Saturday, July 26, 2008

The Bank Job..

Sape penah tgk citer The bank Job angkat keyboard!!..kalo bedasarkan tajuk mesti ingat cerita ni mengisahkan seorang pegawai bank mahupon pakcik guard di bank menempuh dugaan dalam kehidupan dgn bekerja di bank sehari-hari.Mungkin juga ada yang terfikir cerita ini juga mengisahkan seorang lelaki atau perempuan hatta kedua2nya sekali yang ingin memohon pinjaman bank utk mengusahakan kilang batik ataupon membuat kandang tuttt ditolak oleh pihak bank dgn sadis sekali.Namun jika perihal ini dilakon layarkan maka tentu sekali jumlah kutipan tiket akan mengalami nasib yang sama dgn jumlah ticket filem "KALA MALAM BULAN MENGAMBANG " karya Mamat khalid dgn kutipan RM554,000 setelah tamat tempoh tayangan.

Cerita ini berdasarkan kisah benar rompakan bank di "Baker Street bank" pada tahun 1971 dan menjadi rompakan terbesar di british dan kes ini masih lagi menjadi tanda tanya dimana tiada lagi tangkapan dan penemuan hasil rompakan hingga kini.Filem ini membabitkan kisah pembunuhan, rasuah, dan skandal seks yang melibatkan golongan diraja dan yang paling best cara rompakan dgn membuat terowong bawah tanah utk memasuki safe deposit boxes bank Baker street.Walaubagaimanapun, filem ini tidak sesuai ditonton oleh golongan 18 ke bawah sebab adegan ehem2 yang banyak dan boleh biol kalo ditengok berulang2 kali.
Fakta.

1) Rompakan bank pertama didunia berlaku di Amerika pada 31 August 1798 di bank Of Pennsylvania yang dianggarkan hasil rompakan bernilai USD 1.8 million

2) Rompakan paling besar di dunia berlaku di Banco Central di Fortaleza Brazil pada 6 August 2005 yang dianggarkan hasil rompakan bernilai USD 70.1 million.Rompakan ini telah dirancang 3 bulan lebih awal dimana perompak telah menyewa sebuah kedai berhampiran bank dgn membuka kedai lanscaping dgn menjual artificial grass dan pokok2 lanscape.perompak telah menggali terowong bawah tanah sedalam 78 meter dan terowong ini lengkap dgn pelbagai sistem pengudaraan dan cahaya yang dipercayai dihasilkan oleh pakar2 GPS, math, kejuruteraan dan excavation ( pakar penggali).Perompak berjaya mencuri 5 kontena wang kertas 50 USD seberat 3.5 tonnes yang dianggarkan bernilai USD 70.1 million.Wang kertas 50 itu belum lagi diinsurancekan dan masih belum dicatat no sirinya membuatkan sukar utk menjejaki wang tersebut.Walaupundemikian, hampir USD 8.93 million telah dapat ditemui tetapi USD 61.16 million masih tidak dapat dikesan.

3) Rompakan yang paling tidak popular tetapi melibatkan anggaran nilai rompakan hampir USD 1 billion iaitu rompakan Central Bank Of Iraq.

4) Rompakan oleh Valerio Vinccei pada 12 July 1987 di Knightbridge Safe Center di London yang melibatkan 60 million UK pound.Anggaran pada tukaran wang 1987 kira-kira USD 98 million dan anggaran pada tukaran wang 2006 bernilai USD 174 million.Kes ditutup setelah Vinccei terbunuh di dalam misi polis tetapi rahsia dimana hasil rompakan yang dianggarkan bernilai 95 million itu masih lagi menjadi misteri sampai skrg..
Kalo nak citer pasal perompak kat Malaysia nie..Mesti kita teringat kat Mat komando,Botak chin, geng M-16, geng adzhar, Geng seluar dalam, Geng mamak dan macam2 lah..tapi yang aku takleh handle perompak yang jenis suka rompak ATM mechine nie tapi yang lawaknyer ter 'rompak' checque deposit machine.Budus..Please laa jgn malukan malaysia lagi..

1 comment: