Friday, October 17, 2008

Selamatkan diri..Selamatkan Semua..Selamatlah Dunia!!

Rentetan post "Kohesi antara Aku ,Dia ,Kami,Kita dan Mereka"..Ada kisah yang boleh dijadikan pedoman..

Sebelum memulakan seminar, Prof. Ibrahim mengeluarkan duit RM 100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya.

"Siapa nak duit ni?" tanya Prof. Ibrahaim. Semua peserta mengangkat tangan.

"Saya akan berikan duit ni kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya buat sesuatu dulu," Prof. Ibarahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk. Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ni lagi?" Hampir semua pelajar mengangkat tangan.

Prof. Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir."Okey, apa kata kalau saya buat macam ni?" Duit RM100 itu dicampakkannya ke lantai lalu ditenyeh-tenyeh dengan kasutnya. Prof. Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

"Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Prof. Ibrahim. Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pelajarnya masih mengangkat tangan.

"Haa... apa yang boleh kita kutip saripada peristiwa itu tadi?" tanya Prof. Ibrahim. Pesertanya hanya diam, dan sesetengah hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba dijelaskan oleh profesor itu.

"Walau apa pun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tahu kenapa? kerana nilainya tak berubah walaupun dipijak atau ditenyeh dengan kasut. "RM100 tetap RM100 walaupun sepuluh kali dipijak," kata Prof. Ibrahim.

Semua peserta yang mendengar kata-katanya tersenyum. Prof. Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan harian. Seringkali di dalam hidup, setiap orang akan merasai saat kejatuhan, hati hancur ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa bahawa diri kita tidak berguna langsung.

"Tapi walau apa pun yang telah terjadi atau yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor,renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang anda sayangi."

"Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarnya kita?" jelas Prof. Ibrahim.

Secara ironinya, dalam membentuk satu komuniti yang bersimbiosis diantara satu sama lain perlu ditekankan bagaimana keyakinan setiap individu dapat dipertingkatkan dan hasil penyumbangan peranan setiap individu dimaksimumkan.
Percayalah setiap insan mampu mengubah dunia..Tiada genre yang terbatas..tiada sekatan dan tiada sempadan.Yakinlah diri..teguhkan hati..persetankan segala ilusi..semoga semuanya terbukti..aper yang tersirat dan terpendam di lubuk hati..

Bangkit dan terus bangkit..Lawan dan terus lawan...
Selamatkan diri..Selamatkan Semua..Selamatlah Dunia!!

Thursday, October 16, 2008

Kohesi antara Aku ,Dia ,Kami,Kita dan Mereka

Pesanan terawal mahupun terakhir..Awal dan akhir hanyalah masa..yang penting sampaikah isinya?

Di dunia ini, setiap manusia berkaitan diantara satu sama lain.Impian ,harapan, tanggungjawab, masa depan setiap insan semuanya bergantungan pada setiap satunya individu di dunia.Sedang kita sibuk memperjuangkan diri namun jangan dilupakan setiap perkara yang dilakukan akan memberi kesan kepada semua.Percayalah semuanya berkohesi pada setiap satunya..

Yang beranggapan bersendirian di dunia, mereka silap..Jgn kerana ego kita menyalahkan takdir..Jgn kerana tamak kita menyalahkan mereka yang lain.Kita tidak pernah bersendirian kerana pasti ada insan yang bergantung dan bersiratan kepada kita..hanya interpretasinya yang tidak diketahui sehingga tiba masanya.

Marilah bersama kita gunakan masa yang singkat di muka bumi ini dengan lebih bermakna.Hanya bersama kita akan mencapai impian, dgn bersama kita menuju harapan..dengan bersama kita azamkan tekad.Selamatkanlah diri..selamatkan semua..selamatlah dunia!!!

Aku..Dia..Kami..Kita..Mereka..Percayalah semuanya berkaitan diantara setiap satunya.

Wednesday, October 15, 2008

Kisah Cinta 100 Hari..

( Kisah ciplak hasil nukilan org lain.harap die xsaman aku)

Salleh dan Salleha sedang duduk bersama di taman kampus tanpa melakukan apapun, hanya memandang langit sementara sahabat-sahabat mereka yang lain sedang asyik bercanda ria dengan kekasih masing-masing.

Salleha : ” Ahhh!! aku bosan. Aku berharap aku juga mempunyai kekasih yang dapat bersama berkongsi waktu denganku. “

Salleh : ” Nampaknya cuma tinggal kita berdua saja yang masih single mingle, masih tidak mempunyai pasangan sekarang.” (keduanya mengeluh dan berdiam beberapa saat)

Salleha : ” Aku ada idea best nie. Kita adakan permainan jom? “

Salleh : “Errr? Permainan apa? “

Salleha : “Ermmmmm… sonang tu bah. Apa kata kau jadi kekasihku dan aku jadi kekasihmu tapi hanya untuk 100 hari saja….. camnerr okay tak? “

Salleh : ” Baiklah… lagi pong aku juga belom ada agenda apa-apa untuk beberapa bulan nie. “

Salleha : ” Lerr… cam tak ikhlas jerr…. nak tak nak??… semangat sikitlah! Hari ini akan jadi hari pertama kita bercouple. Kita ke mana sekarang? “

Salleh : ” Camnerr kalau kita nengok wayang ajerr? Kalau tak salah cerita Love Is Cinta tengah now showing nie….. Ajeb ngan Adha cakap citerr nyerr best tau.. dia orang kasi 4 bintang lagi. “

Salleha : “OK sett!!!…. Jom kita pergi sekarang. Pastu kita gi karaoke yerr… agak-agak kalau kita ajak sama MasPenn ngan Lili tu dia nak tak??? “

Salleh : “Boleh juga…” ( mereka berdua pun pergi menonton, berkaraoke dan Salleh menghantar Salleha pulang selepas itu )

Hari ke 2 :
Salleh dan Salleha menghabiskan waktu untuk berbual dan bercanda di kafe, suasana kafe yang remang-remang dengan alunan muzik yang syahdu membawa hati mereka pada situasi yang romantis. Sebelum pulang Salleh membeli sebuah kalung perak yang berloketkan sebiji bintang untuk Salleha.

Hari ke 3 :
Mereka pergi ke Mall membeli-belah untuk mencari hadiah buat Lady Rye, seorang sahabat Salleh. Setelah lelah berkeliling dalam Mall, mereka memutuskan untuk membeli sebuah jam tangan. Setelah itu mereka beristirehat dan duduk di foodcourt, makan sepotong kuih dan satu gelas jus berdua dan mulai berpegangan tangan untuk pertama kalinya.

Hari ke 7 :
Bermain bowling dengan teman-teman Salleh. Tangan Salleha terasa sakit kerana tidak pernah bermain bowling sebelumnya. Salleh memicit-micit tangan Salleha dengan lembut.

Hari ke 25 :
Salleh mengajak Salleha makan malam di Danga Bay. Bulan sudah menampakkan diri, langit yang cerah menghamparkan ribuan bintang dalam pelukannya. Mereka duduk menunggu makanan, sambil menikmati suara desir angin berpadu dengan suara gelombang bergulung di pantai. Sekali lagi Salleha memandang langit, dan melihat bintang jatuh ( shooting stars ). Dia mengucapkan suatu permintaan dalam hatinya.

Hari ke 41 :
Salleh menyambut ulang tahun. Salleha membuatkan kek ulang tahun untuk Salleh. Bukan kek buatannya yang pertama, tetapi kasih sayang yang mulai timbul dalam hatinya membuat kek buatannya itu menjadi yang terbaik. Salleh terharu menerima kek itu, dan dia mengucapkan suatu harapan saat meniup lilin ulang tahunnya.

Hari ke 67 :
Salleh dan Salleha menghabiskan waktu di Sunway Lagoon. Berjalan sama di The World’s Longest Pedestrian Suspension Bridge, sambil menikmati pemandangan. Naik The Viking, makan aiskrim bersama, dan mengunjungi kiosk permainan. Salleh menghadiahkan sebuah boneka teddy bear besar bermata biru untuk Salleha, dan Salleha membelikan sebuah MP3 thumbdrive player untuk Salleh.

Hari ke 72 :
Pergi ke Suntec City di Temasik. Melihat meriahnya pameran dari negeri Cina. Salleha mengajak Salleh untuk mengunjungi salah satu kiosk “Fortune Telling”. Sang peramal hanya mengatakan “Hargai waktumu bersamanya mulai sekarang” kemudian peramal itu menitiskan airmata.

P.S : Korang jangan pulak besok-besok gi jumpa tukang telek pulak… tang ini cuma buat sedapkan jalan citerr jerr…

Hari ke 84 :
Salleh mengusulkan agar mereka berlibur ke pantai. Pantai desaru kelihatan sepi kerana bukannya waktu percutian bagi orang lain. Mereka melepaskan sandal dan berjalan sepanjang pantai sambil berpegangan tangan, merasakan lembutnya pasir dan dinginnya air laut menghempas kaki mereka. Matahari terbenam, dan mereka berpelukan seakan tidak ingin berpisah lagi.

P.S Lagi : Tang peluk-peluk nie pong… korang jangan pulak nanti serang jebat pasai buat adengan peluk-peluk… sama jugak macam yang kat atas tu… sajerr nak panjangkan citerr…

Hari ke 99 :
Salleh memutuskan agar mereka menjalani hari ini dengan bersantai sambil berputar-putar tanpa arah tujuan keliling bandar dan akhirnya duduk di sebuah taman.

1520hrs
Salleha : ” Aku haus. Rest kejap okay. “

Salleh : ” Tunggu disini, aku beli minuman dulu. Aye nak minum “Green Tea”; You nak minum apa? “

Salleha : ” Biar I saja yang beli. Aye kan penat putar stering keliling bandar hari ini. Sekejap yerr “

Salleh mengangguk. Kakinya memang suka simpul biawak atau cramp kalau lama memandu.

1530hrs
Salleh sudah menunggu selama 10 minit and Salleha masih belum kembali juga. Tiba-tiba seseorang yang tidak dikenali berlari menghampiri Salleh dengan wajah panik.

Salleh : ” Ada apa Cik? “

Orang asing : ” Ada seorang perempuan dilanggar kereta. Rasa-rasanya macam temanmu tadi “

Salleh segera berlari bersama orang itu. Disana, di atas jalan yang panas terjemur terik matahari siang, tergeletak tubuh Salleha bersimbah darah, masih memegang botol minumannya. Salleh segera menelefon ambulan dan langsung mengikut Salleha ke rumah sakit bersama-sama ambulan. Selama 8 jam 10 minit, Salleh tidak senang duduk diruang menunggu bilik kecemasan. Sekejap berdiri… sekejap mundar-mandir.. fikiran Salleh bercelaru. Seorang doktor keluar dengan wajah penuh penyesalan.

2353hrs
Doktor Zuhana : ” Maaf, tetapi kami sudah cuba melakukan yang terbaik. Dia masih bernafas sekarang tapi Yang Maha Kuasa akan segera menjemput. Kami menjumpai surat ini dalam kocek bajunya. “

Doktor Zuhana memberikan sekeping surat yang terkena percikan darah kepada Salleh dan Salleh segera masuk ke dalam bilik rawatan untuk melihat Salleha. Wajahnya pucat tetapi kelihatan damai. Salleh duduk disisi pembaringan Salleha dan menggenggam tangan Salleha dengan erat. Untuk pertama kali dalam hidupnya Salleh merasakan torehan luka yang sangat dalam di hatinya. Butiran airmata mengalir dari kedua belah matanya. Kemudian dia mulai membaca surat yang telah ditulis Salleha untuknya.

Sahabatku Salleh…
Ke 100 hari kita sudah hampir berakhir. Aku menikmati hari-hari yang telah ku lalui bersamamu. Walaupun kadang-kadang kau buat derk dan tidak dapat ku membuat telahan, tetapi semua perkara itu telah membawa kebahagiaan dalam hidupku.

Aku sudah menyedari bahawa kau adalah jejaka yang berharga dalam hidupku. Aku menyesal tidak pernah berusaha untuk mengenalmu lebih dalam lagi sebelumnya.

Sekarang aku tidak meminta apa-apa, hanya berharap kita dapat memanjang hari-hari kebersamaan kita. Sama seperti yang ku ucapkan pada bintang jatuh malam ( shooting stars ) itu di pantai, Aku ingin kau menjadi cinta sejati dalam hidupku. Aku ingin menjadi kekasihmu selamanya dan berharap kau juga akan berada disisiku seumur hidupku. Salleh, aku sangat sayang padamu
.

Tuesday, October 14, 2008

Mimpi Sang Naga

Sudah dua malam aku bermimpi buruk..
Dan semalam aku bermimpi lagi..
Dikejar oleh binatang purba,
Badannya ular..berkepala naga,
Tiada kaki, tidak bertangan , menyusur laju umpama cahaya
Badan bersisik perak, bergigi taring suaranya nyaring..
Sisiknya keras, matanya dalam..keningnya tajam
Tidak berkepak..berbadan besar namun panjangnya tidak..
Tiada rambut namun berkepala, Lidahnya panjang tidak terkira

Mengejar..dikejar..aku dikejar..
Hanya anak mata aku yang dicari..ingin dirobek ingin dirabak..
Aku tak pasti ape tandanya..
Aku tak pasti ape pesanannya..
Ada sesuatu yang ingin disampaikannya..

Hidup ini semakin hari semakin kompleks..Mungkin aku perlu bersidai di shopping kompleks..
wallhualam...

Ps :- Aku juga mimpi aku dikejar lebah yang amat besar..Aku di sebuah jalan yang lurus..Dibelakangku ada seekor lebah yang amat besar..Ingin menyengat..ingin melumat..dan di tepi jalan baru kulihat ular berkepala naga cuba mengejar aku..Ada suara yang berbisik..dia hanya mahu anak mataku..Aku confiuss...

Monday, October 13, 2008

Pusing..

Berpusing pusing berpusing pusing..
pusing dan berpusing
berpusing pusing berpusing pusing..
Berpusing pusing berpusing pusing..
berpusing dan pusing..
pusing berpusing pusing berpusing
pusing dan pusing dan berpusing
memusing pusing berpusing pusing..
pusing dan berpusing
berpusing dan pusing..

Aku terlena di kelengkangmu..Hatiku Di Harajuku..kau menemani mimpiku..Kau membunuh realitiku.

Pucuk dan Akar

Bismillahirrahmanirahim...

Hitung hitung si pitung..kira kira si kura..
Detik denyut..napas sesak..menunggu masa..
Sabar aku ..sabar dia ..sabar semuanya
Demi masa yang dinanti..demi masa yang dikira

Pusing kepala..kedepan kebelakang..kiri dan kanan..
Pandang ke belakang tiada guna..pandang ke depan tiadalah nampak..
Sinar terang, gelap, samar, tiada ceria...
Ada lubang terbit cahaya..ada lorong pembuka cerita..
Sesat aku..pulang ke pangkal..pangkal tiada menuju ke pucuk,
Pucuk muda namun gembira..
Akar lama tapi derita..
Walau pucuknya lembut tapi mengikut kata..
Dari pangkal akarnya keras tapi degil tak terkata.

Ada tangis di pucuk..ada dendam di akar
Ada cahaya di pucuk..ada gelap di akar

Tinggi gunung bukan di akar..tinggi gunung kerana pucuk..
Hidup pokok kerana akar..tanpa pucuk tiada udara..
Tiada udara tiadalah dunia..tiada dunia tiadalah cinta..
Gahnya akar kerana tunjang..senyumnya pucuk kerana sayang
Hebatnya akar kerana kuat..hebatnya pucuk kerana taat.

Hitung hitung si pitung..kira kira si kura..
detik denyut..napas sesak..menunggu masa..
Sabar aku ..sabar dia ..sabar semuanya
demi masa yang dinanti..demi masa yang dikira

Bunga mekar..kembang mewangi..inspirasi pagi..
Bayu gunung..wangi tanah..kicau burung..nyaman mentari..
Dikaki gunung aku berjanji..berjumpa dan bersaksi..
Perjanjian baru terpatri, janji baru bersakti..