

"Kerna cinta aku mengalah..kerna rindu aku berserah..kerana kasih aku bermadah..kerana kaulah wanita yang ku pilih utk jadi kekasih"
Kata aku sambil merenung bulan

Wednesday, September 3, 2008

Menghisab di kaki gunung..menghitung dibalik makna..

Menghisab bukan bidang kegemaran aku..malah aku lemah dan ketot dalam ilmunya.Namun aku tersentak bila angka 100% menjadi tagihan.Aku sedar 100% adalah angka yang boleh dihisab namun bagaimana?

Demikianlah tashawwur yang terbentuk dalam benak sekalian alam, sifat 100% adalah kemuncak segala2..100% adalah matlamatnya..100% juga yang ditagih dan dituntut dalam setiap perkara.Malah ianya dijadikan pengukur harkat kesungguhan dan menjadi neraca timbangan dalam penghukuman..Ahh..telah aku jelaskan, aku tahu 100% sifatnya angka yang boleh dikira tapi persoalan tunjangnya bagaimana??

Aku lebih rela menjadi ibu bapa yang menuntut anaknya mendapat 100% di dalam periksa dari menjadi anak yang terpaksa bergelumang memenuhi semuanya.Persoalan si anak adakah 100% itu matlamatnya..adakah kesempurnaan itu menjadi harkat dan darjah dalam mengukur kesungguhannya.Adakah konsep itqan itu terletak pada angkanya.Bagaimana mereka menghisab darjah kesungguhan aku.Adakah semua terletak dgn nilai 100%??Tidakkah mereka sedar kesempurnaan itu milik sang pengcipta..Sedangkan kita hambanya yang lemah hanya mampu berusaha dan segalanya mungkin dgn keizinannya..

Namun manusia sendiri sifatnya lalai, jauh sekali bersifat maksum dalam perlakuannya.Secara ironinya, sebaik-baik manusia ialah mereka yang mempelajari kesilapan dan tidak mengulanginya dan bersama-sama menasihati antara satunya.Tapi mereka tetap berdegil.Kau tak paham hukum dunia..Kau hanya pandai bertempik dan sebenarnya kau tak layak bersuara.Kau pon sama seperti kami..Selagi kau tidak mencapai 100% jgn sesekali menasihati kami..Kau tak layak!!!...dan beberapa bebelan padu yang berkumandang mengetuk gegendang dan menggegarkan tulang2 osikel..pedulikkan..

Kembali ke angka 100%. Angka yang merujuk kepada kesempurnaan.Angka yang dituntut dan ditagih dalam setiap perbuatan.Apa yang bersamaan dgn 100% dalam kehidupan?bagaimana hendak mencapainya dan bolehkan kita melebihinya walaupun dgn nilai 101%.

Jika
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
diwakili dgn angka
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

maka

H-A-R-D-W-O-R-K
8+1+18+4+2+3+15+18+11 = 98%

K-N-O-W-L-E-D-G-E
11 + 14 + 15 + 23 + 12 + 5 + 4 + & + % = 96%

A-T-T-I-T-U-D-E
1 + 20 + 20 + 9 + 20 + 21 + 4 + 5 = 100%

Walaupun amat dangkal hujahnya namun aku berjaya menghisab kesempurnaan.Dgn ilmu dan kerja keras ternyata kita hanya mampu mendekati angka kesempurnaan namun tanpa sikap kita takkan mencapainya. Namun hanya satu cara utk mengatasi kesempurnaan itu hanya dgn ..

L-O-V-E-O-F-G-O-D
12 + 15 + 22 + 5 + 15 + 6 + 7 + 15 + 4 = 101%

...Aku kurang pandai menghisab tapi amat bijak menghisap...

Sekain..

Melukis mendung awan..

"Jika dapat aku lukiskan mendung di awan, akan ku pilih warna ungu..biarpun gelap namun ianya tidak suram." - Kata aku sambil menyonyot biji kurma

Tuesday, September 2, 2008

Mimpi si kunang-kunang

02-September-2008 ( Hari Kedua)




Tubir mata aku berbutiran sepanjang hari..sangapku menemani sepanjang masa..aku kantok..aku letih..semuanya kerana semalam...

4 jam selepas berbuka hari pertama..( backgroud music mode "on")

Burpp..burpppp dan burpp..irama kenyang bersahut sahutan menandakan kepuasan dunia..Aku terbaring puas merayakan kemenangan hari pertama namun sebenarnyer tewas pada malamnya.Tapi nasib baik ianya tidak dikira..Aku berlazatan di atas ranjang keseorang hingga aku tertidur dan bermimpi..

"Aku bermimpi berada di satu bandar..aku yakin bandarnya di Malaysia kerana kelihatan beberapa kedai yang miripnya kedai di bandar kluang,namun bangunan2 yang tinggi pencakar langit bohonglah kalo ianya di kluang.Namun bandarnya amat besar dan bangunannya tinggi belaka.Mimpi aku bermula di dalam sebuah bilik yang besar di dalam sebuah bangunan yang agak tinggi.Di dalam bilik ade sebuah jendela yang begitu luas. Bila aku lihat ke luar, tersergam pemandangan bandar yang amat luas dan begitu cantik.Namun di hujung bandar dapat dilihat lekukan tanah umpamana jurang pemisah antara dua sempadan dunia.Lekukan tanah semakin lama semakin menuju ke bandar.Aku menjadi cemas..aku berlari menuju ke tangga..semua org tak sedar..semua org kelihatan rileks sambil mengorek idung tanda ceria.Aku berlari laju..tiba2..satu persatu bangunan mula runtuh..bunyik dengongan besi dan jeritan mula kedengaran.Suasananya amat huru hara.Dapat dirasa tanah bergelombang..bangunan mula runtuh..meletup di sana sini..dinding2nya berkecai..manusia dihempap, digilis dan berteraburan ke sana sini..terasa semuanya akan ditelan ke kerak bumi..aku tekad berlari sekuat mungkin dan...... "

aku tersentak dari tidur..mata aku berkelip2 bagaikan kunang2..jam menunjukkan pukul 3 pagi lalu lantas aku pergi ke dapur utk bersahur..
Dan bau nasik beriani mula memenuhi setiap pepenjuru bilik...

sekian..






Monday, September 1, 2008

Mengira rintik hujan

01-September-2008 ( Hari Pertama )


Aku mula mengira jumlah hari yang bakal ku puasa pada tahun ini...Bukan nak give up cume nak bilang dari hari ke hari..Satu dalam tangan ( sebab lagi sejam nak berbuka) tapi esok lusa tiada jaminan lagi.Cuaca seperti biasa panas terik.Angin panas dari padang pasir yang dipenuhi habuk dan debu.Kerongkong mula terasa perit, badan mula terasa letih.pandangan mata berpinar..terbayang lelehan jus limau berais di gelungi tompok2 coklat berkacang..kerangupan karipap dan kesaktian cendol mula menghasut diri. Namun aku masih gagahkan jua diri utk berprogramming lagi..masanya akan tiba..45 menet utk berbuka..

"Menghitung masa berbuka..payahnyer umpama mengira rerintik hujan"kata aku yang sengal