Tuesday, October 21, 2008

Selamat Penganten Baru..

Suziyana ( Uji ) dan Ridzuwary ( wari )

Tahniah kepada blogger Uji yang akan menamatkan zaman -zaman ubinya dgn jejaka pilihan yang tak gemuk bernama Wari..Tahniah kerana berjaya mengharungi dugaan yang paling besar dalam fasa hidup dan selamat berjaya dalam mengharungi bahtera rumahtangga yang sudah tentunya Wari akan menjadi nahkhodanya.Layarkanlah bahtera dgn seikhlas hati..dayunglah dgn sepenuh jiwa nurani..

Jika berbahtera di dalam kegelapan..carilah pelita..tiada pelita berpanduilah bintang..tiada bintang gunakanlah mata..lihatlah dan terus melihat..mendengar dan terus mendengar..berbahasa dan terus berbahasa..jgn sesaat membuatkan alpa..nanti merana jiwa meronta..

Jika berbahtera di dalam terang..Jgn terlalu bangga dgn keselesaan yang dikurnia..jgn terlalu yakin dgn kelembutan si dia..jgn terlalu ghairah menggapai angkasa namun alpa dgn perkara asas yang menunjanginya..Hargailah..syukurilah..Berusahalah selagi terdaya..Berusahalah..Berusahalah..Berusahalah..Pada akhirnya. kembalikan kepada Tuhan dalam segala hikmat-Nya.

Selamat pengantin Baru aku ucapkan 5 hari lebih awal dari tarikhnya..Ada sesuatu yang boleh dipelajari..ada sesuatu hikmah yang boleh diselidiki...Namun untuk Aku? Aku hanya meraikan cinta kalian...

Sebahagian daripada cara dan sifat isteri yang solehah

1. Wanita yg sentiasa memelihara diri dari kebersihan badan, kesihatan tubuh, tutur kata yang sopan dan kecantikan wajah serta kebersihan rumahtangga.

2. Tidak akan membuat sesuatu tanpa pengetahuan suami, misalnya meminjam wang dari ALONG untuk keperluan rumahtangga atau lain-lainnya.

3. Jika suami memanggilnya, ia akan segera datang tanpa menunjukkan sikap ketenet yang bosan atau dgn sikap acuh tak acuh sambil mengacuhkan pisau terhadapnya.

4. Jika suami pulang dari kerja, ia akan menyambut suaminya didepan rumah dgn penuh senyuman dan hilai tawa yang manja2 ubi.

5. Jika ia makan, ia selalu bersama2 dgn suaminya dan tidak mahu makan mendahului suaminya.Jika ia hendak minum..tuangkan air di gelasnya dan layanlah suami seperti dirinya sendiri.

6. Tidak meminta sesuatu diluar kemampuan suaminya. Tidak membanding-bandingkan suaminya dgn orang lain baik dgn tetangga , teman-temannya serta anak2 jiran yang laen.

7. Tidak bersikap boros, akan tetapi tidak pula bakhil.Selalu membantu suami jika bukan dari segi keewangan, bantulah dgn dorongan dan sokongan yang padu.Belaian adalah cara yang terbaek dalam memberi dorongan kepada suami

8. Menganggap keluarga suami seperti keluarga sendiri.Bergaul dan kenalilah kawan2 suami demi menghindarkan rasa syak wasangka dan iri hati jika suami meluangkan masa dgn kawan2.Lagi afdal, joinlah suami kemana2..

9. Selalu dapat menyesuaikan masakan dgn selera suami, dan sentiasa mengambil berat masakan apa yg disenangi suami.Tanyerlah ibunyer ttg makanan dan minuman kegemaran suami.Hanya ibu yang tahu akan selera anaknya.

10. Tidak akan melanggar pesanan suami, selagi pesanan atau wasiat tersebut bukan sesuatu yg haram.Sentiasa patuh dan taat dan tidak sesekali meninggakan suara, mengeluh dan bersikap kasar kepadanya.Waluupun ternyata suami yang bersalah.

11. Tidak mengerjakan puasa sunat tanpa izin suami sebab berkemungkinan suami berhajat bersamanya disiang hari, pagi, lepas lunch, lepas berkebun hatta sedang menonton telenovela.

12. Sentiasa membantu suami dalam menegakkan kebenaran dan lain-lain..nananna

Sekain dan Sepelamen..