Saturday, August 30, 2008

Suddenly..







"Suddenly i'm flying, flying high in the sky..I can feel that i can catch the moon..The wind Whispers you're gonna be here soon..
Suddenly i'm dreaming, i'm walking under the sun..As the morning comes and i wake up..You are with me and the sun is up" - Arash ft. Rebecca

Harapan sang salji..



Khianat kah aku jika mengibarkan liwa' ini di tanah salji..Tentu sekali tidak.. Berdosakah aku mencacakkan liwa' ini di gurun pasir yang kontang..Juga tentu sekali tidak..di gunung ganang, di belukar, di lautan mahupun ke angkasa..aku takkan peduli..Namun untuk menterbalikkannya atau mengubah warnanya..sesekali tidak..

Aku bukan takzub pada liwa', cuma memelihara harta yang ada..Aku tidak sesekali membandingkannya dgn liwa' dan panji Rasullullah, cuma mengambil ikhtibar di atas simbolik perjuangannya.Maka, tidak salah utk aku merasakan ketidakjujuran rerakan yang mempersendakannya.Ada yang persoalkan..ada apa dgn liwa' itu saudara..hanyalah lambang yang tidak bermakna..diplagiat pula dari sumber yang tercela..dipanjang, dipendek, diterbalikkan takkan mngubah apa2.hanyalah gimik melariskan kata..namun pandangan mereka terhijab di dalam dimensi ciptaan mereka..mungkin petikan kisah dapat memberi ikhtibar dan panduan berguna..

" Maka terjadilah peperangan di tempat yang bernama Mu’tah, di mana di tempat inilah Allah telah membeli beberapa jiwa kaum Muslimin untuk dibayar dengan syurgaNya.Sejumlah 3,000 pasukan Islam berjuang habis-habisan melawan 200,000 tentera musuh. Satu nisbah yang tidak masuk aqal jika difikirkan secara logik. Tetapi itulah hakikat umat Islam, umat yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan dibantu olehNya pada setiap peperangan. Umat yang hidup di dunia ini hanya untuk Allah. Zaid bin Haritsah yang merupakan panglima perang terus maju menggempur pasukan musuh dengan membawa bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di tangan. Akhirnya sebatang tombak menembusi tubuhnya dan beliau terus gugur. Bendera segera diambil oleh Ja’far bin Abi Thalib, seorang pemuda yang baru berusia 33 tahun. Ketika musuh telah mengepung kudanya dan mencederakan tubuhnya, Ja’far justeru turun dan terus menuju ke tengah-tengah musuh menghayunkan pedangnya. Tiba-tiba seorang tentera Rom datang dan berhasil memukulnya dari arah tepi. Pukulan itu menyebabkan tubuh Ja’far terbelah dua dan beliau terus syahid menemui Tuhannya. Bendera lalu disambar oleh Abdullah bin Rawahah dan terus dibawa dengan menunggang kuda menuju ke tengah musuh. Beliau juga turut syahid menyusuri kedua-dua sahabatnya. Bendera lalu diambil oleh Tsabit bin Arqam seraya menjerit, “Wahai kaum Muslimin! Berkumpullah disekeliling seseorang.” Lalu kaum Muslimin pun berkumpul mengelilingi Khalid bin Al-Walid dan bendera Nabi terus diserahkan kepada Khalid Al-Walid yang kemudian terus mengetuai pasukan.Wahai kaum Muslimin! Begitulah secebis kisah perjuangan golongan awal yang merupakan generasi terbaik umat Islam dengan membawa bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bendera yang menjadi rebutan para sahabat untuk memegangnya di setiap peperangan. Bendera yang menyaksikan berapa ramai sahabat telah syahid demi mempertahankannya. Bendera yang dipegang erat oleh para sahabat agar ia tidak jatuh mencecah bumi. Bendera yang benar-benar dipertahankan oleh para pemimpin dan pejuang dari kaum Muslimin yang mulia sebagai syi’ar Islam. Bendera yang bagi setiap orang yang mengucap syahadah, ia sanggup mati kerananya di dalam setiap perjuangan, semata-mata kerana Allah "

Di ulang lagi, jangan sesekali dibandingkan bendera negara dgn bendera dan panji Rasullullah..Tidak terbanding dan terlalu tinggi darjatnyer.Namun simboliknya yang perlu difahami.Pengajarannya yang perlu diselidiki.Jgn menjadi angkuh dengan alasan dangkal mengikut telunjuk amarah.Jgn menjadi sombong dgn andaian dan tapsiran yang salah.Semoga kami berjaya mengharungi semuanya.

Selamat menyambut hari Kemerdekaan Tanah melayu yang ke 51. Semoga semangat ini tetap kekal mekar di hati, semoga keinsafan sentiasa menyelimuti diri. Namun jangan kita terlalu lalai mengagung2kan sejarah yang lepas hingga kita alpa yang kita sebenarnya kini sedang mencipta sejarah

Sekian...

Tangga -tangga menuju ke bulan


Sedang mereka ghairah menuju ke puncak...

Thursday, August 28, 2008

Bicara sama angin

Aku berbicara sama angin agar pesanan ini sampai ke pendengaran sekalian teman.Hanya angin yang mampu aku wakilkan menjadi jambatan dua waktu yang terpisah.
Maafkan aku kerana kebejatan kudrat dan kemampuan yang terhad dalam mengucapkan salam Ramadhan dan Salam Merdeka terus terusan ke cuping telinga kalian.Pohon diizinkan, selajur salam berkelumit intan kepada

1) Pasangan Farid & Nurul, harap kehadiran RIFQI menjadi pengikat janji
2) Pasangan Amir dan Na, semoga happy go lucky
3) Pasangan faruk dan Diana , cepat2 namakan baby
4) Hanim & pasangan - tunggu aper lagi
5) Syahuri & pasangan - Buat baby lagik?
6) Geng 6 jahanam - Ateng, Amir, Farok, Nas, padil dan aku
7) Geng budak rumah Indera Mahkota 6 Pahang - Am, shahril + Geng 6 jahanam
8) Geng budak rumah Tman Seri Pulai - Asrul,epoi,matli,azmi,boss,yusrul,fitri + Geng 6 jahanam
9)Geng PTP - Kerol,adi,mas,sab,yusri,ull,farid,bob,roslan,rashid,hairani,epy,husbi,wilson,shai,rafidah,hairani,syed, faizan,vincent,eshak,nordin,anuar,fahmi,ishaq, shehrus, farid
10) Geng STS - hariz, usop, nurul,azlina, asni,hanim, ramlah,rozida,chan
11) Geng SSP - Syahuri(lu mmg member baek gua sampai mati), adni(lanun), filani,nizam, diana,mamat,zakiah,adli, aslin
12) Geng SAKTI - Kureng, Kama, Fariz,mimie, Watie, Khalid, asrul, JR, nien, fizzy,gojos,aspil,ijat
13) Geng STM2 - intan, ajis, azlan, hisyam, syamsul erwin
14) Geng Seri Mersing - Hamka, ghazali, tuty
15) Geng Exco Penerbitan - Mimie, wee lim, hafizah
16) Geng Gapura Islamiah - Mimie, hafizah, kureng, ijat,asrar,watie,amir hamzah + exco keagamaan
17) Geng Bumper murtabak - Anod + wee lim + Gapura Islamiah
18) Geng hoki - Iskandar, ijat, EE, kelembai, awang + bebudak junior
19) Geng Royal Tiara - Khalid, Lufti, Anod, Shaolin, makhluk, asrul, jetli(arwah),muhsin
20) Geng rempit - lobo(ketua rempit) + 6 jahanam
21) Band STF - Padil(lead), asrul(second), Ab(drummer) + featuring Ambok
22) Geng GPRO - Mas, anis, racheal, gan, manoj, fong,ooi wai, tumin,reene,jagan,azrin
23) Geng Prime City Hotel - Boy, chef,irfan,org tua
24) Geng Paintball 69 ers - Boy, lan, kerol, jehan, nora, june, fruz, pie, teng
25) Geng cuti2 malaysia - Abg lan, kak ani, ayu, kerol, leya, jeyhan, epy, kak pidah, faizan, adi, aswad, azam, ebob
26) Geng sekutuk - Galuh Cendera Kirana, Farah, JR, Kureng, Adzhar,wan, abrar, naved, asyirr, ali,jesper, shaban, adjlan, anas, hasan, essam, yusuf, ameer, siraj,yaccob, jameel
27) Geng blogger - Ebob, Anis, Sparky, Harimau, Makcik Melayu Angkat,alifreyes,Mountweller,Anakmalaysia, Azli Shukri, Aku Static,Des dan lain2



Agar kalian diselimuti kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan.

Salam Ramadhan dan Selamat menyambut Kemerdekaan ke 51!!!!.Bersatu kita teguh, bercerai kawin lagi..

Sekian

Hang kata hang terer

Teka teki singa



Bayangkan engko berada di Africa..engko telah diikat dan digantung di sebatang pokok dgn tali yang ditambah di atas tanah.Lilin perlahan -lahan membakar tali dan seekor singa senang menunggu engko jatuh ke bawah utk dijadikan lauk tghari.Bagaimana nak lepaskan diri..

Yang dah tahu buat2 tak tahu..kang aku smash pakai pelepah pokok kurma kang..

Memandang ke langit...

Hari yang panas..aku teragak2 utk keluar ke laman pejabat utk membakar peparu yang aku rasa hitamnya mengalahkan buntut Nala.Tapi aku turutkan naluri jantan utk gagah berjemur walaupun aku tahu tiada sapa yang akan bersorak.

Sambil2 aku memandang ke langit..nampak gaya hujan takkan turun..cuacanya cerah tidaklah mendung.Ada yang kata mendung tak bererti hujan..namun ada yang bersurah, jgn disangka panas sampai ke petang takut hujan di tghari..Namun aku tegaskan mendung bukannya penyebab hujan..mendung hanyalah sifat yang mewakili tanda..namun tanda tidaklah berkuasa apa2.Mereka tetap tidak percaya..Panas dan hujan tetap dibicarakan oleh mereka..dicanang seluruh kota.diwartanya pada segenap negeri hingga ke lorong dan pasar-pasar utk memperluaskan ideologi.

Pabila kepelbagaian ideologi memenuhi benak dan mula berkalutan sesama sendiri.Maka berbondong2lah mereka mempertahankan idealogi yang dianuti hingga tersasul melampaui dan mencabar makrifat pencipta..dan akhirnya suatu masa mereka sedar hanya kalam ilahi yang menentukan segala-galanya.Hanya dialah yang bersifat maani yang maujud pada sekalian alam.

Rintik-rintik air mula kurasakan menempias telinga.Nak disangka hujan namun tiada mendung..Nak disangka panas namun terasa rembesan air di cuping telinga. Lalu didogakkan kepala mencari rembesan punca..ternyata kami semua silap...

..dan alat penghawa terus merembes cecairnye tanpa mengira ideologi sesiapa



Aku bukan ustaz jika berjaya mengungkap sebaris dua perkataan arab.Hanya menceriakan untaian kata dan perlengkap makna.

Wednesday, August 27, 2008

Harinya telah tiba..

Kita masih bertemu hari ini namun aku tak pasti hari esoknya.Mengapa diciptakan perpisahan sedangkan pertemuan itu indah.Namun setiap suratan itu terkandung jutaan rahmat yang menghijab mata dari melihat hikmahnya perpisahan.

Salam perpisahan kepada Saudara Anas .Bertemu dan berpisah kita di bumi bahrain insyaalah bertemu jua di bumi Jordan.Masyaallah...

Mengejar rama-rama


Gambar ikhsan dari datin hanis..heheh..thanks

Walaupun tajuk tidak sesekali mencerminkan gelumangan isi namun kerana keinginan empunya kata yang melebihi segala-galanya maka tidak diendahkan tajuknya tetapi menghargai setiap katanya.

Terpicing sudah segala drama dan episod yg diduga mahupun yg tidak diduga dgn rentetan kisah yang mewarnai seri dari sudut sejarah, etika dan perkembangan sosiologi umat secara amnya.Namun ianya bukannya penamat.Noktah terakhir masih belum wujud dan ianya takkan wujud sehingga satu titik penamat dgn tiupan sangkakala yang pertama dan yang pasti ianya tidak akan diketahui oleh sesiapa.Segala yang mungkin insyaallah akan berlaku dan yang tidak mungkin juga tidak mustahil utk berlaku.Untaian persoalan dan gondolan perbezaan tetap berlaku namun ianya adalah rahmat ilahi dalam mengajar kekudusan erti.

Adapun kiranya perjalanan masih lagi jauh utk meramal kesudahannya namun perjalanan yang penuh liku pasti menjelma.Bersama-sama kita mengharungi semuanya dgn tekad dan semangat yang pasti menuju matlamat yang sama.Jgn gadaikan bangsa dan negara hanya kerana nama.

Aku suka mengejar rama-rama yang cantik , kepaknya yang cantik namun terlalu rapuh utk dipegang.Kadang kala aku merengus kenapa ianya dicipta begitu namun semuanya yang berlaku ada nikmat disebaliknya.Biarkan ia terbang menghiasi bumi.Biarkan ia bebas mewarnai bumi.Percayalah tidak semua yang indah boleh dipegang namun ianyanya boleh dirasa di dalam hati.

Hanya yang memahami akan mengerti..sekian

Tuesday, August 26, 2008

Berita dari Permatang Pauh - Terima kasih semua

Pengundi dapat buat keputusan
BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi percaya pengundi kawasan Parlimen Permatang Pauh dapat membuat keputusan terbaik untuk menjamin masa depan generasi masa kini dan akan datang. - Berita Harian Online

Berita dari Permatang Pauh
Ya..kami dah buat keputusan.Terima kasih Paklah

Pengundi tak perlu takut: TPM
Pembangkang cuba halang BUTTERWORTH: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pengundi Permatang Pauh tidak gentar atau takut untuk keluar mengundi pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini. Timbalan Perdana Menteri sebaliknya berpesan kepada pengundi supaya tetap keluar mengundi walaupun mungkin dihalang oleh pembangkang. "Pesanan saya jangan gentar atau takut untuk keluar mengundi walaupun pembangkang akan buat apa-apa untuk halang atau menyusahkan atau takutkan mereka daripada mengundi," katanya. - Berita Harian Online

Berita dari Permatang Pauh
Ya..kami tetap keluar mengundi.Terima kasik Datuk Seri


YB baru angkat sumpah Oktober
Majlis tidak perlu diadakan tergesa-gesa KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata mana-mana pihak yang memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh hari ini berkemungkinan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada pertengahan Oktober ini. Beliau berkata, majlis angkat sumpah itu tidak perlu diadakan tergesa-gesa sebelum pembentangan Bajet 2009 pada Jumaat ini kerana Parlimen akan kembali bersidang pada Oktober ini selepas ditangguhkan pada bulan depan.Katanya, majlis angkat sumpah hanya akan dilakukan selepas pengumuman rasmi diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan seterusnya Ahli Parlimen berkenaan diberi peluang untuk memilih tarikh yang dipersetujui untuk mengangkat sumpah. - Berita Harian Online

Berita dari Permatang Pauh
Ya..keputusan rasmi dah diterima dan ahli parlimen berkenaan akan memilih tarikh yang terdekat.Terima kasih Tan Sri

Ulama selesai kekeliruan
KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meminta ulama yang mengetahui hukum agama tampil memberi nasihat dan kaunseling bagi menyelesaikan kekeliruan di kalangan umat Islam dalam beberapa isu yang berlaku sejak kebelakangan ini. Baginda bertitah, pandangan ulama perlu dilahirkan secara bernas berteraskan agama dan bukannya memihak kepada individu atau fahaman politik tertentu. Titah baginda, kejadian fitnah dan saling mencaci sesama umat Islam yang berleluasa sejak kebelakangan ini, perlu ditangani pakar agama kerana jika dibiarkan, ia boleh menghancurkan umat Islam, bangsa dan negara ini.- Berita Harian Online

Berita dari Permatang Pauh
Ya..kami dah dengar pelbagai pendapat ulama dalam kes ini.Insyallah yang salah akan tetap dihukum samada di dunia mahupon di akhirat.Terima kasih Tuanku

Angka dan makna tersirat


*artikel ini sesuai utk pembaca berumur 24 tahun ke atas yang tidak terlalu pandai dan tidaklah terlalu bodoh*

Baca sekadar menambah pengetahuan bukan menjadi asas kepercayaan..

1 - Satu Lambang keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang. Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.

2 - Dua Nombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh. Menurut Prof. dari. Norhisham, bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi dibawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu. Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan. "Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insha-Allah!.tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh," tambahnya lagi.

3 - Tiga Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan. Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk. Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah. Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.

4 - Empat Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi. Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insha-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.

5 - Lima Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelekual yang tinggi. Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan. Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.

6 - Enam Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk. 666 adalah lambang syaitan - gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran. Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib. Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.

7 - Tujuh Inilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu. Insha-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulangi 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan. Caranya mudah - palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.

8 -Lapan Orang Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkannya -untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap. Sebabnya!. kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan. Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan, kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian. Jika anda tidak tahu rahsia 8, jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.

9 - Sembilan NOMBOR ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap. Tapi, jangan bimbang!.walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!

10 atau 0 - Simbol keabdian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran - tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir. Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang bernung dibawahnya. Hanya Pencipta memilikinya. Menurut Prof. Norhisham, mengetahui nombor peribadi penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan dan insha-Allah! tidak wujud penyesalan. Kita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan. Semuanya akan menjadi nyata kalau anda tahu apa rahsia nombor peribadi anda.

Nak tahu nombor peribadi? Formula secara ringkasnya: Campurkan tarikh lahir anda. Misalnya 12-12-1969 - 1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 (3+1=4) Jadi nombor peribadi anda adalah 4. Tetapi itu bukanlah perkiraan yang tepat. Ia hanya anggaran kasar sahaja. Ujian secara rohani diperlukan kerana hanya kita yang tahu rahsia sendiri.

Kuda kepang..

Jantung aku berdentak dentak deras bagaikan kuda kepang yang menggila ganas sepanjang hari ini semata2 kerana menunggu keputusan P44.

Ramalan kaji cuaca
Anwar menang!!!!!!!!

Monday, August 25, 2008

Melastik ke bulan

Hari esok permatang pauh menjadi saksi..si pengundi akan datang mengundi..si penjual akan datang menjual..yang bekerja pon mengambil cuti..yang tak bekerja cari makan free..si muda dgn semangat berapi..yang tua dgn semangat pertiwi..gemuk, pendek,panjang,bertongkat hatta yang berdada besar ke arah yang sama dgn tujuan yang berbeza.

Harapan yang menggunung seiring gunung2 dan bukit2 yang tumbuh melata di pusat pengundian.Semua dgn tekad dan harapan yang terpendam.Namun, jika ianya tidak mendatangkan perubahan..bolehkah ianya disamakan dgn melastik ke bulan??

aku rasa
"melastik burung di darat lagi best dari atas pokok"

Kaum hawa yang ingin ke permatang pauh esok..berfesyen dibenarkan dgn syarat memenuhi piawaian catswhiskersmalaysia.
http://catswhiskersmalaysia.blogspot.com/

Sekain

Sunday, August 24, 2008

Mata yang jalang lagi durjana..

Ramadan lagi beberapa hari sahaja, si emak dah sebuk berkire-kire nak bgn pukul bape utk siapkan sahur utk keluarga..si bapa dah siap berpikir makanan ape nak di beli di bazar ramadhan utk berbuka..si anak dah sebuk carik pot nak ponteng puasa..si perempuan dah sebuk tempah baju raya,yang lelaki dah sebuk modified kereta dgn spoiler dan gambar doraemon di dashboard keter nak kasik power..semua sudah mula bersiap sedia dgn persiapan mereka ..

Namun, berpuasa itu mudah..tak makan sehari itu pon mudah..tak minum 12 jam pon mudah..tapi puasa mulut pada kaum wanita bukannya mudah..dan juga puasa mata pada kaum lelaki pon amatlah susah.

oleh kerana den bukannye kaum wanita dan tak tahu bagaimana nak berpuasa mulut tetapi berpuasa mata utk kaum lelaki den dapatlaa kasik petua2 mcm mana nak halang mata dari melihat boobs wanita ketika berdating dgn awek hatta dgn rakan setugas sekalipon ketika berpuasa.

kaum lelaki take note!!

langkah2

1- Apabila bercakap dgn perempuan@awek adalah sopan bila bercakap pandanglah pada matanya..bukan boobnyerr

2-Bila bercakap dgn awek dibolehkan memuji kasutnyer, anting2 ker..rambut ker..takot kalo kaum laki nie tak puji dan tahap tak atractive pada pompuan dituduh gay pulak.

3- Bila bercakap dgn perempuan atau pun awek, berceritalah ttg ape2 pon seperti pasal buku ker..pasal movie ker..pasal sang kancil ngan buaya ker asalkan dapat menghindarkan kita dari terpaku melihat keindahan gunung ganang mereka.Digalakkan berbual mengenai kisah2 nabi dan kalo boleh buat usrah di tempat kerja lagi baek

4- Kaum lelaki akan mudah teransang bila melihat boobs nieh dah dikuatiri akan membatalkan puasa, so jgn pandang..pandang mata awek dan jangan sekali2 memandang boobs wanita laen sebagai tanda protes

Tips

1-Utk kaum lelaki yang kritikal dan tahap gatalnye yang glokal, berjanji pada diri sendiri utk melihat boobs mereka dalam satu tempoh masa ditetapkan.Cthnya setengah jam dalam sehari dan perlahan2 kurangkan masa dari masa kesemasa.

2-Belikan sport bra pada awek yang berboobs besar utk mengurangkan impak maksima

Amaran

1- Jgn pandang ruang yang kosong bile bercakap dgn awek atau rakan wanita kerana dikuatiri akan terpaku pada boobs mereka.Cuba latih bila bercakap pandang tepat pada matanya dan insyaalah semuanya akan selamat.Kalo tak boleh juga khususnya pada kaum lelaki yang pemalu, sila pandang dahinya..

Sekain..

Pulang ke pangkal rahim..

aku pulang ke pangkal rahim dgn selamatnyer diringi ukiran2 bunga2 cinta dan ukiran batik jawa cap gajah dudok..Walupun nampak seperti ala2 kaen batik makcik bedah tapi aku suke dan pedulik ape org laen kater..

Cerita-cerita panas di Malaysia

1) Permatang Pauh - ramai dah komen dan aku malas nak campur pasal politik lagi.Kang tak pasal2 aku kene tangkap.Sape nak jamin!! PKR..UMNO..PAS..DAP..??hampehh..Tapi aku still harap government bertukar atau government yang sedia ada memperbetulkan apa yang tidak betul..aku tak kire..

2) Chong Wei menang Silver - Chong wei kalah bukan sebab die tak pandai maen..tapi sebab die tak pandai kawal otak dan hati tak baper kering..Walaumacammanapun die tetap pemain bulu tangkis paling terer di Mesia.Sape2 tak setuju terima laa hakikat yang korang lagi renek kemahiran dalam permainan bulu tangkis kalo nak dibangdingkan dgn si chong wei..so diam2 dan redha..

3) Harga minyak turun - Ini aku setuju walaupun turunnyer sikit tapi turun jugaklah..ade yang kata nie taktik nak meraih undi lah..paklah ikut cara anwar lah..tapi yang penting diorg bergaduhlaa mcmmana pun tetapi yang untungnya rakyat jelata.Kalo boleh gadohlaa lagi..kasik turun lagi harga minyak..lalalla

4) Kedah menang piala Malaysia - ada blogger yang kutuk selangor sebab kalah..Pastu dgn alasan si Kalid tak umumkan habuan pada pemain selagor sebab tu pemain selangor tak maen sungguh2..hikk hikk hikkk..Aku pon tak paham kalau dah jadi pemain pro yang dibayar gaji tiap2 bulan..aper lagi dah keje korang kene maen bola gi arr maen betul2..kalah tak bermaksud tak pandai..mungkin tak de tuah ataupun pasukan lawan lagi bagus.Yang sebuk mengutuk pon tak pandai maen bola..hampeh..

5) 5% kuota utk bukan bumiputera di UITM - Kalo aku sokong korang kate aku tak bertuankan melayu..Kalo aku tak sokong nampak sangat aku renek pemikiran..tapi yang penting, kalo memahami maksud adil sebenarnye bukan sama rata.Maksud adil ialah meletakkan sesuatu pada haknya.So adakah kita adil??

6) Sumpah saiful - Sumpah tak boleh di bawak maen..kadang2 sumpah juga boleh dibuat maen..kalo sumpah dijadikan ukuran, takyah ade mahkamah..takyah ade polis..sape salah suruh jer bersumpah..tapi..kita masih tak tahu sape yang salah sape yang betul..so para blogger yang sebuk gelar anwar al juburi..yang sebuk maki hamun saiful tanyer pada diri sendiri..korang tau ker aper yang korang cakap?kalo setakat hearsay..gi balik bukak kitab mutaalbadrin muka surat 85 tajuk munakahat.Gi belek aper maksud walimatul duhul..hikk hikkk hikk..

7) Exco perak kene tangkap rasuah - Sape salah tangkap jer..no excuse pada sape2 pon..tapi jgn tangkap yang parti tue jer..yang parti satu lagi tue pon kene tangkap jugak..aku rasa lagi bayak kot.

8) Puteri umno kene raba - hikk hikk hikkk..padan muko!!!

yang ke bulan dah pulang ke bumi...yang ke bintang dah pulang ke bulan..yang sesat dan pulang ke pangkal jalan..so..yang masih kat opis pon pulang ke rumah...

sekain