sewaktu kalam ini terungkap..ade perkara yang tersirat yang perlu difahami..ade perkara yang tersurat yang perlu diperhalusi..keputusan yang diambil bukannya kerana diri..namun ianya kewajipan yang hakiki..namun atas kekurangan ..atas kesilapan silam yang memakan diri..diri terus dihukum..diri terus diikat..kebebasan disekat..dan aku tidak lagi punya diri..dlm memicu pelayaran hidup yang aku sendiri tidak ketahui..
sewaktu kalam ini digubal..warna hitam dan putih menjadi taruhan..lebihnya yang hitam..yang putih tidak lagi kelihatan..aku dipersimpangan memilih warna..warna yang menentukan tujuan..tujuan membawa ke perhentian..aku hanya punye dua pilihan..hitam dan putih..namun aku lebih rela memilih jaluran di tengah..warnanya kelabu namun jalurnyer amat halus..namun lebih baik dari memilih antara salah satu nya..kerana ku pasti..jika salah satu kupilih..ketawa dan tangisan yang menemaniku sampai bila2..
sewaktu kalam ini berkata-kata...aku sudah tidak punya kuasa utk memilih..aku tidak punye tanggungjawab utk merancang..namun berputus asa bukanlah alasan..akan ku tuju jaluran kelabu itu..walaupun halus ..walupun kelam..namun aku pasti..tiada siapa yang menangis..tiada siapa yang terkilan..kerana aku tetap aku..
Aku beralah namun xbermakna ku kalah..
Meet me here!!
Sunday, August 30, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)