Saturday, January 24, 2009

Adakah kita gembira? - sambungan



Di entry yang lepas, aku telah berjanji untuk menceritakan serba sedikit ttg perjalanan kehidupan aku dan bagaimana aku melihat bagaimana pilihan itu memberi impak yang besar dalam hidup.Semua ini dalam pengetahuan tuhan, aku sebagai manusia menggunakan akal utk memilih dan ketentuannya telah ditetapkan berdasarkan pilihan yang aku pilih.Semoga kisah ini tidak mendatangkan fitnah dan mudarat kepada sesiapa..hanya berkongsi rasa dan jiwa terhadap sesuatu perkara..

Cita-cita sebenar aku adalah untuk menjadi seorang akauntan.Untuk pelajar yang bersekolah di sekolah asrama penuh aku merasakan aku layak utk mendapat keputusan yang baik di dalam SPM dan menjadi tapak utk aku mencapai cita-cita aku. Namun aku demam semasa peperiksaan SPM dan aku mendapat keputusan yang amat buruk dan lagi buruk dari keputusan kawan2 di sekolah biasa.Pada waktu itu aku tidak dapat menerima hakikat dan menyalahkan takdir.Aku asingkan diri aku dari kawan2 dan guru2 kerana aku malu.Pada masa itu aku tidak menyukai komputer walaupun rakan2 semuanya hangat bercerita ttg permainan di komputer namun aku tidak ambil peduli.Oleh kerana keputusan aku yang teruk, aku tidak layak utk memohon utk jurusan akuantan dan aku dibukakan hati utk mengambil jurusan kursus Integrasi Sains komputer.Mengapa aku memilih Integrasi Sains komputer.Integrasi bermaksud jika di tahun dua aku tidak dapat keptusan yang baik, sekurang2nya aku dapat diploma dan jika keptusan aku baik aku akan dapat meneruskan ke peringkat degree.Aku tidak mempunyai asas yang cukup dalam bidang komputer dan aku tidak yakin ketika mengambil keptusan itu tapi aku nekad.Alhamdulilah akhirnya aku berjaya meneruskan ke peringkat degree walaupun terpaksa extend setengah tahun kerana repeat paper yang fail.

aku mulakan karier aku sebagai pembantu lecturer di UTM dgn gaji RM800 disamping itu juga aku membuat part time sebagai technician memasang stremyx di rumah2 sekitar senai dan kulai.Dan seterusnya aku mendapat kerja di Kluang di sebuah syarikat cina pembuat perisian utk kilang2 tenunan di China.Pada masa itu hidup aku sungguh gembira kerana tinggal bersama keluarga.Semua cukup semuanya indah.Semuanya rasa teratur walaupun aku menghabiskan separuh hidup aku dgn kerja tapi akulah org yang paling gembira pada masa itu.Walaupun dengan hanya 5 org pekerja melayu dan semuanya cina aku tetap gembira.namun kegembiraan itu tidak berpanjangan.Ayah aku menyuruh aku utk mencari kerja di Johor utk mendapatkan masa depan yang lebih baik.Pada masa itu hati aku memberontak..aku berkeras ingin tinggal di kluang namun kerana aku anak yang taat aku ikutkan jua keputusan ayah aku.Akhirnya aku berjaya mendapatkan kerja di PTP dgn gaji yang sama walaupun syarikat di Kluang menawarkan gaji yang lebih lumayan.

Aku mulakan kerjaya di Johor dgn penuh kesusahan.aku diuji dengan pelbagai ujian hinggakan kesabaran aku yang selama ini aku jaga sebaik baiknya akhirnya meletup.Aku akui ini kesalahan aku kerana meninggikan suara dan berperangai tidak siuman di hadapan boss sendiri.Di dalam benak aku hanyalah jika aku dibuang kerja aku akan jadikan alasan utk pulang ke kluang dan bekerja di tempat lama.Boss di tempat lama sudah pon memberi lampu hijau jika aku ingin kembali bekerja di sana.Namun aper yang aku harapkan tidak menjadi kenyataan, aku tetap diterima malah diberi tanggungjawab yang lebih besar.Aku mula sedar ada sesuatu disebalik sesuatu..Aku fokuskan hidup dengan kerja.Aku abadikan masa aku di pejabat.Di waktu yang sama aku dibebani dgn krisis keewangan yang amat teruk..Aku masih tidak pandai utk mengawal keewangan kerana semasa berada di kluang semuanya telah sedia.Di johor aku terpaksa membayar rumah sewa,makan minum, duet kereta, duet minyak dan sebagainya.Maka aku mengambil kptusan utk hanya tinggal di opis sekurangnya aku dapat menjimat duet minyak dan bil2 rumah.Aku bekerja di johor hampir dua tahun dan akhirnya aku ditawarkan bekerja di bahrain secara contract dan ketika aku menulis aku gembira dengan hidup aku dan aku takkan persia2kan pilihan yang aku buat 10 tahun dulu ketika aku mengisi borang permohonan ke univeriti dalam jurusan komputer.

ketika ini jika aku meyorot kembali kisahku di zaman yang silam..umpama ada turutan cerita yang melangkaui fikiran aku pada masa yang lepas.Pernah aku terfikir, jika aku tidak demam sewaktu SPM dulu dan dapat menjawab dgn baik adakah aku akan gembira seperti sekarang?Adakah aku akan menjadi seorng akauntan yang gembira?adakah aku akan mampu menulis di blog dan mempunyai rakan2 sperti mana yang aku ade skrg?

Aku bersyukur apa yang telah ditakdirkan kepada aku dan tiada ragu terhadap ketentuan tuhan pada masa hadapan.Andai kata ditariknya rezeki dan apa jua yang terjadi pada diriku aku akan redha.Ianya tidak akan menggugat semangat aku utk terus berusaha dan terus berusaha.Jika aku gagal maka aku pasti kegagalan aku pasti bersebab dan telah disediakan ranting dan cabang pilihan yang lain yang perlu aku terokai dgn penuh kesungguhan.

Di dalam hidup aku sebenarnya terdapat bayak pilihan yang perlu aku buat yang tidak dapat aku ceritakan.Jika ditulis ditakuti akan menyinggung perasaan orang2 yang terbabit dalam proses kehidupan aku yang lepas.Namun yang penting, pilihan telah dibuat, aku sudah meninggalkan ranting yang lama dan meniti ranting yang baru.Aku pasti didepan aku terdapat ratusan malah ribuan cabang-cabang yang perlu pilih dan dengan doa moga dipermudahkan urusanku dalam meniti ranting dan cabang kehidupan hingga ke akhir hayat.

Jika yang masih mempertikai mengenai jodoh, jika masih mempertikai mengenai kerja..jika masih mempertikai ttg kehidupan..Percayalah..ada cerita di balik cerita ini..ada nikmat penuh hidayat yang tersingkap..carilah cabang yang gembira..mohonlah ranting yang ceria.

Aku dengan rantingku..Dia dengan rantingnya..kami, kita dan mereka semuanya mempunyai ranting dan cabang yang sudah tersedia untuk dilalui..InsyaAllah suatu masa kita akan bertemu di satu persimpangan dan kita akan jalan beriringan meniti bersama hingga ke penghujungnya.

Aku..Dia..Kami..Kita..Mereka..Percayalah semuanya berkaitan diantara setiap satunya.

Thursday, January 22, 2009

Adakah kita gembira?

Jika gembira itu pilihan aku..aku wajib menulis...
(ini adalah ayat penutup)

(Kembali ke sesi pengenalan)
Aku menulis kerana ianya membuatkan aku gembira..Aku gembira kerana sebelum tangan melakar kata aku akan membaca..dan aku gembira dengan membaca aku mengetahui makna dan menyelami jiwa bahasa..semuanya perihal gembira..tiada yang tidak gembira melainkan gembira belaka..namun..pernahkah kita tahu bagaimana kita mencari kegembiraan?

Sedang kita sibuk dengan mencapai impian namun kita alpa dan lupa dalam impian utk mencari kegembiraan.Manusia yang banyak menghabiskan sebahagian hidup dengan mencari wang secara amnya melakukannya kerana mereka percaya wang itu memberikan kegembiraan.Jika fokusnya bukan kerana wang namun pekerjaannya itu mendatangkan wang, maka boleh dikatakan pekerjaan itu memberikan kegembiraan.Manusia tidak terlepas dari mengimpikan mempunyai hubungan yang sempurna,rumah yang sempurna,tubuh yang cantik, kereta yang cantik dan segala2 yang memungkinkan utk mendatangkan kegembiraaan.Kadangkalanya semua ini mendatangkan kegembiraan namun adakalanya kita akan merasa tertekan jika segala impian ini tidak tercapai atau kita berjaya mencapainya namun kita masih tidak menemui kegembiraan.Mungkin juga kita terlalu fokus kepada sesuatu yang kita fikir ianya mendatangkan kegembiraan sehinggakan kita tidak punya masa di dalam hidup utk mendapat kegembiraan sebenar mungkin dari perspektif yang berlainan.Semua ini mengelirukan dan merumitkan.Semuanya akan kembali kepada persoalan utama bagaimanakah untuk gembira dalam mencari kegembiraan?

Jika dilihat dari perspektif kehidupan.Tanya di dalam diri adakah cara hidup yang kita lalui seharian mendatangkan kegembiraan?Terdapat pelbagai cara dalam mendatangkan kegembiran namun terpulang kepada individu dlam menentukan tahap peratusan kegembiraan terhadap sesuatu cara.Cthnya :-

1)Kesihatan
Jika kesihatan yang baik mendapat peratus kegembiraan yang tertinggi maka luangkan masa kepada ativiti2 kesihatan dan amalan kesihatan yang disyorkan oleh jabatan kesihatan.Cthnya jogging, bersukan, gym , mandi sauna , jakuzi dan mendapatkan perkhidmatan urut..( eeeewwww i like!!)

2)Wang
Jika wang mendapat peratusan kegembiraan yang tertinggi maka luangkan masa kepada aktiviti2 yang mendatangkan wang.Cthnya jual kaen batik jawa di pasar malam, kerja OT 5 jam sehari, jual kerepek tempe di kalangan rakan sekerja, menjadi cleaner secara parttime.

3)Pekerjaan
Jika pekerjaan yang mendapat peratusan kegembiraan yang tertinggi maka luangkan masa dgn pekerjaan tanpa mengambil OT dan apa2 elaun yang disediakan oleh pihak syarikat.Disamping itu juga bekerja secara sukarela di shopping2 complek sebagai pengawal keselamatan atau penjaga pam minyak utk memenuhi masa lapang tanpa mengambil apa2 bayaran

4)Cinta
Jika cinta yang mendatangkan kegembiraan maka luangkan masa dgn mencari cinta.Jika dikecewakan jgn putus asa dan terus mencari cinta yang baru kerana cinta itu menggembirakan.Jika sudah mendapat cinta lakukan yang terbaik dan sentiasa bercinta dan terus bercinta sampai ke tua..jgn dilupa buatlah aksi2 cinta yang menggembirakan ( erkk..)

5)Seni
Jika merasakan seni dapat memberikan kegembiraan maka luangkan masa dgn mendalami ilmu2 seni seperti melukis, menulis lirik lagu, mendalami bahasa ibunda, belajar seni silat, menjadi cikgu seni di sekolah rendah dgn teknik2 kolaj,membuat cop dengan pelepah pisang, teknik membuat tembikar menggunakan kanji dan sebagainya.Boleh juga belajar bermain gitar,kastenet, kayu tic toc, recorder, kerinci dan anglung.

6)Kawan-kawan
Jika kawan2 mendatang kegembiraan maka luangkan masa bersama kawan2.memperbayakkan lagi kawan2 dan sentiasa memperkayakan dengan aktiviti2 bersama kawan2.cthnyer berkaroke, memanjat gunung, window shopping, meneroka alam ghaib dan sebagainya

7)Kanak-kanak
Jika kanak2 mendatangkan perasaan kegembiraan tahap gila ah ding dong maka bersiap sedia utk membuat anak dgn penuh effisen dan berkesan.Yang belum berkahwin carilah pasangan yang boleh dikahwini utk mendapatkan anak yang comel atau mengambil anak angkat.

8)komuniti
Jika aktiviti2 di dalam komuniti mendatangkan kegembiraan, luangkan masa dgn melibatkan diri dalam persatuan2 seperti persatuan bulan sabit merah, puteri umno( adoiiii!!!!),melibatkan diri dalam program2 kemasyarakatan cthnye program anak yatim, rumah org2 tua dan sebagainya.Lakukan ketika cuti hujung minggu maka ianya pasti menggembirakan

9)Rumah
Jika dirasakan berada di rumah mendatangkan kegembiraan, maka hiasilah rumah dgn perhiasan yang cantik,pastikan semuanya sempurna untuk merasa selesa apabila berada di rumah.Belilah tv 64 inch dengan home theater + DVD + Tv satelite, kamar mandi dgn jakuzi dan kolam renang, dapur yang menarik dgn segala peralatan tersusun rapi dan bersih, laman rumah yang ditumbuhi tumbuhan hijau dan pokok2 bungan yang mekar mewangi.Jika hanya mempunyai bilik..warnakan bilik dgn warna kegemaran, katil dgn cadar yang empuk, warna bantal ngan cadar yang matching dgn dinding, gambar2 nostalgia ditampal di dinding dan penghawa dingin demi membangkitkan ghairah utk berada di dalamnya.

10)Agama
Setiap agama mempunyai cara masing2 dalam mengajar umatnya dlam mencari ketenangan dan kegembiraan yang hakiki cthnya membaca Alquran, bermeditasi, yoga dan sebagainya.Luangkan masa dengan mendalami dan beramal ilmu2 agama yang pasti akan memberi ketenangan dan kegembiaan yang dicari.Ctnya pergi ke mekah ( bak kata hanis!!)

Sebenarnya jika hendak disenaraikan semuanya maka kisah 1001 malam pon akan bungkus.terlalu bayak cara utk kita mencari kegembiran namun terpulang pada diri sendiri utk bermuhasabah dan memilih jalan yang terbaik dlam mencari ketenangan dan kegembiraan.jangan Salahkan takdir jika tidak gembira..tuhan memberi kita akal utk berfikir dan cabang-cabang itu wujud.Semuanya terpulang kepada kita utk memilih yang terbaik.Kepada yang masih lagi ragu terhadap jodoh, sudah ditetapkan jodoh itu ditetapkan oleh tuhan namun pilihan terletak kepada kita.Jika sudah ditetapkan mengapa Nabi masih lagi memberi panduan memilih jodoh?

Pengetahun tuhan itu teramat luas.Setiap apa yang berlaku mempunyai cerita dan kerana keterbatasan manusia menidakkan kita utk mengetahui nikmat dan hakikat terhadap sesuatu perjalan cerita.Umpama dahan di pokok yang mempunyai ranting dan di ranting itu terdapat ranting-ranting yang lain.Cabang2 pilihan semuanya telah disediakan dan kita yang diberi akal utk membuat pilihan dan pilihan itu umpama ranting yang menmpunyai rantaian pilihan2 lain di dalam hidupnya sehingga ke akhir hayat.

Aku akan sambung lagi kisah ini dgn kisah aku sendiri di entry yang lain..Bagaimana aku melihat perjalan cerita kehidupan aku dan bagaimana pilihan yang dipilih memberi impak yang amat besar di dalam hidup aku.Percayalah jika pilihan yang dibuat itu gagal tidak bermakna kita gagal kerana ada setiap pilihan dan perbuatan serta keputusan tersimpan jutaan pengertiaan disebaliknya.Percayalah..setiap sesuatu perkara yang baik mahupun yang buruk adalah ketentuannya.Jika ketentuannya baik maka wajib bersyukur dan jika musibah wajib bersabar. Tuhan menguji manusia dengan kenikmatan dan musibah.Jangan ada ragu!!!

Jumpa di lain entry..

Boleh juga uji tahap kegembiraan dgn link dibawah..Boleh kongsi2 result.Aku adalah org yang gembira pada ketika ini, esok lusa aku tidak tahu!!

http://quiz.ivillage.com/uk_relationships/tests/happy.htm

Sunday, January 18, 2009

Gapura wacana yang tertutup

Rasanya sudah lama tidak menulis.Jari jemari lebih gemar bermain code perisian , memanjat crane dan bergayutan di tangga2 truck.Walaubagaimanapun, hidup perlu diteruskan dgn seadanya.Yang pasti jiwa lebih terisi, tenaga diperahi, kudrat bergerak mata melihat..Semuanya berfungsi dengan sekata walaupun hati sering meronta..Meronta untuk kembali..Menjerit untuk ditemani..lenguh sengal tangan dan kaki..siapalah yang sudi uruti..hihihihihi..

Tiada topik yang ingin dikisahkan.kerana topik diri yang terlalu lurus.. kerana turutan peristiwa yang terlalu tegak dan berulang2 menidakkan kewacanaan dirungkap..namun diri mencari2 topik apakah yang memungkinkan ianya dpat dikupas dari sudut yang berbeza?Topik apakah yang diharap intipatinya memberi sedikit makna dalam setiap kalam yang terungkap?Waduh..berat sekali namun lagi berat lagilah sedap!! (sambil mengenyit mata tanda miangnya sudah kembali)

Berita2 terbaru yang sempat disedut dan dinyonyot ke akal

1) Genjatan senjata Israel Selama 10 hari

Setelah dibunuh 1199 orang termasuk 410 kanak2 dan cederakan 5300 org , baru nak maen genjat2 yer..Minta maaflah pak israel..Selagi tak blah dari bumi palestine jgn harap kami nak beli produk2 korang lagik.Sekarang aku sudah tidak membeli lagi produk2 israel..pergi ke carefour pon tidak lagi..McD aku dah tak pegi..Minum kopi kapal api lagi best dari pegi starbuck..Sluar jean lewis aku still pakai tapi minta maap aku beli petaling street punyer..Minyak rambut johnson-johnson aku pon dah habis..Pasni aku nak try minyak zaitun pulak..Nestle aku tak minum..aku minum air sirap buatan sendiri jer skrg..Mintak maap coca cola & sprite..aku tidak lagi berahikan dikau..kleenex & kotex aku tak pakai..loreal,maybelline,victoria secret jgn kasik aku nampak..Perfume & deodorant tommy akan ku buang ( uhuk2 kasik aku pakai sampai habis dulu..Mak aku pesan jgn membazir..tuhan marah)..Namun..aku tak dapat terima hakikat aku terpaksa melupakan meggie..ohh tidak..aku amat sukakan Meggie kari beliau..bila dicampur dgn telur dan dimasak dgn pekat rasanya sungguh menggembirakan.ohh tidak.aku perlu mencari jalan utk mengambil alih syarikat ittew..akn aku namakan syarikat itu dgn nama Mogenali..Doakan aku berjaya..bang..saya nak mogenali kari satu bungkus ngan mogenali ayam yer..

2) Pakatan Rakyat menang di PRK Kuala Terengganu

Tahniah kepada PAS..Takziah kepada UMNO..Bertanding tu bertandinglah..jgn yang menang dok angkuh berkokok yang kalah ralid dudok merajuk.Sama-samalah jaga amanah..Yang kalah tak bererti kalah..yang menang tak bererti menang.Semuanya dalam pusingan roda.Yang penting sentiasa berusaha yang terbaik dan utk kesenangan semua.Nak komen lebih2 tak boleh..sebab aku sudah pencen politik

3) Malaysia & bahrain perbaharui perjanjian lama

yeahh..bagus..lamakan sikit visit visa tue dari 2 minggu ke sebulan dua..Gi dubai pon boleh dok sana 2 bulan guna visit visa.Senang sikit nak ajak keluarga dan kawan2 datang melawat bahrain.Berukun bertangga kat sini..Boleh kibar bendera malaysia kat rumah aku..barulah mcam rumah kedutaan Malaysia..Miahahha

4) Chong wei kalah ngan Peter Gade - berita hairan

terimalah hakikat Chong wei ittew yang paling handal maen badminton kat Malaysia skrg.Sape2 yang suka kutuk2..pilaa maen sendiri..jumping smash pon tak lepas..ade hati nak buat drop short..piirah..

5) Fahrain masih lagi kawan - utusan melayau

Semua org tahu Fahrain dengan scha( org kedah niehh) tgh suam2 cinta tapi takmo mengaku.Tapi lantaklah tapi bak kata harun salim bachik..lu lambat declare, gua rembat