Thursday, February 9, 2012

salah cakap



Ari tu cik wifi terlepas ckp..sian andika maen sorang sorang takde kawan

********************************************************
Aku secara otomatik exercise tekan tubi dgn tersenyum girang

Wednesday, December 28, 2011

borak

"xkeje hari ni dik" kata mamat tukang repair kete sambil menyetat kereta
"cuti"aku jawab pendek.mak aku dah pesan jgn bebual sgt dgn org xkenal
"skrg musim hujan,aku smlm memancing sekor ikat pon xdpt" mamat tu start bukak cite ajak borak
"ikan skrg sombong betul,bukan takat nk makan,gesel2 pon xnak"
aku bantai senyum nipis.nak nyampuk takut mak aku marah.
"ikan ni kalo nk tau.pot pet pot pet"

**************
"abg memancing kat mane?"tanye aku pendek
"kat selat inggeris" kata mamat repair kete sambil tersenyum puas

cilaka!

Monday, December 26, 2011

Siapapun… Siapapun…!

Dengan berat, akhirnya aku terpaksa pergi
dalam sepi aku menatap langit bagai kertas kertas ujian
dalam hiba aku mengira rerintik hujan
kenapa kau membisu?
Kau takut semuanya kembali ke permulaan?

Aku, ya aku
Aku yang memilih berpelampung di gelombang laut bergelora
melihat susunan ombak besar bakal menghempas pantai
gelombang samudera yang terus menderu,menggoncang setiap pertimbangan
ini janji semesta
namun aku engkar
cuba mengetuk pintu itu sambil berdebar menunggu jawapan
ternyata aku tak sedar
aku hanyalah serangga

(dah dah..makin mengarut dah nie..tulis panjang2 pon bukan boleh bawak kemana pon)

















Thursday, December 8, 2011

aku ini bukannya makhluk asing

aku ini bukannya makhluk asing
berkepala besar punya kapal angkasa
aku ini bukannya dari jupiter sama sepertimu makhluk dibumi
kita ini tiada bezanya o o ohh..o o ohh..
tiada bezanya..











Tuesday, December 6, 2011

All the same



Go ahead and tell me you'll leave again
You'll just come back running
Holding your scarred heart in hand
It's all the same

And I'll take you for who you are
If you take me for everything
And do it all over again
It's all the same

Monday, December 5, 2011

Hari ini sahaja yang ada



Apabila terjaga di pagi hari, jangan terlalu mengharapkan bertemu senja.
Mengharungi hidup seharian terlalu menyesakkan namun hanya itulah yang kau ada.
Biarkan semalam berlalu dgn kejahatan dan kebaikan, sedangkan hari esok belum tentu tiba
Kitaran hidup dihitung harian, jika aku dilahirkan hari ini ,mungkin juga aku dikebumikan hari ini juga.

Uruskanlah masa yang ada dengan sebaik baiknya.Mohonlah keampunan yang maha esa
Hiduplah hari ini dgn ceria dan tawa,lupakan apa yang berlaku di waktu sebelumnya
Bayangkan hari ini sahaja yang kau ada dan hari ini kau merasa gembira,berbaloikah rasa sedih semalam kau meratap hiba?

Semalam telah lama kutinggalkan, esok belum pasti ada, hanya hari ini sahaja yang ada..





Sunday, December 4, 2011

Forgive, forget and let go


We may not know how to forgive, and we may not want to forget; but the very fact was once you forgive someone you love,you value your relationship more than yourself


Aku tak menyangka
Begini akhirnya
Cerita indah kita
Bersama

sukar tuk percaya
Tergamaknya aku
Menghembus kata itu
Padamu

Namun engkau tahu
Semua itu bukanlah untukku

Sejujurnya aku tahu apa berlaku
Dibelakangku selama ini
Ku pejamkan mata

Tapi sampai bila
Aku kan membisu untuk mu
Namun engkau tahu
Ku tetap menyayangimu
Selamanya…

Saturday, December 3, 2011

Where Are All the Good Men and Women?


"I don't get it.. I'm attractive, smart, sensitive, accomplished. Why doesn't he or she flip for me? Why can't I find love?" How many times have you beat your fists on the pillow asking yourself this question?

Every single and divorced people, young and old are asking themselves as they brush their teeth in the morning, as they shave or put on makeup, as they touch up the grey in their hair, or even when they touched themselves to 'Live a little' =)

"Where are all the good men? Where are all the good women?""where are they?"


Read more
How to Make Anyone Fall in Love with you by Leil Lowndes
Anyone interested, bites me for PDF copy at alirico012[@]gmail[dot]com

You always hurt the one you love

Terrible or beautiful voice may gives more comfort than a thousand kisses in love.



You always hurt the one you love,
The one you shouldn't hurt at all.
You always take the sweetest rose,
And crush it till the petals fall.

You always break the kindest heart,
With a hasty word you can't recall.
So, if I broke your heart last night,
It's because I love you most of all.

Friday, December 2, 2011

Saja [K] - Saja [K] Suci


Setiap detik masa yang dilalui dengan derap langkah merongkah semesta adalah seperti rentetan sajak sajak suci yang menunggu untuk dibaca


Tuesday, October 18, 2011

Uri


  • Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)
  • Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
  • Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing
  • Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku dan sebagainya adalah amalan khurafat.

1) Gali lubang - kalau gali dgn tgn kiri. kanak2 itu kelak mungkin menulis pun dgn tangan kiri
2) Masukkan periuk temuni kedalam lubang dan dikambus
3) Bacakan Alfatihah sekali, surah Al-Ikhlas,Al-Nas,Al-Falaq disambung dgn

"La ilaha illALLAH wahdahu la syarikalahu lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumitu wa huwa `ala kulli sya`in qodiir.La hawla wala quwata illah billah hil 'Aliyil 'Azim"

4) Angkat kaki kanan letakkan tapaknya separuh sahaja diatas tanah tembuni itu lalu berpesan umpamanya nama anak itu ali

- hendakla engkau taat perintah allah dan rasulnya
- taatkan perintah ibu bapa, saudara2 yang tua
- belajar bersungguh2. mudah mudahan mendapat pangkat yang tinggi
- ya allah ya tuhanku, jauhkan anakku ini daripada segala penyakit
- terangkan hatinya dlm menuntut ilmu

Dan lain lain doa yg dihajatkan

5) tekankan tapak kaki dgn perlahan2 sambil menunjukkan jari, membeliakkan mata kepada periuk temuni.

Mewariskan hal terdahulu kepada generasi baru,selagi ianya tidak menidakkan dan menyekutukan Allah,tiada salahnya bukan?

Sunday, October 16, 2011

puing puing

Masa berlalu begitu pantas..seperti puing puing angin meniup layar bahtera maka terdamparlah mereka di pulau impian..dan akhirnya lahirlah satu jiwa..hehe..

Xpaham sudah..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, August 24, 2011

Maka Genaplah 500 tahun kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka


Mahmud Syah memerintah Malaka sampai tahun 1511, saat ibu kota kerajaan tersebut diserang pasukan Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque. Serangan dimulai pada 10 Ogos1511 dan berhasil direbut pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Syah melarikan diri ke Bintan dan mendirikan ibukota baru di sana. Pada tahun 1526 Portugis membumihanguskan Bintan, dan Sultan kemudian melarikan diri ke Kampar, tempat dia wafat dua tahun kemudian. Putranya Muzaffar Syah kemudian menjadi sultan Perak, sedangkan putranya yang lain Alauddin Riayat Syah II mendirikan kerajaan baru yaitu Johor.

Kesultanan Melaka ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihakPortugis pada tahun 1511.

Source :- Wikipedia

Monday, August 22, 2011

Ucapan Selamat hari raya!!!

Sedar tak sedar sunguh 3G ramadan tahun ini, puasa pon dah tinggal berape hari.tapi mcm biasa hari2 last nie mmmg terasa EDGE sikit.kadang2 sampai ke tahap GPRS..tapi takpe janji kita sentiasa kawal diri dari roaming2 dosa.

Mana2 yang dah bluetooth duit raya dlm bank, boleh la start pegi hotspot utk beli persiapan raya,kalo agak2 budget kurang, belanja ala2 infrared pon boleh.tapi yang ade budget lebih , boleh belanja ala2 USB 2.0. kalo yang dah bersuami isteri, pandai2lah sharing wifi. nak harapkan suami jer topup prepaid pon susah juga.

Sempena bulan yang mulia nie,dengan face dan smile detection saya menyusun dual touch jari memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran SMS, terkasar voicemail dan tersilap MMS.Kadang2 ade yang tertouch screen tu mintak halal lah..itu semua tak sengaja.Diharap agar coverage kebahagian akan sentiasa menemani kalian di mana sahaja lokasi GPS anda berada

Akhir kata, saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun

"Anak kuda panjat pokok kelapa, Selamat Hari Raya!!"

Thursday, August 18, 2011

cahaya di atas bangunan

Walau setinggi manapun bangunan yg kau bina,jgn kau lupa tapak tanah milik penciptanya
Published with Blogger-droid v1.7.4

mcm penah kulihat

Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, August 17, 2011

Nenek Dan Beca

Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari."

Tuesday, August 16, 2011

teh

Kadang kadang dgn teh segelas dpt mengeratkan dunia.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, August 13, 2011

keistimewaan aidil

KEISTIMEWAAN AIDIL

1. Melawaskan sistem penghadaman
2. Mengawal bentuk badan
3. Mencerdaskan minda
4. Merangsang kecantikan kulit
5. Melancarkan peredaran darah
6. Mengatasi kulit bermasalah
7. Membantu meningkatkan kesihatan
8. Menenangkan fikiran & menghilangkan keletihan
9. Menyembuhkan luka-luka luaran dan dalaman
10. Sangat baik untuk ibu hamil
11. Sangat baik untuk ibu-ibu selepas bersalin
12. Sesuai untuk orang yang mengalami gastrik / asma / batuk
13. Sesuai untuk ibu yang mengandung
14. Alahan teruk waktu mengandung

sila dapatkan aidil dipasaran.
update :- Di atas sebab2 tertentu, produk aidil tak boleh lagi didapati di pasaran terbuka hanya di pasaran gelap saja..kah kah kah

Friday, August 12, 2011

ikan

Ada seseorang yang pergi ke pantai untuk memancing ikan dengan membawa

peralatan pancing. Menurut pengalamannya, dengan peralatan yang ia bawa itu

hanya akan mendapatkan ikan-ikan kecil. Tetapi pada saat itu ia terkejut kerana

mendapatkan ikan yang besar

Published with Blogger-droid v1.7.4