Friday, September 12, 2008

Bantahan Terhadap Penahanan Raja Petra Kamarudin

Saya mengecam penahanan aktivis sosial dan penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin, di bawah undang-undang kuku besi ISA. Dengan menggunakan ISA untuk menghalang proses perubahan di Malaysia, kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO mengesahkan ianya telah tidak berpijak di atas sokongan rakyat dan sudah tidak mampu memimpin Malaysia dengan adil dan demokratik.

Saya menegaskan Raja Petra mesti dibebaskan segera dan sebarang tuduhan yang dibuat oleh Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri mestilah diselesaikan dengan segera mungkin menuruti proses undang-undang. Raja Petra seharusnya dibenarkan untuk berjumpa peguam dan anggota keluarganya mestilah dibenarkan untuk berjumpa beliau sewaktu dalam tahanan.

Penahanan Raja Petra dan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan hari ini kepada Sin Chew Daily, The Sun dan Suara Keadilan di samping halangan terdahulu terhadap laman web politik yang terkenal, menunjukkan dengan jelas kesediaan kerajaan untuk melumpuhkan kebebasan bersuara di saat rakyat berani untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap dasar kerajaan.

Selepas Pilihanraya 8 Mac dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, rakyat Malaysia telah menzahirkan keberanian dan iltizam mereka untuk membina satu masyarakat yang demokratik. Penahanan ini tidak akan meredakan merudumnya kredibiliti pentadbiran sekarang, malah hanya akan mempercepatkan kejatuhan pentadbiran ini.

KeAdilan mengulangi bantahan keras terhadap sebarang tindakan menahan individu secara sewenang-wenangnya. Kami secara konsisten menggesa pembebasan semua tahanan ISA kerana tindakan itu bertentangan dengan prinsip masyarakat demokratik. ISA ternyata digunakan untuk melumpuhkan sebarang kritikan dan digunakan terhadap individu yang mempertahankan hak kebebasan suara mereka yang bertentangan dengan pemerintah.

Menggunakan ISA hanya beberapa hari sebelum 16hb September jelas satu usaha untuk mencipta ketakutan dan ketidakstabilan palsu buat menjustifikasikan taktik kerajaan ke atas mereka yang bersama pembangkang.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang

- kow kow ciplak dari banyak sumber ..aku ciplak petak2 dari http://matcomot.blogspot.com/

* Saya secara rasmi membantah penahanan Raja Petra Kamarudin dan memohon penyelesaian kes perlu dilakukan melalui proses undang-undang.

6 comments:

Unfiltered-Madness said...

Saya tidak pasti samada RPK patut ditahan mengikut ISA ataupun tidak. Tetapi dia sememangnya berbahaya dari segi menyebarkan maklumat yang salah. Dan maklumat yang dia sebarkan pula diterima bulat2 oleh penyokongnya.

Contohnya berkenaan isu tudung yang dikeluarkan oleh Malaysia Today

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=753&Itemid=72

Mogen Ali Rico said...

Anak Malaysia,
Maaf atas perbezaan,namun percaya yang salah mesti dihukum dan syaratnya mestilah melalui proses undang-undang.

Org yang membunuh,merogol,merompak pon dibicarakan dan diberi peluang utk membela diri..inikan pula hanya memberikan pendapat.

Snowflake said...

Assallamualaikum
Snow lewati sini kerana ingin berterimakasih kerana mempunyai pandangan yang "common" dengan Snow di blog Abg MSK, namun Snow hormati ketenet dengan pandangan ketenet. Process undang undang kan ada, (walaupun kebanyakan sudah "give up with our judiciary system"), but with have to abide by the law.
Kalau unsur politik Snow tak sesedih ini, tetapi ini issue Agama dan yang nyata firman firman Allah s.w.t. di tukarkan sewenang wenang nya. Kalau lah zaman sekarang ini zaman Nabi, astaghfirullahalzim, entah apa lah balasan yang setimpal. Maaf ye ketenet, panjang plak Snow bercoleteh.
Wassallam

Snowflake said...

Assallamualaikum
Pembetulan " we have to abide by the law".
Wassallam

Mogen Ali Rico said...

Wslsm snow,
Tak menjadi masalah, pandangan yang berbeza kan suatu rahmat..Takpe2.kita tanyer pandangan brother MSK lak..

Anonymous said...

aku sokong sangat dajal yang bernama teresa kok tu masuk ISA....

macam &6$%$##^&#^&!%!!

huh~ marah sungguh aku ngan dia