Tengah aku duduk mengadap kerja yang menimbun sampai ke malam hari..tiba2 aku terpikir..kenapa aku rajin gile sejak menjak nieh..rupernyer..semuanya bermula dgn matlamat. Aku nak habiskan semua kerja sebelum aku bercuti..so matlamat aku ialah "CUTI" dan matlamat aku ni buat aku gembira.So dalam mengejar matlamat yang menggembirakan nie..aku akan pastikan tak ada apa yang boleh halang aku.So dalam proses utk menuju matlamat nie..hidup aku makin bermakna..makin bersemangat..masa pon berlalu bergitu pantas..dan setiap saat aku gembira.kenapa?? sebab semuanya kerana matlamat.So kepada yang tgh sedih2 tue..aku belasah jer tulis langkah2 utk jadi gembira..kalo ade yang boleh pakai..kasik amek..tak boleh pakai..kasik baca jer.
1. Langkah pertama..dudok diam2..Tak kisahlah nak pegi yoga ker..sembahyang tahajjud ker..meditation ker..dudok dalam hutan ker..lepak bawah gunung ker..erkk..yang penting buat sesuatu yang membuatkan kita tenang, selesa dan dapat menenangkan diri dgn seadanya..
2. Langkah ke dua..Fikir semua aktiviti yang kita telah buat dan carik aktiviti yang mane satu yang betul2 buat kita rasa gembira sangat2..Cthnye..maen cop tiang ker..memasak ker..tanam ubi ker..jalan2 makan angin ker..hangout ngan kawan2 ker..panjat pokok hatta panjat gunung mcm saudara mountweller..tak kisahlah janji perkara tu buat kita gembira.Hanya kita jer yang tahu aktiviti ape yang buat kita rasa best dan enjoy giler ah ding dong.Bukan time masa buat jer..sampaikan memori tue bile kita ingat balik rasa kembang2 hati mcm happy sangat..cuba fikir..mesti ade..mungkin ade perkara yang kita buat masa kecik2 dulu takpon masa zaman2 belajar yang sampai skrg kita masih teringat.
3. Langkah ketiga, buat plan sekurang-kurangnye buat satu aktiviti dalam masa terdekat.Letak kat reminder takpon bubuh besar2 aktiviti ape nak buat kat calendar.Pastikan semua persiapan dah dibuat..kalo yang nak bbq tue dah leh siap2kan barang2..kalo nak gi jalan2..pasti semua dah diuruskan..book flight ker..service keter ker..kalo nak gi picnic dah roger2 member2 konvoi..Tolong respect dan pastikan tiada org yang dapat mengganggu gugat perancangan kita
4. Langkah ke empat, sebelum buat aktiviti tu..bayangkan betapa gembiranya masa buat aktiviti tue..visualizekan semuanya..ingat balik semua kenangan2 yang best tue..confirm kita kan tersenyum..kadang terketawa kecik dan terasa enjoyy..haaa kan..kalo plan nak buat minggu depan..Hari nie kita dah start rasa happy2..dah start bersemangat balik..taklaa monyok jer..muke tempeyek hari2.sebab ape? sebab kita ade matlamat dan tahu matlamat itu menggembirakan.
5. Langkah ke lima, selepas buat aktivity tu..kongsi ngan kawan2 perasaan happy kita tue..jgn simpan2..luahkan..describe kan aktivity tue pada kengkawan..buat diaog jeles2 biskut sikit pastu ajak diorg join sekali kalo nak buat aktivity tue lagi.
6. Langkah ke enam, Ingat semua kenangan tue..tulis dalam diary ker..blog ker..kertas kajang ker takpon dgn cara paling mudah..amek gambar bayak2..pastu tampal dalam album..nanti leh tgk hari2..
7. Langkah terakhir, ulang balik proses tu dgn aktiviti yang berbeza..
Matlamat hidup umpama tiang gol di dalam sebuah permainan bola sepak. Tanpanya, kita tidak fokus dan bermain tanpa tujuan. Kita akan hanya menghabiskan masa sembilan puluh minit berlari-lari di dalam padang tanpa apa2 tujuan. Begitulah juga dengan manusia. Manusia yang tidak tahu matlamat hidupnya umpama menghabiskan masa hayatnya di dunia tanpa tujuan.Seronokker?
Meet me here!!
Monday, October 27, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
