iringi aku..
bergusti dengan sang angin..
berpencak dengan sang awan..
bergelut dengan detikan masa..
menuju ke lembah yang dalam..menuba impian songsang..
dan kemudiannya...
iringi aku..
berpesta dengan sang suria..
bersiul dengan sang bayu..
bercanda dengan sang duyung..
menuju ke surga loka..mencipta impian nyata
Sudah tentu akan adanya liku-liku kecil yang akan dihadapi..
Sudah tentu akan adanya ombak-ombak kecil yang perlu diharungi..
Percayalah tiap langkah yang ku pilih hari ini sudah kusiapkan jejak esoknya..
kerana ku pasti..inilah denainya..
Denai-denai ini menuju bahagia..
Namun mahukah kau iringi aku?