Friday, February 20, 2009

Video utk captain luffy


Celebrate Love: Fuad+Faeza



Perkahwinan itu tiada sempadan..yang kecil,tua,muda,bertongkat,beroda,beharta, kedana semuanya tidak terlepas dari mengharapkannya.Seperti mana aku..aku juga ingin mengecapinya..namun kenapa harus dihalang niat ini..mengapa harus dirumitkan perjalanannya..

Kenapa perlu digusarkan utk hari esok..sedangkan hari esok belum lagi diciptakan utk kita.Aku risaukan hari ini..kerana hari ini mungkin penghabisan riwayatku di dunia..

Sunday, February 15, 2009

Pabila lukisan berkata-kata

Aku bukanlah seorang seniman hatta bukanlah posman mahupon batman..Aku hanya insan biasa yang punyer jari utk menaip dan menulis namun tidak utk melukis.Aku juga bukan seorang penulis tegar namun melukis bukanlah sesuatu kegemaran dan kesedapan dlm hidup .Mungkin disebabkan uriku tidak ditanam dengan pensel dan kertas ketika aku lahir.Waallahualam..Mungkin juga otak kananku kurang aktive utk menjana kreativiti dan imaginasi namun yang aku pasti otak aku penuh dengan air yang belum diflushkan..lalallala

Ada beberapa perkara di dalam hidup yang perlu pentapsiran dan pengertian.Seperti kata yang mempunyai jutaan makna.Perbuatan yang mempunyai pelbagai tanda..jeritan, rintihan, resahan, desahan (lain macam jer) dan igauan mimpi yang memberi pengertian dan makna yang memerlukan penapsiran.

Iklan mode turn on!!
Hah..bercerita ttg mimpi..aku bermimpi ngeri lagi..namun tidaklah sengeri dahulu namun ianya tetap ngeri pada aku.

1) Aku mimpi accident di dalam bas.Bas yang aku naiki dihempap pokok dan terbelah dua tapi aku selamat.
2) Aku mimpi ticket kapal terbang aku hilang dari Malaysia ke mana tah.Panik beb kene tanya ngan pramugari tue..tapi yang aku heran nape diorg check ticket masa flight dah berlepas.Mcm naek bas pulak.

Whateverlah..tolong tapsirkan!!!
Iklan mode turn off!!

Setiap apa yang berlaku adalah pilihan dan semua yang berlaku adalah berdasarkan pilihan sendiri mahupun pilihan individu yang berkohesi diantara kita. Sebenarnya aku tak ade topik nak tulis tapi

1) Aku nak ucapkankan takziah kepada Siti nurhaliza atas pemergian ayahanda beliau..maafkan abang siti..abang takdapat pulang..abang sibuk mencari sesuap nasi beriani..

2) Dan tak lupa juga kepada rifqi..Jaga mama elok2..Papa ngan mama dah tak bersama lagi..Skrg rifqi kene tolong mama yer..jgn nakal2..suruh mama cari papa baru yer..gulp!!!

Siti dan nurul..
Sabarlah kalian....