Friday, June 13, 2008

Keminyak yang kering..

Hallo..aku datang lagi dgn permainan jongkang jongkit didalam..oleh kerana percubaan pertama berjaya..aku nak tulis pulak pasal ketiadaan minyak dan peningkatan harga minyak di pasaran dunia dan juga di pasar tani kampung ulu belitong pahang.Hari nie perhimpunan protes kenaikan minyak dah dijalankan dgn jayanya yang melibatkan hampir 2000 rakyat di kl.5 july ni pulak ade lagi demontrasi akan dilakukan yang akan menghimpunkan puluhan ribu and maybe more than that..Utk golongan executive, mungkin rasa aperlaa kenit pemikiran kodok2 nie berhimpun ramai2 tgh2 jalan pastu berarak jauh2..trafic jam sure punyerlah..kedai2 pon bayak rugi..pelancong2 pon akan buat tanggapan buruk ttg malaysia..baek dok opis jer kerja..pastu nanti nak undi ..undilaa parti barisan alternatif..kan senang..tetapi utk golongan2 yang radikal dan semangat penentangan yang tinggi..mereka nak perubahan yang mendadak..mereka ingin bersuara..mereka ingin menentang..kerajaan yang tidur perlu dikejutkan dgn kebangkitan suara rakyat..makhal sakti..suara rakyat suara keramat..bla bla bla....mcam2 pandangan dan pendapat manusia nie..so dgn secara tidak langsung rakyat akan terbahagi kepada beberapa kumpulan kecil mahupon besar.Golongan atasan akan duduk memerhati..Golongan pertengahan akan terbahagi lagi kepada 2 kumpulan.Golongan pertengahan yang hanya memerhati dan memboikot secara senyap dan golongan pertengahan yang akan menentang bersama golongan2 working class ini.Golongan bawahan yang paling tertindas rata2 nya akan bangun menentang dan memboikot secara terang terangan.

Apabila ini berlaku..maka terbentuknya pelbagai krisis dalaman negara dan secara tidak langsung akan mengetotkan perkembangan ekonomi dan ini menyebabkan tekanan terhadap rakyat akan bertambah sehingga mereka bangkit secara giler ah din dong dan kerajaan pemerintah yang sedia ada ini tidak akan mampu menahan gelombang ini utk sekian lamanya..percayalah.

Sebagai cth..Begitu jelas kita dapat lihat bagaimana thaksin dihambat oleh rakyat thailand dan rajanya sendiri atas dakwaan rasuah dan sebagainya, josep estrada dihambat oleh rakyat filifina atas dakwaaan rasuahnyer, jatuhnya suharto di indonesia atas reformasi rakyat,runtuhnya empayar shah iran atas revolusi iran, musnahnya kerajaan beraja di Nepal atas desakan rakyat,Hugo chaves hampir digulingkan oleh rakyatnyer di venezuela dan yada yada yada..Sejarah jelas menunjukkan bagaimana kuasa rakyat itu dapat meruntuhkan tembok kuasa pemerintah yang terkenal dgn kekebalan dan kebebalan dan tidak mustahil ianya akan terjadi di Malaysia.

Berbalik persoalan mengapa kenaikan bahan api perlu berlaku di Malaysia sedangkan Malaysia adalah pengeksport minyak di dunia.Jawapannya senang jer.Pegi ko tanyer Perdana menteri kenapa die naikkan harga minyak.Kepada yang anti kerajaan akan berangapan kerajaan zalim..kerajaan tidak bertimbang rasa kerajaaan tuttt dan yada yada yada..bg yang pro kerajaan, mereka merasakan golongan yang menjerit2..berbentak2..golongan yang sanggup bakar bendera malaysia ni semuanya kenit pemikiran dan sengal otaknya...ingat!!!Semua rakyat ade hak dan kebebasan utk memilih pemerintah.Semuanya disalurkan melalui sistem pilihanraya.5 negeri telah nyata menolak kerajaan yang sedia ada dan byk lagi negeri yang masih percaya kerajaan yang ada mampu utk mentadbir negara.Mandat telah diberikan oleh rakyat.So maknenyer, tidak semua rakyat setuju kerajaan perlu ditukar dan tak semua rakyat setuju utk kerajaan ditukar.Hormatlah dei..gunakan saluran yang betul.Kalo semua nak berdemontrasi..runtuhkan jer bangunan parlimen tue.pecat semua ADUN2 yang ade.Patutnyer yang memekak2 diorg nie..Diorg yang mewakili majoriti rakyat di kawasannyer dan mereka inilah yang berhak utk bertempik..bukan korang.Korang dok kerja baek2..kerja pon maen2..org suruh kerja hari jumaat korang gi demontrasi..aper kes..bertanggungjawab pada diri sendiri dulu..pada keluarga..pada majikan..baru layak bertempik utk kebatilan seluruh rakyat.

Kesan kenaikan minyak.Mmg bayak kesan yang kita dapat lihat akibat peningkatan mendadak harga minyak di pasaran mahupon di pasaraya2 yang terdekat.Tak perlu diulas lagi..korang leh baca kat internet.tapi yang aku paling tensen sekarang nie.Kalo harga minyak naek, for sure harga barang mentah akan naek.Bila harga barang mentah naek..mesti perbelanjaan utk kenduri kawen akan naek.bila perbelanjaan kenduri kawen naek.Mesti hantaran pihak pompuan akan naek.bila hantaran pihak pompuan naek..Darah jejaka2 malaysia mestilah naek..bila darah naek..adek pon dah tak naek..bila adek pon dah tak naek..ramailaa gadis2 di malaysia yang tak naek pelamin.Maka yang betul2 dah miang nak kawen.. akan terjadinyer ramai yang kawen di thailand.Kawen dulu nikah kemudian,kawen jer pastu tak nikah2 pon ade sebab memikirkan perbelanjaan yang perlu ditanggung.Ini kes serius beb..So suatu hari nanti kita akan lihat..upacara perkahwinan yang beserta kenduri kendara hanya dilakukan oleh golongan elit dan berstatus sahaja.Budaya tradisi ini akan kelamaan pupus dan jangan haraplaa ko nak makan telur pindang lagi.Jgn sampai generasi akan datang nak makan pulut kuning pon dah tak geti.Mcm adik aku yang makan murtabak asing , hirup kuah asing.ko ingat kuah tu sup ker..huh..budak2 zaman sekarang.

So, utk diringkaskan..harga kenaikan minyak bukan kerana minyak itu kering tetapi kuasa2 besar yang memanipulasi harga pasaran minyak dunia. Jelas kita belum lagi sampai ke "Teori Puncak Minyak" tetapi kita skrg sedang menuju ke arah itu.Perlengkapkan diri dgn segala kemungkinan yang ada.Perkukuhkan jaringan penggunaan NGV di negara.Tingkatkan pendapatan minimun rakyat ke tahap yang lebih baek.Perkasakan pengangkutan awam dan perkayakan pendapatan negara dgn perbelanjaan yang berhemat dan teguhkan ikatan silaturrahim rakyat dgn pemimpin dan pemerintah.Insyaallah, untuk Malaysia..tiada gunung lg yang tidak boleh didaki, tiada lautan lg yang tidak boleh direnangi dan dilayari, tiada lagi tempat yang tidak boleh dijejaki namun jika masalah ini tidak boleh ditangani..PERTUKARAN KERAJAAN ITU PASTI!!..

Sekian..

No comments: