Thursday, July 17, 2008

NOKOTTA!!!! Menang atau kalah masih belum ditentukan



KUALA LUMPUR: Penulis blog, Raja Petra Kamaruddin, didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor dalam akuan bersumpahnya yang mengaitkan isteri Timbalan Perdana Menteri itu dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu. - diciplak dari Berita harian

"Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan memberikan sampel darah untuk menguji DNA beliau walaupun telah dibawa ke hospital malam tadi bagi siasatan dakwaan meliwat pembantunya, kata polis.Beliau ditangkap tengah hari semalam dan disoal siasat di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sehingga hampir jam 10 pagi tadi untuk mendapat sampel DNA, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.Sehubungan itu, katanya, pihak polis akan menggunakan ruang perundangan yang ada untuk mendapatkan contoh DNA Anwar." - diciplak dari Malaysiakini

Menang atau kalah masih belum ditentukan namun gelanggang perlawanan sudah pun dibuka.Para pejuang mahupun separa pejuang telah turun ke gelanggang memasang jerat.Setiap perkataan dan kenyataan mereka akan diteliti dan dimanipulasi.Setiap gerak geri akan dirakam dan setiap riak wajah akan disalah tapsirkan.Halal dan haram langsung tidak diendahkan lagi.Matlamat menghalalkan berkiblatkan dendam berpaksikan benci menguasai gelanggang.Syaitan A'awan mengelilingi para pemimpin mereka utk menentang ahli kitab..Syaitan Masuud menari2 di bibir-bibir mereka utk mengucapkan kalimah fitnah..Iblis Zalanbuur membakar mereka dgn api permusuhan dan iblis dhasim memutuskan tali persaudaraan antara mereka sehingga porak perandalah keseluruhannya.Akhirnya..iblis Thubar merasuk mereka yang ditimpa bala dan iblis Wathiin menyelimuti benak mereka utk bersangka buruk kepada Tuhannya.Akhirnya...siapakah yang sebenarnya menang..

Berhati-hatilah kerana musuh sebenar selalunya bukan yang berada di hadapan..

Sekian

2 comments:

man_helang said...

salam bro...

bru aku tau banyak gak nama iblis rupanya...erm kene lebih mendalami baru snang kita klasifikasikan segala tindakan salah kita dgn iblis yg mana satu...atau memang kita nak mencari masalah???

Mogen Ali Rico said...

masalah tu nikmat bro..hidup tanpa masalah pon susah gak.mcm makan nasi puteh tanpa lauk..takut terkotor nasi bila bercampur lauk.Hakikatnyer, makin digaul makin enak rasanyer.