Saturday, December 13, 2008

Muraja'ah bualan sang mutakalimin

Kelimpahan dan kenikmatan hidup tidak ditentukan oleh berapa lama kita hidup, tetapi sejauh mana kita menjalani kehidupan yang berkualiti dan sumbangan yang telah diberikan kepada yang berhak.

"Kau harus tahu, orang-orang yang berjaya telah belajar membuat diri mereka melakukan hal yang harus dikerjakan ketika hal itu memang harus dikerjakan, entah mereka menyukainya atau tidak itu bukan persoalan.Adakah kau pernah belajar untuk hidup dalam setiap pijakkan langkahmu? " tanya pak tua kepadaku.

Aku hanya mampu tersengih dan terus menukar topik perbualan..

Pak tua..pak tua tgk tak citer bleach?..ichigo punyer rambut lawa kan -( dgn nada yang manja )

Sekain

Friday, December 12, 2008

Menghambat bayangan sendiri


Arakian cerita,seorang anak kecil bercucuran keringat. Ia telah berusaha cukup lama berlari dan terus berlari. Ia ingin mengalahkan sesuatu di depannya, ia ingin melampaui bayangannya sendiri. Namun semakin dikejar, semakin yang dikejar itu jauh mendahuluinya. Tak peduli berapa jauh ia mengejar, berapa cepat ia berlari, bayangannya selalu tetap sahaja berada di depannya, padahal ia kini sudah kehabisan tenaga.

Sang ibu yang hanya memerhati tindakan anaknya dengan penuh kasih memberikan sebuah nasihat yang amat sederhana.Anakku sayang! Hanya ada satu tindakan sederhana yang perlu engkau lakukan untuk mengalahkan bayanganmu.Berjalanlah menghadap matahari. Kerana dengan itu bayanganmu pasti akan berada di belakangmu. Hanya dengan itu juga engkau akan menjadi pemenangnya'.

Kesimpulannya

Mungkin kita pernah atau sedang berusaha selagi terdaya untuk melampaui suatu 'bayangan' tertentu. Mungkin ketika berhadapan dengan masalah pekerjaan, belajar, atau dalam masalah hubungan sesama manusia mahupun dalam kehidupan rumah tangga.
Apabila tibanya saat itu, berdirilah menghadap sang Matahari abadi yang sentiasa memancarkan sinarnya setiap hati.Percayalah,ketika ada kejadian negative terjadi, Tuhan pasti mempunyai jawapan yang positif untuk itu.

Sekain

Wednesday, December 10, 2008

Cucur Meggie yang sedap

Hari nie aku lapar dan lapar dan terus lapar..Aku pon tak tahu apasal perasaan lapar aku menjadi2 mungkin dah nak period kot..ahakss..So dengan resepi dari Pn Galuh memandangkan bahan2 ini jer yang ada kat dapur dan dgn perasaan malas nak kuar ke kedai..so aku telah disyorkan utk membuat cucur meggie yang mudah dibuat dan tanpa was was.Puan-puan, antara bahan yang diperlukan utk membuat respi ini , sila lihat bawah..lala

Bahan2:
1 bungkus maggie
4 cawan tepung gandum
1 batang carrot - dihiris panjang2
1 biji bawang besar dihiris2
* taugeh ] ikut suka
* daun bawang ] suka hati
* daun kucai ] lantak korang laa
* daun sup ] ape2 jerlaa
* lada hitam/putih, ditumbuk ] belasah jerlaa

p/s: nak campur ikan bilis/ udang/ sausage yang dipotong2 / sotong kurita / umang2 / lemang pun boleh asalkan ditonggeng halal.

Cara2:
1) Maggie direndam lembut dan ditoskan.
2) Campurkan semua bahan.
3) Masukkan air dan gaul rata2 - agak2lah macam kita buat cucur kodok.
4) Lepas tu, bolehlah goreng. Minyak jangan lupa panaskan dulu.pastikan minyak yang ditapis 2 kali tapisan.lalala
5) Gunakan kepanasan api dari 50-70 celcius
6) Dah masak boleh makan, cicah dengan sos cili atau sambal ikan bilis.

Petua2 mak bedah
1) campur sebiji telur untuk lembutkan adunan.
2) maggie kena gunting, kalau tak, alamat berjurai panjanglah.
3) waktu nak goreng tak payah bulatkan. selalunya goreng macam cucur udang. Saiz gorengan tu tak kisahlah, nak besar - pinjam senduk makcik leha, nak kecil – pakai sudu jer
4) Nak tahu cucur dah masak, cucuk cucur dgn garpu kalo termbus kire dah masak dah.

Selamat mencuba

Sekain

Tuesday, December 9, 2008

Kriket - Ada kisah disebaliknya

Kisah rekaan ini terjadi di pesisiran kota Islamabad di negara Pakistan. Seorang ayah yang memiliki anak yang berusia kurang lebih 5 tahun, memasukkan anaknya tersebut ke sekolah sukan untuk belajar bermain kriket. Ia mahu melihat anaknya kelak menjadi seorang pemain kriket yang terkenal.

Selang beberapa waktu kemudian, dikisahkan datang seorang pemain kriket yang sangat terkenal untuk membuat perlawanan persahabatan di stadium utama Islamabad.

Pada hari perlawanan, satu jam sebelum perlawanan dimulakan, Sang ayah duduk dan anaknya berada di sampingnya. Seperti kanak2 kecil yang lain, anak ini pun tidak betah duduk diam terlalu lama dan tanpa pengetahuan ayahnya, ia menyelinap pergi.

Ketika perlawanan hendak dimulakan, kelihatan semua pemain2 sudah berada di padang utk memulakan perlawanan kriket.Sang ayah terkejut apabila melihat anaknya sudah berlari memasuki padang dan terus ke tempat pembalingan bola.

Seluruh penonton bersorak melihat anak kecil yang kelihatan bersungguh-sungguh cuba membaling bola ke arah pemain kriket terkenal itu.Melihat anak tersebut masih kecil, pemain terkenal itu tidak menjadi marah, ia tersenyum dan berkata,"budak, teruskan baling sampai aku dapat memukul bola itu".

Disebabkan jarak antara lapangan baling bola dgn tempat pemukul bola terlalu jauh,oleh kerana kudrat si anak yang masih lagi lemah maka bola yang dibaling tidaklah sampai.Pemain terkenal itu sedikit demi sedikit bergerak ke hadapan hingga beberapa meter di hadapan si anak itu.Si anak terus membaling sehingga pemaen terkenal itu dapat memukul bola tersebut hingga terkeluar dari kawasan padang permainan hingga ke arah penonton.

Seluruh penonton bersorak dengan begitu kuat dan menyambut dengan meriah. Sang anak menjadi megah dan amat berbangga , pikirnya, "Aku berjaya membuat balingan yang baek sehingga bola tersebut dapat dipukul melepasi padang permainan dan hingga ke terkeluar ke arah penonton" Ia lupa bahwa yang disorakkan oleh penonton adalah kepada pemain terkenal tersebut yang berjaya mengisi semua kekurangannya dan menjadikan permainannya sempurna.

Apa implikasinya dalam hidup kita ?

Kadang kita bangga akan segala rencana hebat yang kita buat, perbuatan-perbuatan besar yang telah berhasil kita lakukan. Tapi kita lupa bahwa semua itu terjadi karena Tuhan ada di samping kita. Kita adalah anak kecil tadi, tanpa ada Tuhan di samping kita, semua yang kita lakukan akan sia-sia. Tapi bila Tuhan ada di samping kita, sesederhana apapun hal yang kita lakukan hal itu akan menjadi hebat dan baik, bukan saja buat diri kita sendiri tapi juga baik bagi orang di sekitar kita. Semoga kita tidak pernah lupa bahawa ada Tuhan di samping kita.

Sekain

Monday, December 8, 2008

Beraya Haji di Bahrain



Hari raya sudah pun lepas.Aku tidak berdzabah binatang yang berkaki empat hatta berkaki dua sekalipun.berkaki lapan apatah lagi.Aku hanya mengkedarah makanan, maen kriket dan berjalan2 kangkung di tepi pantai sambil menjeling2 manja ke arah kelly clarkson yang bertaburan dan bersepah2 di tepi pantai.Tertanya2 jugak, diorg nie tak geti dok rumah ker?diorng ni tak sambut raya kat rumah sedara ker? tapi bila dipikirkan balik rupernyer aku pon lebih kurang sama dgn mereka.Bergelimpangan dan bergentayangan di tepi pantai dalam menghabiskan waktu-waktu cuti yang sememangnya bayak utk bulan ini.



Sebenarnya hari nie aku bersama-sama rakan Pakistan menyambut Eid Adha dgn cara mereka.Sambutannye mmg meriah mengalahkan sambutan hari raya puasa.Org2 arab kelihatan menziarah dari rumah kerumah, kanak2 bertebaran memenuhi jalan, awek2 arab mula kelihatan berpurdah dan berjalan keluar.Suasana umpama pesta dan yang paling menarik di depan2 flat kelihatan mereka menunaikan ibadah korban.Takde sembelih2 kat masjid semuanya buat di depan rumah.Mungkin persekitaran masjid yang kecil dan ditambah pula masing2 bagaikan berebut2 utk menunaikan perdzabahan binatang.Umpama satu kemestian walaupun ianya hanyalah sunat muakad dan sememangnya mereka mmg berkemampuan.


Menu makanan hari ini adalah manisan kir, beriani daging, daging masak kari, yogurt + sayur, roti kamachi tu satu kemestian dan ice cream ( nie aku beli sendiri kat pakcik yang datang naek van).Salah satu tradisi org pakistan, diorg akan menjamu tetamu makanan dengan kuantiti yang bayak dan agak kurang sopan jika tetamu menolak.So nak taknak kena makan dan pastikan makan betambah utk menunjukkan makanan tu sedap.So jgnlaa mengada2 nak makan cepat2 sebab confirm secara tak sedar mereka akan sentiasa tambah nasik dalam pinggan sampai penuh.So cara yang paling bijak, makan dengan perlahan.Betul2 timing masa korang makan mesti sama dgn masa diorg habis makan.So dgn itu dapatlah melepaskan diri dari terpaksa makan sampai pengsan.

Next entry, gambar maen2 kriket yang sampai skrg aku still blur2 ubi camne nak kire sape yang menang sape yang kalah.Caranya lebih kurang maen rounders ( nie zaman kanak2 dulu punyer permaenan nih).Tapi permainan nie mmg best time dapat pukul bola dan ramai2 jerit 6 point!!!!!!!!

Sekain.