Thursday, May 7, 2009

Act like a lady, thik like a men

Artikel ini sesuai dibaca untuk para wanita yang ingin memahami pemikiran lelaki..namun utk kaum lelaki yang berenjin wolksegen yang ingin memahami lelaki ( bluweekkkk) sila baca secara sembunyik2..

Aku tak mampu nak mengupas keseluruhan isi kandungan buku ini namun ada chapter yang boleh translate mengikut pemahaman aku sendiri.Tak semuanya betul namun tak semuanya tidak betul.Mungkin sedikit sebanyak dapat membantu wanita yang sedang dalam proses mengenali pasangan masing2.nak2 kat seorang wanita tue kan..adelaa budak tu tgh nak hangat becinta..baru aku nak buat post pasal gerabak cinta tapi beliau tak jadi naek keretapi lak..miahahah..lawikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..

Antara persoalan2 yang wanita ingin tahu tentang lelaki

1- Apa pandangan lelaki ttg wanita sexy?
Kami mempunyai pelbagai tapsiran terhadap wanita sexy namun kami lebih kepada visual(paham2 sendiri udah).Namun sifat wanita yang confident adalah salah satu ciri wanita sexy di kaca mata kami.

2- Apa perasaan lelaki mengenai wanita yang melakukan plastic surgery, rambut blonde, boob jobs, fake nails dan etc?
By everage, jika kami merasakan perubahan itu membuatkan wanita itu semakin lawa, kami tak kisah dan tetap cool.Namun jika wanita itu mengubah sesuatu yang pada kami sudah cantik, rasanya kenapa perlu mengambil risiko?Ya kami tak halang kalau wanita ingin buat sesuatu untuk dirinya sendiri tetapi kami tak akan ambil kisah jika kami sudah gembira dengan apa yang wanita itu ada.

3- Adakah lelaki lebih suka kepada wanita kurus?
Kami suka kepada semua jenis wanita.Masing2 mempunyai taste dan body type wanita impian.Ini cerita benar, member aku sendiri lebih berminat kepada wanita yang sedang mengandung ( maafkan aku f*r*).It does not matter what size you are - there is a man somewhere for you ( aku cilok ayat buku)

4- Adakah lelaki suka kepada wanita perokok?
Lelaki tidak suka wanita merokok ( kalu ada peratusannya amat kecil).Lelaki melihat wanita merokok tidak pandai menjaga kesihatan diri dan secara tidak langsung beranggapan wanita itu tidak berupaya utk menjaga kami dan anak2 kami.

5-Apa lelaki fikir jika wanita bertambah berat badan atau berlainan dari permulaan perhubungan?
lelaki yang menyintai wanita akan tetap menyintainya seadanya.Kami pon sedar kami pon ada tyre spare tersendiri dan kami akan memahami mereka namun ada paramater yang perlu diutamakan.Tambah 10 kilo kami tak kisah sangat , tapi jgn sampai tambah 100 kilo..dan yang penting tetap sexy..ubah sikit fesyen utk suite ngan perubahan bentuk badan dan kami akan tetap cool..

6- Yang mana lelaki lebih berminat, kasut flat atau heels?
Heels laa darling..Kami rasakan heels akan buat kaki wanita lebih cantik dan wanita akan berjalan lebih feminine.

7- adakah lelaki akan dating dengan dump women?
A smart man can't date a dump women but he can use a dump woman.We don't mind having a woman on the side who is dump and fine, but we won't keep her ( xsampai hati nak translate)

8- Apa pandangan lelaki terhadap wanita yang suka belanja lelaki?
Come on, dalam fikiran kami jika ada wanita ingin belanja kami, kami cool jer.And if we think you want us, well, then, game on ( tak sanggup nak translate..nanti org rumah jadi hijau)

9- Perlukah wanita memberi hadiah kepada lelaki ketika dating?
Boleh hanya jika kamu dalam committed relationship.Jika tidak, kami akan fikir wanita itu cuba perangkap kami atau mengharapkan balasan.Selalunya biarkan kami yang mulakan dahulu sebab lelaki sejati suka memberi hadiah kepada org yang disayangi.( Noted:- berterima kasih atas hadiah yang diberikan sebab lelaki suka dihargai tetapi jgn anggap ini adalah petanda kamu akan dapat cincin minggu depannya).Ini adalah natural action dimana lelaki menzahirkan perasan protect, provide, professes kepada org yang dia sayangi tetapi tidak bermakna mencintai.

10- Apakah perasan lelaki terhdap wanita yang meminta duet daripada lelaki?
Jangan lakukan di awal perhubungan unless wanita itu selesa dengan title gold digger.namun jika kamu di dalam perhubungan yang selesa dan wanita itu benar2 mengalami masalah keewangan, kebanyakkan lelaki yang benar2 mengambil berat tidak akan berkira pasal duet kecuali lelaki itu juga mengalami masalah keewangan yang sama.

11-Adakah lelaki kisah perempuan yang tidak bekerja?
Tidak menjadi masalah walaupun zaman sekarang suami isteri bekrja adalah tuntutan dalam menjaga ekonomi keluarga.Sebenarnya kami tak kisah kalo wanita tidak bekerja jika kami mampu provide segala2nya.

12- Adakah menjadi masalah jika wanita meminati sukan?
Tak menjadi masalah dan selalunya kami suka enjoy tgk sukan dalam keadaan yang aman.Jika wanita itu tak minat sukan yang kami minat, go find something else to do..

13- Adakah lelaki minat shopping?
Cara shopping lelaki dan wanita berbeza.pernahkan kita lihat lelaki berebut2 di sales rack sambil cuba2 letak baju kat dada dan tanya kat promoter colour ape yang cantik.kami tahu apa yang kami mahu.Masuk kedai, beli dan keluar dan jarang lebih dari itu.

14- Apa perasaan lelaki ttg open relationship?
Jika lelaki mempunyai open relationship atau lelaki itu sendiri mahukan hubungan sebegitu dengan wanita, jelas menunjukkan lelaki itu tidak mempunyai long term plan dan tidak serius dalam hubungan

15- Adakah lelaki kisah jika wanita tanya mengenai kisah silam?
Ya ianya sungguh merimaskan.Biar kami ceritakan sendiri kalau kami mahu.kalau kamu tanye ditakuti kamu akan dapat jawapan yang tidak jujur dari kami.Beri masa dalam hubungan, pasti kami sendiri akan bukak kisah silam secara pelan2 kayuh.

16- Adakah bagus utk membuat lelaki cemburu?
Tak perlu sebab naluri kami akan dapat kesan tapi jika kamu paksa kami jugak utk jeles, percayalah kamu bermain permainan yang berbahaya

17- Apakah pandangan lelaki tentang gosip?
Secara amnya kami benci gosip!! tapi kami tahu kami tak mampu hentikannya.

18- Adakah lelaki kan bercerita tentang wanita kepada lelaki lain?
Tidak jika wanita itu adalah wanita disayanginya.Lelaki dilahirkan dengan sikap protective dan akan cuba pertahankan wanita kesayangannya.Namun jika wanita itu wanita biasa, bersiap sedialah..

19- Adakah ibu lelaki itu penting?
Jika wanita ingin mempunyai hubungan dengan seorang lelaki dan memikirkan hubungan jangka panjang, mempunyai hubungan yang baik kepada ibu lelaki tersebut adalah penting dan amat penting.Bak kate buku nie..If you’re good enough for him to make it to his bed, you should be good enough to meet his mother ( wink!! wink!!!)

20- Adakah Ok kalau menggangu lelaki ketika berkerja?
If you’re calling to say, “I have a special surprise for you when you get home,” that’s a good interruption.But if it’s a phone call to talk about petty problems? forget it!!!!!

bayak gile nie..aku dah jadi jembalang hijau tahan mata..malas lah..nak tido dahh..sape2 berminat pasal buku nie, emial gue yerk..

daaa.....

Wednesday, May 6, 2009

Tag dari Uji Rashid

Hawi nie system byk buat hal..so bdn aku rasa lesu ( rasa mcm ala2 lepas bakar kalori) dan ingin tido awal..so aku layan tag uji jerlah..lagipon tag nie senang ogehhh..

Pc rumah
(kenapa aku suka wallpaper nie..sebab bile balik rumah ngadap pc nak buat post rasa cool jer)


laptop Opis
( kenapa aku pilih wallpaper nie, sebab aku adalah ninja apabila bekerja...bankaiiiiiiiiiiiii)

tema sambutan Tag kebangsaan 2009..
Tag penjana insan Gemilang

Tuesday, May 5, 2009

Prison of hate

Ini merupakan satu kisah mengenai dua budak kecil yang bersama2 bermain pasir di halaman rumah abah mereka.Biar aku perkenalkan watak mereka untuk memudahkan sesi penceritaan.Dua org budak tersebut boleh dikenali sebagai Sameon dan kamaruddin.Sameon telah berjaya membuat kota pasir yang besar dan cantik.Ini membuatkan kamaruddin merasa cemburu dan secara sengaja merosakkan dengan melenyek2 kota pasir sameon dengan menggunakan kereta mainan beliau.Sameon merasa sungguh marah dan menangis sekuat-kuat hatinya sambil menjerit "Saya benci bermain dengan awak..awak jahat..kijammm..bengis mcm serbia..saya tak mahu berkawan dengan awak lagi"

namun setelah 10 minit berlalu..sameon dan kamaruddin mula bermain bola bersama2, ketawa bersama dan menikmati hari dengan gembira.

kejadian itu disaksikan oleh keluarga kanak2 tersebut, sambil ibu kanak2 tersebut menggeleng kepala dan bertanya kepada abahnya dengan bahasa omputeh "how do kids do that?how can they be at each other's throat one minutes and get along with each other so famously the next?"

Si abah pon menjawab dengan bahasa omputeh yang broken.."it's easy darling, they choose happiness over righteousness!"

Kisah yang simple namun mengandungai pelbagai makna.Aku melihat bagaimana kita memilih dan fokus apa yang lebih penting di dalam kehidupan.Cara kehidupan yang mana yang menjadi pilihan.Bagaimana abiliti kita utk menyerap keadaan dan di dalam tuntutan sosial dimana kita memerlukan antara satu sama lain.Sepanjang rentetan perjalanan sosial kita akan sentiasa belajar bagaimana hendak memperbaiki diri utk tidak membenci dan belajar utuk memaafi.Inilah namanya kehidupan.Belajar memahami kesilapan diri.Tidak menuding semuanya kepada org lain.Belajar memaafi, belajar merendah diri dan mengaku kekurangan diri sendiri.Perbuatan yang sama akan menghasilkan ouput yang sama.Jika perkara yang buruk berulang2 kali terjadi, jgn tuding masalah itu datangnya daripada org luar.lihat diri sendiri, perhati dan hayati diri sendiri.Mesti ada sesuatu yang perlu dibaiki...

Jika tidak, percayalah kita akan terpenjara dalam kebencian diri sendiri..

Antara cinta dan benci jaraknya terlalu dekat..berhati hatilah..

sekian
( it's is sewiussssssss...it's sewiiussss..wonder pet wonder pet!!!!)

Monday, May 4, 2009

Perlukah berdiet??

Ramai orang beranggapan utk menguruskan badan kita haruslah berdiet sepanjang masa.Ramai juga diantara mereka takut utk memulakan pelan menurunkan berat badan untuk menghindarkan dari perasaan "frustration of hunger" dan ada juga yang pada awalnya bersungguh2 utk menurunkan berat badan dan akhirnya kembali kepada tabiat lama akibat tidak sanggup menuruskan pelan diet yang amat menyeksakan.

Betul, aku akui ramai juga yang berfikir adalah lebih baik utk mempunyai lebihan berat badan daripada terpaksa menahan lapar.Aku juga tak terkecuali. Aku adalah manusia yang mempunyai napsu makan yang besar dan tak mungkin akan dapat menahan lapar semata2 untuk menjadi kurus.Apa guna ade duit gaji tapi tak boleh makan aper yang kita nak?

So, aku telah menjalankan kajian dan mencari kaedah2 yang terbaik utk meurunkan berat badan tanpa perlu berlapar dan tanpa mendatangkan kesan sampingan.Lupakan ttg pil dan program diet yang ternyata mahal dan kadang kalanya mempunyai kesan sampingan.Kenapa perlu membayar hanya kerana untuk membuang lemak sedangkan lemak2 itu kita bayar dengan makanan yang kita menkedarah setiap hari?

Dan akhirnya aku menjumpai jawabannyer..aku sekali lagi akui aku amat malas bersenam untuk membakar lemak tapi apa kata kita melakukan sesuatu perkara yang menyoronokan sambil membakar lemak dengan secara tidak sedari.Cthnya seperti di bawah

Sekarang aku bertekad untuk menjadi kurus dengan melakukan salah satu aktiviti di atas setiap hari.Kalau aku menjadi kurus, mesti aku telah berjaya melakukan aktiviti tersebut dengan jayanya.Walaubagaimanapun, aktviti diatas hanya berkesan jika dilakukan dalam 30 minit ke atas!!! ( aku akan pastikan aku akan sempat tahan sampai 30 minit..winkk winkk!!)