Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Thursday, September 25, 2008

KAMI the movie!!

"Hidup ini memamg palat.Tapi esok masih ada"

Giler kentang!!!..Penduduk Malaysia kene layan citer nie.. Tahun lepas aku layan tv series tapi tak puas sebab citer die mcm tergantung tapi rupernyer2 diorg bikin kasik movie..Huwaa..kagum2..salah satu sebab aku suke citer nie sebab name actor die "ALI" yeahh..alirico..awek2 yang belakon semua sempoi2..walaupun dalam citer nie mcm ada unsur2 nakal dgn awek yang chicky dan ditambah pula ada yang cheeky ( mulut puaka) tapi ada pengajaran yang boleh dalam pengertian satu persahabatan secara khususnya.Jalan ceritanya menarik dan teknik penceritaan yang superb sebab kene menggunakan kepala hotak yang cukup padu utk memahami setiap jalan cerita sebab penceritaannya tidak lurus..Tidak bengkang bengkok tapi ke depan ke belakang dalam kupasan setiap perkara dan membuatkan aku makin meminati cerita ini. ( apsal ayat aku nie macam laen mcm jer..blasah jerlah).

Ceritanyer cukup simple tapi digubah dan dilayarkan dgn mantap walaupun tanpa pelakon terkenal dan budget yang besar.Hanya berkisar hidup 5 sekawan yang masing2 mempunyai jalan dan liku2 hidup tersendiri.Penceritaan yang memfokus terhadap setiap individu namun bijaknya pengarah mengolah pertemuan mereka dan menggabungkan semuanya di dlam suatu cerita yang sama.Ala-ala mcm cerita CINTA laa..tapi ini tahap 5 individu yang masing2 mempunyai jalan cerita yang berbeza dapat disatukan dan diciptakan kisah yang baru yang melibatkan semuanya..Hebat bukan..Namun kepada yang kaki bahasa,jiwang dan pujangga..jgn harapla nak copy kata2 indah ala2 pujangga dalam filem nie sebab confirm takkan ada..Cerita yang bersifat neutral yang mengisahkan persahabatan, ideologi dan kehidupan secara realiti remaja di ibu kota.Selamat menonton..

Casting

Ali -Mamat cool + kaki weng + hati baek + Kawan Abu + Kaki Music + Kaki Gig
Masalah :- Mak Bapak selalu Gado ..mamam estacy bila tension

Abu -Mamat lawak + kaki rembat + hati baek + Kawan Ali + Kaki Music +Kaki Gig
Masalah :- Abang kandung meninggal..Bapak pilih kasih terhadap anak..suka mencuri

Lyn - Minah ranggi + garang + Buat majalah music + Kaki Music + Kaki Gig
Masalah :- Kemiskinan keluarga..pindah bandar dan nak bantu keluarga..hidup tersepit..

Adii- Minah ranggi + kelakar + Sedara Ali + Kaki chatting + Kaki Music + Kaki Gig
Masalah :- Bercinta online dgn abang si abu dan menunggu2 tapi tak sedar abang abu dah mati dirompak..Abu pon tak tahu si adii ade couple2 ubi dgn abang die.Mak adii ada masalah dgn keluarga Ali

Sofie- Minah blur tapi ranggi + kawan baik Adii + kaki Belajar + Kaki Music + Kaki Gig
Masalah :- Mak sendiri nak kawen dgn suami org..Tercintan dgn si Ali

Saturday, July 26, 2008

The Bank Job..

Sape penah tgk citer The bank Job angkat keyboard!!..kalo bedasarkan tajuk mesti ingat cerita ni mengisahkan seorang pegawai bank mahupon pakcik guard di bank menempuh dugaan dalam kehidupan dgn bekerja di bank sehari-hari.Mungkin juga ada yang terfikir cerita ini juga mengisahkan seorang lelaki atau perempuan hatta kedua2nya sekali yang ingin memohon pinjaman bank utk mengusahakan kilang batik ataupon membuat kandang tuttt ditolak oleh pihak bank dgn sadis sekali.Namun jika perihal ini dilakon layarkan maka tentu sekali jumlah kutipan tiket akan mengalami nasib yang sama dgn jumlah ticket filem "KALA MALAM BULAN MENGAMBANG " karya Mamat khalid dgn kutipan RM554,000 setelah tamat tempoh tayangan.

Cerita ini berdasarkan kisah benar rompakan bank di "Baker Street bank" pada tahun 1971 dan menjadi rompakan terbesar di british dan kes ini masih lagi menjadi tanda tanya dimana tiada lagi tangkapan dan penemuan hasil rompakan hingga kini.Filem ini membabitkan kisah pembunuhan, rasuah, dan skandal seks yang melibatkan golongan diraja dan yang paling best cara rompakan dgn membuat terowong bawah tanah utk memasuki safe deposit boxes bank Baker street.Walaubagaimanapun, filem ini tidak sesuai ditonton oleh golongan 18 ke bawah sebab adegan ehem2 yang banyak dan boleh biol kalo ditengok berulang2 kali.
Fakta.

1) Rompakan bank pertama didunia berlaku di Amerika pada 31 August 1798 di bank Of Pennsylvania yang dianggarkan hasil rompakan bernilai USD 1.8 million

2) Rompakan paling besar di dunia berlaku di Banco Central di Fortaleza Brazil pada 6 August 2005 yang dianggarkan hasil rompakan bernilai USD 70.1 million.Rompakan ini telah dirancang 3 bulan lebih awal dimana perompak telah menyewa sebuah kedai berhampiran bank dgn membuka kedai lanscaping dgn menjual artificial grass dan pokok2 lanscape.perompak telah menggali terowong bawah tanah sedalam 78 meter dan terowong ini lengkap dgn pelbagai sistem pengudaraan dan cahaya yang dipercayai dihasilkan oleh pakar2 GPS, math, kejuruteraan dan excavation ( pakar penggali).Perompak berjaya mencuri 5 kontena wang kertas 50 USD seberat 3.5 tonnes yang dianggarkan bernilai USD 70.1 million.Wang kertas 50 itu belum lagi diinsurancekan dan masih belum dicatat no sirinya membuatkan sukar utk menjejaki wang tersebut.Walaupundemikian, hampir USD 8.93 million telah dapat ditemui tetapi USD 61.16 million masih tidak dapat dikesan.

3) Rompakan yang paling tidak popular tetapi melibatkan anggaran nilai rompakan hampir USD 1 billion iaitu rompakan Central Bank Of Iraq.

4) Rompakan oleh Valerio Vinccei pada 12 July 1987 di Knightbridge Safe Center di London yang melibatkan 60 million UK pound.Anggaran pada tukaran wang 1987 kira-kira USD 98 million dan anggaran pada tukaran wang 2006 bernilai USD 174 million.Kes ditutup setelah Vinccei terbunuh di dalam misi polis tetapi rahsia dimana hasil rompakan yang dianggarkan bernilai 95 million itu masih lagi menjadi misteri sampai skrg..
Kalo nak citer pasal perompak kat Malaysia nie..Mesti kita teringat kat Mat komando,Botak chin, geng M-16, geng adzhar, Geng seluar dalam, Geng mamak dan macam2 lah..tapi yang aku takleh handle perompak yang jenis suka rompak ATM mechine nie tapi yang lawaknyer ter 'rompak' checque deposit machine.Budus..Please laa jgn malukan malaysia lagi..

Sunday, July 20, 2008

Sepi...



Maafkan jikaku tidak sempurna, ku tahu kau merasa sepi dan juga aku.Memang telah ditakdirkan kita hidup di suatu tempat yang berbeza.Namun aku di sini tetap mengingatimu.Menangisku tanpa air mata..merintihku tanpa ucapan.Perlukah aku tunjukkan semuanya..Kerana aku bukanlah laki-laki yang sempurna..yang ku tahu..kaulah cinta terakhir ku