Saturday, October 4, 2008

Ukiran potret kegembiraan..Senyuman itulah CINTA!!









"Ketika lahirnya kami, kami menangis dan semua orang di sekeliling kami tersenyum.Hiduplah dengan hidupmu,gembirakanlah hatinya..jgnlah ego dan kasar terhadapnya.. Letakkan dirimu pada posisinya.Jika merasa bahwa itu menyakitkan dirimu, mungkin itu menyakitkan dirinya.Jadi ketika kami meninggal nanti, biarlah kami satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling kami menangis."
Bro rizal..waa tunggu lu upload gambar lu dalam fotopages..kasik upload cepat2 sikit..Gerak Pantass!!!

Anggota Parti Kebahagian Rumahtangga ( PKR)

Kak leen & Abang Fauzee Family

Abang Rizal & Kak Nurli Family

Angkatan cucu2 ..nape mak..tak cukup ker..hikk hikk


Angkatan Bibik2..Tunggu yaa bik.nanti dapat kawan baru

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka. Tetapi kadang-kadang kita menatap terlalu lama pada pintu yang telah tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka untuk kita.

President dan naek president PKR

Abah control macho..mak control ayu..Loving couple forever

Cucu-cucu atuk nenek merangkap anak sedara

Rileks...korang nie pandai ke amek gambo..

Serius2 ubi..( tgh layan tv )


Peace!! adek aku ( muka cam saifool siol..hahhaa)

Friday, October 3, 2008

Ber"melayu" di bumi asing.. ke-4

Jam bergerak cukup pantas..namun ianya cukup lambat bila keseorangan..semuanya terasa kosong..terbeban dgn ruang waktu yang perlu diisi aku kembali ke rumah abrar..Kami mengumpul beberapa org utk meluangkan masa bersama..Nah..cadangannya utk pergi ke pasaraya Carefour yang baru dibuka.Terus kami bersiap.abrar dgn kemeja dan berjean..Fiyaz dgn pakaian traditional pakistan dan kawannya yang tidak pula ku ingat namernyer..Kami berempat terus menuju ke kereta.Astagfirullah..tayar ku tiba2 pancit..terus kami mencari kedai tayar yang berhampiran namun ianya tutup..Tujuan asal hendak ke carefour terpaksa ditangguhkan..Misi utama mencari kedai tayar dimulakan dan alhamdulilah berjumpa juga akhirnya di bandar Manama.Kami meluangkan masa hampir 2 jam utk menunggu giliran..dan akhirnya aku dapat tayar baru di pagi raya..hadiah raya tahun ini utk aku!! sebuah tayar!!!

Setelah selesai kami terus ke carefour..keadaanya cukup padat dgn org2 asing..kami berputar2..berpusing2 tanpa tujuan..mencari sesuatu yang tiada..hampir pukul 2..di tangan masih tidak membeli apa2.perut semakin lapar..Kami terus ke rumah Naved di Alqudaibiya utk makan tghari.Sampai ke sana ada beberapa kawan2 dari pakistan turut serta.Bersalam-salaman..berpelukan ( cara pakistan )..bertanya khabar..nah..nasik beriani terhidang..Aku makan dengan penuh lahap..Kanak2 diberi duet raya..nak taknak aku pon hulur2 kan juga sedinar dua pada bebudak tue semua..Lepas makan..kami sama2 minum Teh masala..Teh yang dimasak dgn rempah..Sedap!!..Kemudian kami bergerak ke Sitra pula berjumpa Fahim..Kami bersalaman bertanya khabar..Dari Sitra kami ke Zarlaq..Berjumpa teman2 abrar.Aku ditugaskan menjadi pemandu kereta..Semua tempat kami singgah..Berjumpa kawan2 pakistan dan aku rasa mcm warga pakistan pula..Mereka menerima aku bagaikan sedara mereka sendiri..Walaupun ada yang pertama kali aku jumpa..namun semuanya cukup mesra..ada yang tidak pandai berbahasa inggeris..namun insyarat tangan sudah cukup menggantikan bahasa..

Dalam kesibukan itu, aku mencari sesuatu yang "Melayu" yang boleh aku ceritakan pada mereka..Aku mencari sesuatu yang "Melayu" yang boleh membezakan mereka..Namun aku gagal..Ternyata mereka hampir sama seperti kita..Berkunjungan, bersalaman, bermaafan, dihidangkan makanan dan tak lupa tradisi memberi duet raya..hampir semua sama..Hanya makanan yang membezakan..hanya pakaian yang membezakan..

ternyata kita semuanya sama...Hari Raya bersama mereka..Suatu pengalaman yang tidak dapat aku lupakan..

Hari Raya ke 2 dan 3..aku berhibernasi di rumah...

Sekain..

Keliru

Di lubuk hatiku tersimpan
Ada rasa bimbang
Yang enggan ku ceritakan
Ternyata baru ku sadari
Sirnanya hatimu
Yang engkau simpan untukku

Aku cinta kepadamu
Aku rindu di pelukmu
Namun ku keliru
Telah membunuh
Cinta dia dan dirimu
ohhhh....

Oh... Tuhan
Maafkan diriku
Telah melangkah lubuk
Memberi bimbang di hatinya
Kutahu
Engkau telah berdua
Tak mungkin kurasa
Melepas kasih antara kita

Aku cinta kepadamu
Aku rindu di hatimu (di pelukmu)
Namun ku keliru
Telah membunuh
Cinta dia dan dirimu

Aku cinta kepadamu
Aku rindu di pelukmu
Ingin ku akhiri
Yang telah terjadi
Lamunan membawamu kembali

Engkaupun keliru
Menilai erti cinta kita
Yang kau kira selamanya

Namun ku keliru
Telah membunuh
Cinta dia dan dirimu

Kembali...


Wednesday, October 1, 2008

Ber"melayu" di bumi asing.. ke-3

Hari Raya Pertama.

Dalam buaian mimpi aku terjaga dgn deringan talefon..Jam menunjukkan pukul 5 pagi..Aku harus bangkit utk bersiap-siap ke masjid..Dgn hanya bertshirt dan berpelekat..aku menuju ke rumah abrar..Setelah bersalam-salaman kami berjalan kaki menuju ke Masjid utk menunaikan solat sunat hari raya.Sempat juga kami membayar zakat fitrah terus ke fakir2 miskin yang dudok berbaris di hadapan pagar masjid.

Kaen pelekat dan jadi selendang..baru balik semayang raya

Solat Hari Raya tepat pada pukul 6 pagi.Ketika itu suara takbir dilaungkan.Walaupun ianya tidak semerdu suara imam di Malaysia..walaupun iramanya juga tidak sesyahdu sepertimana kita dibesarkan dengannya namun suasana cukup tenang.Beribu2 manusia berhimpun di masjid yang agak kecil namun semuanya tetap teratur.Aku sendiri terpaksa bersolat di bilik wuduk oleh kerana ramainya manusia.Tertanya juga di dalam hati, mengapa kerajaan bahrain yang begitu kaya tidak membina masjid yang indah sepertimana di Malaysia.Mungkinkah kerana riwayat ini dijadikan pedoman oleh mereka? aku pon tidak tahu

Juadah Raya Aku

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai

Setelah selesai kami mendengar khutbah..(walaupun aku tidak faham, abrar pon tidak faham..kami buat2 paham jer) kami terus ke bilik abrar.Nah rupanyer2 mereka sudah awal2 lagi menyediakan makanan.Kari ayam versi Pakistan dan roti kamachi sudah terhidang.kelihatan juga manisan (kir) yang diperbuat daripada hancuran beras dan gula.Teringin nak masukkan gambar2 nyer sekali,Insyaalah nanti..


Ini adalah kir..sedap wooo

Selesai makan dgn lahapnyer..aku mengundur diri utk balik ke bilik utk menalifon keluarga ku di kampung..( lepas makan blah..agak kurang ajar..hikk hikk)

bersambung..

Ber"melayu" di bumi asing.. ke-2

Malam sebelum raya..

Aku berada di tepi pantai ( Marina beach ) mencari sang bulan..berbisik pada angin..mencari pelangi malam..Hanya tuhan yang tahu keadaannya..mencari kekuatan dalam diri utk mengambil keputusan..Adakah ini yang ku cari..Adakah ini yang ku minta..Hanya tuhan yang tahu aper yang layak aku terima namun sebagai hambanya aku tetap dgn angan-angan dan harapan.Aku di pantai seorang diri..bertemankan angin dan deruan ombak mencipta irama yang menggamit perasaan dan membelenggu fikiran..Kau murahkan rezeki aku namun perlahan2 kau tarik kebahagianku..Kau berikan aku cinta namun kau selitkan dgn penderitaan..Kau mmg maha adil..Jika ini pengajaran yang kau berikan..aku redha..Jika ini balasannya..aku ttp redha..sesungguhnya aku hanya insan kerdil yang hanya mampu merancang namun kau berkuasa diatas segala ketentuan..Bulan ramadhan lalu kau berikan aku perasaan cinta..namun kau juga menariknya di bulan yang sama..

Aku pulang ke rumah dalam jam 12..esok hari raya..apakah persiapan yang telah aku lakukan??
Jam 3 baru aku terlelap..jgn ditanya apa yang aku lakukan dari jam 12 ke 3 pagi..Aku mencari kegembiraan..dan aku akui ianya cukup menggembirakan..kedukaan aku terubat..aku menemui diriku semula..suasana yang cukup tenang dan penuh harapan..

bersambung..

Tuesday, September 30, 2008

Ber"melayu" di bumi asing..

Rentetan kisah perjalanan berhari raya di negara sing..Suatu pengalaman yang tak dapat aku lupakan sampai bila2..


29-September-2008 ( akhir ramadhan)
Aku meneruskan hidup seperti biasa..Bekerja dan bergerombolan dgn org2 arab yang sudah tak mahu bekerja.Walaupun syarat berkerja utk kaum muslim di bulan ramadhan hanyalah 6 jam..aku tetap bekerja seperti biasa.Bukan mahu dipuji..bukan utk menjadi contoh..Tapi mahu buktikan kepada bangsa luar..walaupun kami berpuasa..kami tetap bertenaga utk bekerja..Kami tidak malas..kami tidak mengambil kesempatan terhadap tanggungjawab kerja yang diamanahkan..Namun dgn jelas kaum arab itu memalukan bangsa dan agamanya sendiri terhadap bangsa luar.

Boss aku mempertikaikan cara menentukan raya dgn melihat bulan..Keperluan berpuasa juga diperlekehkan..dikutuknya juga bulan Ramadhan dgn perkatan " Rama Damn!!"..aku tak pandai nak beragama di kalangan mereka.Tapi ingin juga aku pertikaikan..adakah kristian itu benar..adakah penganutnyer juga begitu benar..Sedangkan di dalam kitab benar injil Isa Al-Masih jelas menyatakan Tuhan itu satu dan Nabi Isa hanya utusan utk kaum israel sahaja ( yesaya 45: 5-6, Yohanes 17:3).Bukankah kami yang mengimani ajaran Nabi isa..sedangkan kamu terpedaya dgn ajaran generasi Kristian yang lampau yang memalsukan kitab sucinya sendiri.Cukup!! tepat jam 6.50 pm..aku dikejutkan dgn bunyi sms..

"Eid Mubarak, tomorrow Eid in Bahrain.I love u mere jan" - Abrar

.....continue

Monday, September 29, 2008

Panduan Solat Aidilfitri dan Aidiladha

Pakaian pada saat mendirikan solat kedua2 hari raya disunnahkan memakai pakaian yang paling bagus.

Makan
a. Sebelum berangkat solat Aidilfitri disunnahkan makan terlebih dahulu, jika terdapat beberapa butir kurma, jika tidak ada maka makanan apa saja.

b. Sebaliknya pada Aidiladha, disunahkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai solat Aidiladha.

Mendengungkan takbir
a. Pada hari raya Aidilfitri, takbir didengungkan sejak keluar dari rumah menuju ke tempat solat dan sesampainya di tempat solat terus dilanjutkan takbir didengungkan sampai solat dimulai.

b. Pada hari raya Aidiladha, takbir boleh didengungkan sejak Shubuh hari Arafah (9 Dzul Hijjah ) hingga akhir hari tasyriq ( 13 Dzulhijjah ).

Jalan yang dilalui Disunnahkan membedakan jalan yang dilalui waktu berangkat solat hari raya dengan jalan yang dilalui di waktu pulang dari solat ‘ied ( yakni waktu berangkat melalui satu jalan, sedang waktu pulang melalui jalan yang lain ).

Bila terlambat mengetahui tibanya hari raya Apabila datangnya berita tibanya hari raya sudah tengah hari atau petang hari, maka hari itu diwajibkan berbuka sedang pelaksanaan solat hari raya dilakukan pada hari esoknya.

Yang menghadiri solat ‘ied
Solat ‘ied disunnahkan untuk dihadiri oleh orang dewasa, baik lelaki maupun wanita, baik wanita yang suci dari haid maupun wanita yang sedang haid dan juga kanak-kanak baik laki-laki maupun wanita. Wanita yang sedang haid tidak ikut solat, tetapi hadir untuk mendengarkan khutbah ‘ied.

Tempat solat ‘ied
Solat ‘ied lebih afdhal (utama) diadakan di mushalla iaitu suatu padang yang di sediakan untuk solat ‘ied, kecuali ada uzur hujan maka solat diadakan di masjid. Mengadakan solat ‘ied di masjid pada hal tidak ada hujan sementara lapangan (padang ) tersedia, maka ini kurang afdhal karena menyelisihi amalan Rasulullah (S.A.W.). yang selalu mengadakan solat ‘ied di mushalla (padang tempat solat ), kecuali sekali dua kali beliau mengadakan di masjid karena hujan.

Cara solat ‘ied
solat ‘ied dua rakaat, tanpa azan dan iqamah dan tanpa solat sunnah sebelumnya dan sesudahnya.

Hari Raya Fitri (lafaz niat) :
Usolli Sunnatal Li'Idil Fitri Rak'ataini Makmuuman Lillaahi Ta'ala. Allah Akbar.
"Sahaja aku Solat Sunat Hari Raya Idil Fitri dua rakaat (makmum) kerana Allah Ta'ala."

Hari Raya Adha (lafaz niat) :
Usolli Sunnatal Li'iidil Adhaa Rak'ataini Makmuuman Lillaahi Ta'ala. Allahu Akbar.
"Sahaja aku Solat Sunat Hari Raya Adha dua rakaat (makmum) kerana Allah Ta'ala."

Pada rakaat pertama setelah takbiratul ihraam sebelum membaca Al-Fatihah, ditambah 7 kali takbir. Sedang pada raka’at yang kedua sebelum membaca Al-Fatihah dengan takbir lima kali.

Sebelum membaca Al-Fatihah iaitu selepas membaca doa Iftitah bertakbirlah 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat kedua.

Di antara Takbir ke Takbir hendaklah kita membaca tasbihnya iaitu:

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah , Tiada Tuhan yang lain, melainkan Allah dan Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung"

Rakaat pertama dan kedua baca Al-Fatihah.Surah dibaca oleh imam.

Setelah membaca Fatihah pada rakaat pertama di sunnahkan membaca surah (sabihisma rabbikal a’la/surat ke 87 ) atau surat iqtarabatissa’ah / surat ke 54 ). Dan setelah membaca Al-Fatihah pada raka’at yang kedua disunnahkan membaca surat (Hal Ataka Haditsul Ghaasyiyah/surat ke 88 ) atau membaca surat (Qaaf walqur’anul majid/surat ke 50 ).

Setelah selesai solat, imam berdiri menghadap makmum dan berkhutbah memberi nasihat-nasihat dan wasiat-wasiat, atau perintah-perintah penting.

Khutbah hari raya ini boleh diadakan khusus untuk laki-laki kemudian khusus untuk wanita.

Khutbah hari raya ini tidak diselingi duduk.

Waktu solat
Solat ‘ied diadakan setelah matahari naik, tetapi sebelum masuk waktu solat Dhuha.

Hari raya jatuh pada hari Jum’at. Bila hari raya jatuh pada hari Jum’at, maka solat Jum’at menjadi sunnah, boleh diadakan dan boleh tidak, tetapi untuk pemuka umat atau imam masjid jami’ sebaiknya tetap mengadakan solat Jum’at.

Selamat Beramal

Aku dah raya..

Berita dari Bahrain...Tarikh hari raya Eid Fitr jatuh pada hari Selasa..Maknanya esok aku raya!!!!!!!!!!!!!!

Esok pagi kene bgn awal..Kul 6 pagi semayang raya...harap aku bgn cepat..bayar zakat fitrah pada fakir miskin..Semayang raya..pastu nak buat ape?? aku tak rancang lagik :(

Selamat Hari Raya..Semoga Semuanya gembira..

Sunday, September 28, 2008

Salam Syawal dari pemuda duka di tanah rencong..

Terutama-tamanya sekali aku khaskan ucapan Selamat Hari Raya ke pada Keluarga Tersayang..Abah ( MD YUSOF), Mak ( NIK MAH), Abang (RIZAL),kakak ( kak Leen) ,Adek(AMMAR)..Semoga kalian sentiasa gembira, ceria, sehat dan aman sentosa.Buat abang ipar ( Abg FAUZEE), akak ipar ( Kak Norli), anak2 sedara ( akmal, aiman, aina, irfan)..Sayang korang sangat2 tapi mintak maaf apakah daya aku tak dapat pulang pulang ke kampung disebabkan dapat cuti 5 hari jer..naek flight pegi balik dah 2 hari..3 hari beraya dgn tambang yang cekik harga..terpaksa lah beraya bersorangan tapi walaupun aku tak balik..duet raya korang tetap ade..heheh..sukalaa tue !!- kata abang siti

Ucapan Selamat Hari raya juga pada semua kawan-kawan khususnya seluruh kakitangan IT Pelabuhan Tanjung Pelepas..Aku tak penah lupa korang dan harapan jgn lupekan den pulak..Semua kakitangan GPRO Technologies..walupun jarang2 konteks korang tapi aku tak pernah lupe segala kenangan..Semua bekas pelajar SAKTI, UTM pahang, SSP, STM2, STS, STAR, SMK Sri Mersing dan tak luper member2 kat Richmentech, Bank Rakyat, Maybank, Bank Pertanian,kakitangan kerajaan, penjual insurance, MLM dan semualah..tak larat aku taip byak2..Korang Semua ttp dalam ingatan.

Salam syawal juga pada rakan2 blogger Ebob, Anis, galuh, qaseh, snow, dhadha, farah, budak getah aka Anak Malaysia, uji rashid, wak jono, Sparky, Harimau, Makcik Melayu Angkat,alifreyes,Mountweller,Azli Shukri, Aku Static,Des dan lain2..Semoga kalian sentiasa gembira dan nikmatilah raya sebelum kamu tak berpeluang merayakannyer..sob sob..shahdu..

Terimalah Salam takzim penuh hormat dari aku...Semoga kalian semua ceria dan bergembira seadanya..
Mogen ( Pemuda duka di tanah rencong )