Wednesday, December 31, 2008

Selamatkah kita pada tahun hadapan??

Matahari 31 Desember 2008 sudah pun selamat melabuhkan tirainya namun adakah kita selamat utk keesokkan harinya? rileks jgn panik..

Carilah di dalam lebai google mengenai "2009 prediction " mesti semuanya akan bermula dgn cerita berkisar kelembapan ekonomi, kebarangkalian terjadinya perang nuklear antara India dan Pakistan, bencana alam yang buruk di paris & china, terrorist attack di dubai, france & germany akan keluar dari kesatuan eropah, pembunuhan barrack obama ( neo-nazi assaination ), perkembangan fahaman sosialis di dunia dan russia kembali menjadi negara komunis.

Namun yang paling banyak diperkatakan mengenai kemuncupan ekonomi yang serius, pembuangan pekerja dalam skala yang besar, kejatuhan sistem kapitalis, pertanian & perubatan menjadi kuasa perniagaan yang baru dan yada yada yada..Mereka mempunyai asas pandangan masing2 dan mula membuat pelbagai spekulasi dalam menyokong hasil penulisan mereka.

Walaubagaimanapun, aku rasa ramalan yang jujur utk tahun hadapan adalah tahun hadapan akan sama seperti tahun ini cuma mungkin akan ada sedikit kebaikan ataupun sedikit keburukan itupon bergantung kepada penilaian dari sudut pandangan yang berbeza2.Mungkin perkara yang baik akan berlaku ataupun perkara yang buruk( aku boleh listkan banyak) ,tetapi aku rasa malam masih awal utk aku mula menulis perkara2 yang mengerikan.

Pokok persoalannya, adakah kita sudah bersedia utk segala kemungkinan atau masih gembira dgn menyalahkan takdir jika terjadi apa2?Atau mungkin yang sudah merasa selesa pada hari ini maka tidak perlu memikirkan hal hari esok pula??Makkiahh..terlalu banyak persoalan yang perlu dijawab namun bukankah persoalan bermula dengan jawapan?Masih lagi mahu jawapan?

Esok tarikh kembali ke titik mula..tahun pula bertukar angka..Namun kita masih lagi ditakuk lama..Selamat Tahun baru - apa makna?

Tuesday, December 30, 2008

Resepi Telur Mistik

Holaaaaaaaaa..mak leha kembali lagi dgn resepi terbaru yang gerenti sedap tahap restoran tupai2..Walaupun tajuk resepi ala2 kelakar seram gittew tapi mak leha yakin resepi ini mudah untuk dimasak dan senang dimakan begitu saja.. Peringatan, utk mendapatkan feel yang lebih jitu..resepi ini hendaklah dibuat di dalam gelap utk membangkitkan perasaan seram ala2 mistik ketika memasak.

Bahan-bahannya adalah:-
1) Bawang puteh dan bawang merah
2) Telur ayam jantan
3) Cabai
4) Garam & sos tiram

Caranya2
1) ketuk bawang puteh dua ulas..potong bawang merah betul ring
2)Panaskan minyak dgn suhu sekitar 80-90 darjah celcius..
3) Tumis bawang puteh sampai baunyer harum semerbak
4) Masukkan air
5) Kacau2..pastu masukkan bawang merah + cili.
6) Masukkan sos tiram utk menjadikan hasil masakan lebih gelap dan meyeramkan
7) Masukkan Telur yang dah digoreng
8) Tunggu kejab.sambil2 tue bolehlaa buat aksi2 seram utk menambahkan impak keseraman ittew.
9) Siapppp!!!!!!!

Petua makcik leha.
1) Nak lagi sedap..tambah sos tomoto + sos cili..gaul sampai lumat..rasanya kan lagi hebat
2) Hidangkan dgn nasik..jgn makan begitu sahaja..ini bukan mee goreng
3) Jgn lupa padamkan api selepas memasak.
4) Jgn kentot!!ini amaran keras ketika memasak..

Sekain..

Monday, December 29, 2008

Gaya Orang Malas Nak Buat Entry

Chrismas Light In Bahrain
(lawa lagi Mesia punyer)

Tripod is needed!!! ( gaya bunyi maen command conquer)

( Auto publish en3..Jgn tertipu kerana aku sedang berpeleseran menyambut Maal Hijrah)