Ada harinya kita berharap kita dapat disiplinkan diri dan dapat mengubah semuanya..Ada harinya kita berharap kita dapat membaca sebuah buku yang dapat membuka fikiran utk ilmu yang baru dan beramal dengannya.Ada harinya kita amat berharap untuk dapat memulakan atau mencuba aktiviti yang baru dalam hidup.Ada harinya juga kita merancang utk memulakan apa sahaja yang dapat mengubah cara hidup kita.Kita sebenarnya boleh lakukannya skrg juga..atau mungkin minggu depan..atau bulan depan atau tahun depan..semua terpulang kepada kita utk menentukan masanya..
Atau kita juga boleh utk tidak melakukan apa2..Kita boleh berpura2 daripada melakukan sesuatu.Jika ada perkara dalam mengubah diri yang dirasakan tidak selesa, kita boleh kekal menjadi diri sendiri.Kita boleh memilih rehat daripada bekerja..kita boleh berhibur daripada belajar..kita boleh berangan2 daripada berhadapan dgn kenyataan..kita boleh menjadi tak berguna dikalangan org yang berguna..kita boleh bergantung dan menjadi parasit demi mengharapkan usaha org laen..Semua pilihan terletak pada kita utk memilih..Namun tetapi..segala keputusan adalah bergantung pada pilihan kita.Cara yang sama akan menghasilkan keputusan yang sama.Jika inginkan sesuatu yang berbeza..bersiap sedialah utk berubah..Kita mempunyai abiliti dan bertanggungjawab dalam memilih pilihan yang terbaik bermula dengan hari ini.
Kita tidak boleh membiarkan kesilapan kita dalam membuat keputusan berulang lagi dan menuju kita ke laluan yang salah.Kita mesti melihat kembali ke belakang dan membuat sesuatu perubahan yang besar dalam menentukan masa hadapan yang berbeza.Kita perlu membuat pilihan yang tepat yang dapat membuatkan kehidupan kita lebih gembira dan bermakna.Jika aku layak.. aku nak tawarkan sedikit nasehat kepada sesiapa sahaja yang inginkan perubahan dalam kehidupan..
" If you don't like how thing are, change it!!!
We have ability ..We are respondbility to ourself and..
it all begins with our very own power of choice!! "
sekain....
( khas kepada Hanis..Qaseh..Galuh..Snow..Captain dan semualah )
