- Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)
- Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
- Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing
- Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku dan sebagainya adalah amalan khurafat.
2) Masukkan periuk temuni kedalam lubang dan dikambus
3) Bacakan Alfatihah sekali, surah Al-Ikhlas,Al-Nas,Al-Falaq disambung dgn
"La ilaha illALLAH wahdahu la syarikalahu lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumitu wa huwa `ala kulli sya`in qodiir.La hawla wala quwata illah billah hil 'Aliyil 'Azim"
4) Angkat kaki kanan letakkan tapaknya separuh sahaja diatas tanah tembuni itu lalu berpesan umpamanya nama anak itu ali
- hendakla engkau taat perintah allah dan rasulnya
- taatkan perintah ibu bapa, saudara2 yang tua
- belajar bersungguh2. mudah mudahan mendapat pangkat yang tinggi
- ya allah ya tuhanku, jauhkan anakku ini daripada segala penyakit
- terangkan hatinya dlm menuntut ilmu
Dan lain lain doa yg dihajatkan
5) tekankan tapak kaki dgn perlahan2 sambil menunjukkan jari, membeliakkan mata kepada periuk temuni.
Mewariskan hal terdahulu kepada generasi baru,selagi ianya tidak menidakkan dan menyekutukan Allah,tiada salahnya bukan?