"Home sweet home" itulah yang dapat aku luahkan sepanjang aku hidup bersendirian dalam melayari gelombang hidup sebagai seorang bujang tratang-tang.Walaupun sudah masuk tahun ke-2 aku meniti gemersik kesunyian dan kelembutan ranjang keseorangan namun aku tetap pasrah dan redha atas segala ketentuan..( kah kah kah geli siot ayat mcm nie..miahahahhaa)
Vulgar mode turn "on" wink wink!!
Hari nie genap 1 tahun 2 bulan aku diperantauan mencari sesuap nasi beriani yang disulami ayam kari dan sayur sayuran yang terbaek dari ladang.Sperti biasa rutin aku akan melepak dan mengangkang dengan lebih terbuka di hari minggu.Tiada yang lebih baik dari ladang jika dapat bersantai dengan tenang sambil melayan bleach dan tv series kegemaran aku "chuck" dan "how i meet your mother".Semuanya berputar dengan skala yang kecil dimana perkara yang sama dilakukan berulang2 kali sehingga bosan dan terhasillah hasil karya ketenet yang bosan bagi org2 yang bosan dan yang sewaktu dengannya.Namun hidup perlu diteruskan..kepelbagaian dan rentak hidup perlu disusun atur mengikut naluri lelaki lalu aku terus menyanyikan lagu naluri lelaki dgn cuba meniru gaya nyanyian anuar zain namun tidak berjaya.Yang hanya berjaya hanyalah gaya2 gay yang tidak termaktub di dalam perlembagaan hidup aku yang bosan.
( kembali ke topik sebenar)
Rumah atau bilik atau kotai atau apa sahaja bahasa yang merujuk kepada tempat tinggal adalah keperluan utama dalam kehidupan.Masing2 mempunyai impian utk mempunyai tempat tinggal yang selesa dan cantekkk tetapi bergantung kepada corak polar impian yang diimpikan.Jika mengikut rumah impian aku, aku inginkan :-
Rumah yang terletak di sebuah pulau yang cantek dimana aku boleh melihat siput dan tapak sulaiman bertaburan di kawasan rumah.Ada pokok2 kelapa yang rendang, pasir yang putih dan pantai yang landai di hadapan rumah.Setiap pagi aku bangun aku terus terkonteng2 berlari ke pantai utk mandi pagi dan bersarapan di bawah pondok di hadapan rumah yang berlatar belakangkan lautan yang terbontang luas.Selepas sarapan aku sun bathing di depan rumah sambil minum air kelapa ais yang manis dan menyelerakan.Biniku dengan berbikini..erkk..heppp..biniku yang berpakaian ketimuran (kaen batek dengan muka tempek2 bedak sejuk..ohhh tidakkkkk)sama2 menikmati deruan ombak yang memecah pantai.
"Bang..abang nak makan ape untuk lunch."kata biniku dengan penuh manja dan sporting..
"abang nak makan tayunk".kataku sambil mengenyit manja..
"gatallah abang nie..dari muda gatal sampai ke tua..hamek nie!!"..satu tamparan keras ke punggung aku dan kami sama2 ketawa.
begitulah kehidupan aku sehari2, bergelak ketawa bersama bini tersayang..rileks dan terhindar daripada pengaruh politik umno..erkk..( hampunkan saya makcikk!!!).Rumah yang aku impikan tidak perlulah besar namun perlu lengkap segala peralatan.Yang utama peralatan karaoke, dvd player, tv screen yang bosa, sofa yang empuk, perhiasan dalaman yang kemas, katil yang berspring, dapur yang lengkap dan tandas yang comel.
itulah rumah impian aku..rumah impian kalian bagaimana pula?
Sekain..
Meet me here!!
Saturday, February 28, 2009
Friday, February 27, 2009
Merempit di padang pasir
Merempit di padang pasir bukanlah gejala sosial..bahkan ianya juga bukan perilaku lucah yang boleh dimasukkan ke penjara mahupon melibatkan sesiapa utk bersumpah.Merempit di padang pasir ini sudah menjadi trend anak mudi di sini malah telah dikormesialkan dengan penglibatan NGO dan tajaan daripada syarikat permotoran antarabangsa.
Acara merempit di padang pasir ini sebenarnyer dimulakan dengan penglibatan anak2 muda yang inginkan gaya hidup lasak dan bercita2 ingin menjadi seorang penunggang motosikal yang laju dan berbahaya.Perlumbaan selalunya diadakan di padang pasir yang gersang namun lama kelamaan proses pemikiran mereka semakin berbahaya dengan menambah perlbagai rintangan di dalam sesuatu perlumbaan seperti merentasi gunung, melalui pasir jerlus,mencelah di kelengkang unta dan pelbagai lagi sehinggakan sesuatu perlumbaan ianya tidak cool jika tidak diselang selikan dengan adegan2 terbang ke angkasawan dan babak2 aksiden yang cukup menggelikan hati para penonton.Proses perkembangan pikiran anak2 mudi telah memperkenalkan sukan MotorCross dan mempopularkannya sehinggakan lebih popular dari justin timberlake.Sekain..

Labels:
Aktiviti
Sunday, February 22, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)