Friday, December 26, 2008

Monotaip Tentang Monotheisme

Aku bukannya sang mutakallimin, utk dimuhtashamkan juga aku tidak layak.Momokan aku tidak maujud tapi hati ini ade kisah yang ingin diungkap.Bermonolog dan berpujanggalah aku seorang diri dgn susunan kata2 bermurakkab namun aku sedar ianya tidak mujarab.Yang cerah akan tetap terlena namun yang bangkit hanyalah dari gelap..

Liku liku, selok belok, hiruk pikuk tentang hidup siapa yang tahu.Smalam kita tertawa namun hari ini kita berduka..esok lusa belum dirasa namun harapan masih lagi ada.Jgn kerana hari ini kau bersedih, kau bawa hiba itu ke hari esoknya..Jgn kerana semalam kau tertawa, kau sangkakan hari ini kau akan sentiasa ceria.Hidup perlu bersedia..bersedia menghadapi segalanya..aturan dan perjalanan hidup mengikuti rantaian dunia..Percayalah kita adalah pelangkap sinopsis semesta dan berkohesi diantara setiap satunya.

Kepada yang mengalami kedukaan, bukalah mata..bukalah minda..ini adalah salah satu ujian dari yang esa.Aku tak mampu berikan apa2.hanya kata2 musa'adah yang dapat aku hulurkan sebagai pengganti cara..Mungkin post ini dapat memberikan sedikit makna
KOHESI ANTARA AKU DIA KAMI DAN KITA

Percayalah:-
Aku memohon kekuatan......
Dan Tuhan memberi aku kesulitan-kesulitan untuk membuatku kuat

Aku memohon kebijaksanaan.....
Dan Tuhan memberi aku persoalan-persoalan untuk aku selesaikan.

Aku memohon kekayaan........
Dan Tuhan memberi aku akal dan tenaga untuk terus bekerja.

Aku memohon keteguhan hati.....
Dan Tuhan memberi aku bahaya untuk aku atasi

Aku memohon cinta dan kebaikan hati...
Dan Tuhan memberi aku orang-orang yang bermasalah untuk aku tolong.

Tuhan memakbulkan doa kita dgn caranya, tapi yang pasti tuhan memberikan yang terbaik untuk kita.Jika kejadian negative berlaku, berkata pada diri bahawa Tuhan pasti mempunyai jawapan yang positif untuk setiap kejadiannya.


Kau..aku maksudkan kau!..kalo kau membaca entri kali ini..
Bersyukurlah kerana kau masih mampu lagi berjalan di bawah mentari senja..

Sekian
( Aku bukan ustaz jika berjaya mengungkap sebaris dua perkataan arab.Hanya menceriakan untaian kata dan perlengkap makna. )