Meet me here!!
Thursday, January 8, 2009
Derita Palestine - Adakah kita benar-benar tahu?
Selamatkan Palestine!!!!!!!!
Laungan dan jeritan bertalu2 mengutuk kekejaman israel..kempen memboikot produk israel diagendakan,tulisan dan makian direncanakan di dada2 akhbar,email,blog hatta hingga ke pusat membeli belah dan di kaki lima.Derma dihulurkan, sukarelawan disegerakan..namun adakah kita benar2 tahu kenapa?
Adakah cukup hanya mengetahui mereka dizalimi dgn bedilan mortar dan roket..adakah cukup hanya mengetahui mereka adalah sedara seislam kita yang ditindas.Apa yang perlu kita jelaskan kepada rakan2 yang bangal jika mereka mempertikaikan rakyat palestine juga membedil israel dgn mortar mahupon dgn skuad berani mati mereka.Apa yang perlu kita jelaskan mengapa kematian mereka diutamakan sedangkan kadar kematian di benua afrika melampaui skala yang xpernah kita jangkakan.Secara purata setiap 3 saat seorang kanak2 afrika mati.6 juta kanak2 mati setiap tahun kerana kebuluran,kekurangan zat dan penyakit.Penyakit Malaria sudahpun membunuh 3000 kanak2 afrika setiap hari.Mereka juga sedara seislam namun mengapa tidak membela mereka?..Djibouti,Gambia,Guinea,Maldives,Mali,Mauritania,Mayotte,Niger,Senegal,Somalia dan Sudan dimana peratusan penduduk islam mencecah 90% ke atas?( Malaysia cuma 52%).Mengapa kesengsaraan mereka tidak dibela.Mengapa dan kenapa?? uhuk uhuk uhuk
Namun sebelum menjawab adakah kita tahu?
1) Israel telah membina tembok keselamatan di West Bank dgn memberitahu dunia ianya dibina utk menghalang pengganas Palestine daripada memasuki Israel.Realitinya, tembok ini dibina di dalam kawasan West Bank itu sendiri
2) Dianggarkan, apabila tembok keselamatan siap semuanya, Palestine kehilangan 50% tanah di West Bank dan meninggalkan 3.5 juta Palestine yang hidup tanpa tanah dan makanan & air yang tidak mencukupi.
3) Tembok keselamatan ini bernilai $1 million per kilometer dan dianggarkan akan dibina sejauh 700 kilometer.Hampir seluruh perbelanjaan pembinaan tembok keselamatan ini hasil sumbangan United Stated Goverment.
4) Dalam pembinaan tembok keselamatan, Israel telah memusnahkan 35,000 meter paip air utk warga palestine
5) Penduduk di daerah Qalqiliya hanya menerima sumber air selama 2 jam setiap 3 hari
6) 15 August 1967, Israel military order 92 telah mengambil alih sumber air di West Bank dan Gaza.Rakyat palestine hilang kuasa terhadap sumber air sendiri.19 Dec 1968, Israel mengistiharkan semua sumber air untuk Palestine di dalam kuasa autority Israel.
7) 75% sumber air West Bank dan Gaza digunakan oleh Israel
8) 3 juta penduduk Palestine hanya dibenarkan menggunakan 250 million cubic meter setahun dan 6 miliion Israel menggunakan 2 Billion cubic meter air setahun
9) Isreal adalah satu-satunya negara di timur tengah yang mempunyai Senjata Nuklear.Isreal juga adalah satu-satunya negara yang menolak utk bars international inspections dan nuclear proliferation treaty
10) Pelarian Palestine merupakan pelarian yang terbesar di dunia dan purata pembunuhan rakyat Palestine oleh Israel tidak dapat lak den carik tapi ternyata ianya banyak!!!
Terdapat dua jenis peperangan. Peperangan untuk mempertahankan diri..dan peperangan utk mempertahankan maruah..kita harus tahu utk membezakannya.
Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran.Kehadiran malaikat maut yang memperhatikan setiap wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Adakah kita masih mampu tertawa? - Mogen Ali Rico Conway ( bukan india namun kari kegemarannya)
Wednesday, January 7, 2009
Asyura - Antara Hitam dan Hijau
6.00 pm ( trutttttttt..truttt..truutt)
Aku :- hello..hah abrar..where are u? are u coming with me?come on..We just take picture and khallas we go back and eat somewhere
Abrar :- No no no..we are not coming.we afraid too much..syiah people always making problem with us.3 day before they already kill 3 banggali and bla bla bla bla bla bla...
Aku :- hmm..oklah...i'll go by myself.catch u later
9.30 pm
Aku :- Hello..abrar..see!!! i'm still alive!!!!
Abrar :- huhh..u are syiah!! now we afraid with u ..bla bla bla bla bla bla bla blaaa blalalala
Aku :- @#!$%!#^$&^!%"!@#!$%!#^$&^
Masing-masing mempunyai kepercayaan dan aku menghormati kepercayaan mereka namun untuk membiarkan aku hanyut dgn mereka sesekali tidak.
Sekain
Monday, January 5, 2009
Azammuddin tahun 2009
Mempunyai azam bukanlah perkara yang pelik hatta bernama azamuddin juga bukanlah nama yang jelik..Aku sebenarnya takde azam di tahun sebelumnya..( sebenarnya ada tapi terpaksa dirahsiakan dari pihak media) tapi aku lebih gemar mempunyai harapan dan sentiasa mengharap sesuatu yang aku harapkan walaupun ianya mungkin akan mengambil masa selamanya bak kata pepatah org arab "fikir dulu sebelum buang"
Harapan???
Apa itu harapan?..bukan cico harahap mahupon harapkan pagar pagar makan padi...harapan itu didefinasikan dalam perasaan sufi diri yang berkehendakkan sesuatu atau berkeinginkan sesuatu terjadi terhadap diri sendiri mahupon terhadap semua secara amnya.Ada juga berpendapat harapan itu adalah kiasan hati dalam mencapai sesuatu hajat..Harapan juga boleh dieertikan dengan peluang..Terpulang pada tapsiran namun yang pasti masing2 mempunyai harapan bak kata pepatah org pahang "jauhari jua yang mengenal manikam"
Harapan aku dari tahun 2005 hingga sekarang
1) Aku berharap agar aku gemar mandi
2) Aku berharap agar aku selalu membasuh kereta
3) Aku berharap agar aku makin rajin bekerja
4) Aku berharap agar aku dapat menagawal napsu makan dengan jayanya
5) Aku berharap agar aku dapat belajar ilmu photographi dgn ilmu photo effect.
6) Aku berharap agar aku dapat belajar masak
7) Aku berharap agar aku nak amek course Project Management Professional (PMP)
8) Aku berharap agar aku dapat kerja kat Port Baru sekitar Asia
9) Aku berharap agar aku menjadi aku dan disukai oleh semua yang menggelarkan dirinya aku.
10) Aku berharap agar family dan org tersayang meredhai pemergianku untuk menggali rezeki
Nota stokin busuk.
Warna merah tu dalam proses
"AKU MASIH PUNYA HARAPAN UNTUK HIDUP UNTUK SEHARI LAGI..ESOK? BELUM TAHU LAGI"
Sunday, January 4, 2009
عاشور
بمناسبة عاشوراء سوف يكون يومي الثلاثاء والأربعاء 6و7 ينــاير 2009 أجـــازة رســـمية
على الموظفين الذين يعملون بنظام النوبات الاستمرار بالعمل وفق جداول العمل الخاصة باداراتهم و سيعوضون عن هذه الأيام تعويضا ماديا. و الذين تصادف أيام الراحة أثناء الاجازة سيعوضون عنها بأيام أخرى
وبالنسبة للموظفين الآخرين ممن يطلب منهم العمل خلال الاجازة فسيعوضون أيضا تعويضا ماديا