Saturday, July 26, 2008

kurek idung..


(Kak ani dgn Amir ( bukan nama sebenar) sedang beramah mesra sambil mengurek idung - Sekadar gambar hiasan )



Fakta dan auta mengenai hidung.


1) Orang yang kedekut selalunya dipanggil kedekut taik idung masin namun org yang pemurah tidak pula dipanggil pemurah taik idung manis.


2) Kajian membuktikan taik idung terhasil daripada habuk2 kotor yang terperangkap di celah2 bulu hidung namun tiada pula kajian dilakukan utk membuktikan adanya taik ketiak meskipon bulu2nya lebih panjang daripada bulu hidung.

3)Mengorek hidung kepada org yang berpuasa adalah dilarang namun begitu tiada larangan utk memakan taik idung kepada org yang tidak berpuasa.

4) Mengorek hidung di khalayak ramai dianggap jijik dan pengotor namun org yang tidak pernah mengurek hinggakan taik idungnya berselepet sampai terkeluar dari idung lebih dipandang hina dari pandangan masyarakat.

5)Mengorek idung dgn menggunakan objek yang besar dan tumpul dipercayai dapat membesarkan lubang idung seseorang.Namun begitu kajian membuktikan penampilan seseorang akan lebih menarik jika mempunyai lubang idung yang besar akan dan terbukti di dlm filem."Walaupun mukamu tidak ku kenal..tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku"

6) Kemerduan suara boleh dikire dgn melihat luas lubang idung yang dimilikinya.Namun begitu tiada lagi kajian yang boleh menyokong teori di atas kerana buat masa ini hanya seorang sahaja penyanyi yang mempunyai lubang idung luas yang bersuara merdu.

7)Disarankan agar mengorek idung setiap pagi utk membersihkan lubang idung daripada tersumbat namun tidak digalakkan utk mengorek hidung seperti gambar di bawah










The Bank Job..

Sape penah tgk citer The bank Job angkat keyboard!!..kalo bedasarkan tajuk mesti ingat cerita ni mengisahkan seorang pegawai bank mahupon pakcik guard di bank menempuh dugaan dalam kehidupan dgn bekerja di bank sehari-hari.Mungkin juga ada yang terfikir cerita ini juga mengisahkan seorang lelaki atau perempuan hatta kedua2nya sekali yang ingin memohon pinjaman bank utk mengusahakan kilang batik ataupon membuat kandang tuttt ditolak oleh pihak bank dgn sadis sekali.Namun jika perihal ini dilakon layarkan maka tentu sekali jumlah kutipan tiket akan mengalami nasib yang sama dgn jumlah ticket filem "KALA MALAM BULAN MENGAMBANG " karya Mamat khalid dgn kutipan RM554,000 setelah tamat tempoh tayangan.

Cerita ini berdasarkan kisah benar rompakan bank di "Baker Street bank" pada tahun 1971 dan menjadi rompakan terbesar di british dan kes ini masih lagi menjadi tanda tanya dimana tiada lagi tangkapan dan penemuan hasil rompakan hingga kini.Filem ini membabitkan kisah pembunuhan, rasuah, dan skandal seks yang melibatkan golongan diraja dan yang paling best cara rompakan dgn membuat terowong bawah tanah utk memasuki safe deposit boxes bank Baker street.Walaubagaimanapun, filem ini tidak sesuai ditonton oleh golongan 18 ke bawah sebab adegan ehem2 yang banyak dan boleh biol kalo ditengok berulang2 kali.
Fakta.

1) Rompakan bank pertama didunia berlaku di Amerika pada 31 August 1798 di bank Of Pennsylvania yang dianggarkan hasil rompakan bernilai USD 1.8 million

2) Rompakan paling besar di dunia berlaku di Banco Central di Fortaleza Brazil pada 6 August 2005 yang dianggarkan hasil rompakan bernilai USD 70.1 million.Rompakan ini telah dirancang 3 bulan lebih awal dimana perompak telah menyewa sebuah kedai berhampiran bank dgn membuka kedai lanscaping dgn menjual artificial grass dan pokok2 lanscape.perompak telah menggali terowong bawah tanah sedalam 78 meter dan terowong ini lengkap dgn pelbagai sistem pengudaraan dan cahaya yang dipercayai dihasilkan oleh pakar2 GPS, math, kejuruteraan dan excavation ( pakar penggali).Perompak berjaya mencuri 5 kontena wang kertas 50 USD seberat 3.5 tonnes yang dianggarkan bernilai USD 70.1 million.Wang kertas 50 itu belum lagi diinsurancekan dan masih belum dicatat no sirinya membuatkan sukar utk menjejaki wang tersebut.Walaupundemikian, hampir USD 8.93 million telah dapat ditemui tetapi USD 61.16 million masih tidak dapat dikesan.

3) Rompakan yang paling tidak popular tetapi melibatkan anggaran nilai rompakan hampir USD 1 billion iaitu rompakan Central Bank Of Iraq.

4) Rompakan oleh Valerio Vinccei pada 12 July 1987 di Knightbridge Safe Center di London yang melibatkan 60 million UK pound.Anggaran pada tukaran wang 1987 kira-kira USD 98 million dan anggaran pada tukaran wang 2006 bernilai USD 174 million.Kes ditutup setelah Vinccei terbunuh di dalam misi polis tetapi rahsia dimana hasil rompakan yang dianggarkan bernilai 95 million itu masih lagi menjadi misteri sampai skrg..
Kalo nak citer pasal perompak kat Malaysia nie..Mesti kita teringat kat Mat komando,Botak chin, geng M-16, geng adzhar, Geng seluar dalam, Geng mamak dan macam2 lah..tapi yang aku takleh handle perompak yang jenis suka rompak ATM mechine nie tapi yang lawaknyer ter 'rompak' checque deposit machine.Budus..Please laa jgn malukan malaysia lagi..

Thursday, July 24, 2008

Hikayat Panji Semirang



Mungkin ramai yang tercari-cari Hikayat Panji Semirang nie di kedai-kedai buku mahupun di perpustakaan.Ada juga yang sanggup ke DBP utk mendapatkan buku hikayat ni tapi ternyata sukar.Bagaimana aku tahu??..sebab aku adalah salah seorang yang buat perkara yang sama untuk mendapatkan buku nie tapi ternyata gagal..

Pendahuluan dan ringkasan cerita..

Mengikut empunya cerita, kisah hikayat Panji Semirang dipercayai telah ditulis pada tahun jawa 1760 = 1832 M kira-kira sewaktu Pemerintahan Majapahit sekitar tahun 1293-1520.Hikayat ini telah mengalami evolusi dgn beberapa versi dan versi yang diselenggarakan oleh Noriah Mohamed adalah versi yang diterbitkan oleh Pustaka Antara pada tahun 1961.Hikayat Panji Semirang kepopularannya terletak pada tema cintanya dan terjemahan moral oleh penulis dalam setiap bait2 ayat yang disusun indah berlandaskan kiasan dan ibarat.

Mukaddimah Hikayat Panji Semirang mengisahkan kerajaan Ratu doha yang mempunyai dua org putri yang bernama Tuan Puteri Galuh Cendera Kirana dan Galuh Anjeng.Tuan Puteri Galuh Cendera Kirana adalah anak daripada permaisuri dan Galuh anjeng daripada gundik.Dikisahkan kejelitaan Galuh Cendera Kirana yang digambarkan amat elok paras rupanya hingga dimartabatkan dalam penulisan dgn penuh keindahan.

"rupanya sangat gilang-gemilang, tiada dapat dikatakan lagi, hidungnya seperti
dasun tunggal, matanya sebagai bintang timur, bulu matanya lentik, jari tangannya seperti dun landak, betisnya seperti perut padi, tumitnya seperti telun burung, pipinya seperti pauh dilayang, alisnya seperti bentuk taji, bibirnya sepenti limau seulas. Sukar akan menceritakan lebih panjang kerana tiada suatu pun yang boleh dicela."

Galuh Anjeng pula dikisahkan pula sebagai satu watak yang amat pendengki orangnya dan Galuh Cendera Kirana menjadi mangsa kerana sifatnya yang amat tercela.Permulaan kisah lebih banyak menyentuh bagaimana Galuh Cendera Kirana dikhianati dan kisah kesedihan dirungkap dgn penuh emosi dengan turutan kisah bagaimana ibu kandungnya diracuni, diseksa oleh ibu tirinya dan membiarkan rambutnya dipotong oleh ayahandanya sendiri kerana enggan menyerahkan boneka emas pemberian Raden Inu.Hikayat ini juga disulami juga dengan bait2 dialog yang diterjemahkan dgn penuh emosi.

“Tiadalah aku hendak memberikan itu, biarlah aku dibunuh baginda, relalah aku akan mati dan tinggal dengan ibuku di dalam kubur, kerana tiadalah aku tahan lagi hidup sendiri di dalam dunia dengan tersia-sia,ibuku telah hilang, kepada siapa aku mengadukan hal kesukaanku lagi,
lebih baik dibunuh mati.”

"Tiadakah ayahanda belas kasihan melihat akan anakanda? Permaisuri sudah mati dan
hamba pun sudah menjadi piatu, lebih baik ayahanda bunuh sekali, relalah hamba ini. Meski hidup pun akan menjadi sengsara juga selama-lamanya, apakah gunanya?”

Hikayat Panji Semirang ini diteruskan dgn kisah nekad Galuh Cendera Kirana melarikan diri dari kerajaan Daha dan menyamar sebagai seorang lelaki dengan watak
Panji Semirang Asmanantaka dan menjadi pahlawan yang terbilang hingga berjaya menawan beberapa kerajaan.Kisah perjalanan hidup Panji Semirang Asmanantaka digarap dgn penuh kiasan dan kemuncak cerita bagaimana tunangannya Paduka Liku dari kerajaan Kuripan menjejak tunangannya demi meraih cinta yang hilang.Pelbagai cabaran dan pengalaman yang ditempuh diceritakan dgn aturan penulisan yang tersusun dan pelbagai watak disorotkan dlm mewarnai kisah cinta yang trajis dan penuh debaran.


Adakah Paduka liku berjaya menjejaki tunangannya??...dapatkanlah yang original di pasaran..ahaks..

kepada sesiapa yang berminat..aku ada salinan scan yang dibukukan dalam bentuk PDF.Kalo nak email gue: alirico012@gmail.com

Sekain..

Wednesday, July 23, 2008

Paintball



Sape kate Maen Paintball tu buang duit?? aku tak kater..org lain kater laa..tapi yang aku kater maen paintball nie walaupun buang duet tapi bila dah try maen sekali confirm korang nak maen lagi dan lagi dan lagi.Kira macam isap rokokla..walaupun rokok tu tak best tapi still nak hisap lagik..macam tuelah perumpamaan permainan paintball nih dgn kehidupan seharian aku "dulu".

Sejarah paintball nie sebenarnyer aku pon tak tahu..mane die datang tah..tiba2 masuk mesia terus jadi femes gile mengalahkan sukan ragbi dan lawan pedang di malaysia.Permainannyer mudah jer..utk yang baru nak belajar menembak..so boleh pegi ke shooting range.So die kasik 10 bijik pallet..so korang tembaklah benda2 yang ada kat dalam shooting range tue..Kalo ade cukup korum.bolehlaa buat team utk maen battle field.Selalunyer org maen 3 on 3, 5 on 5 , 7 on 7 tapi kalo ko belasah 3 lawan 2 pon boleh..4 lawan 1 pon boleh.polis takkan suruh buat akuan bersumpah nyer kalo maen cam tu..

Utk permulaan, aku nak terangkan serba sedikit pasal peralatan paintball nie.Senjata macam pistol tu org panggil marker.kalo korang panggil pistol konfirm semua mashall gelak guling2 secara berjemaah.Mashall tu saper pulak..mashall tu tukang jaga ala2 mcm referee laa.Marker nie ade 2 jenis iaitu marker dgn e.marker.Tapi aku nak citer pasal marker sebab dulu e.marker org2 kaya jer yang pakai tapi tak tahulaa skrg.Rasenyer budak2 sekolah pon dah berangan nak beli e.marker.



Ni cth marker yang selalu org pakai jenama spyder.jenama Tippman pon selalu gak org pakai tapi aku tak jumper carik gambo.

Marker nie datang sekali ngan paint loader, barrel ngan remote tank.Paint loader nie tempat isi pallet( korang nak panggil peluru pon lantaklah), barrel nie muncung depan marker dan remote tank nie utk isi gas.Utk keselamatan, face mask tu paling penting dan paling paling penting.Kalo nak maen paintball takde facemask..kem salam jerlah..konfirm kene tibai ngan pakcik2 marshall tue.

Cara permainan, korang akan bahagikan team secara adil dan saksama.Dalam battle field, ade dua dead box.Sape2 yang kene tembak jgn mengada2 takmo masuk dalam dead box.Dah kene tembak terus masuk dead box.So org tahu oppenent tu dah mati..permainan nie kene jujur..kalo yang kene tembak bullet tak pecah takper..tapi..kalo kene tembak dan bullet pecah termasuklaa kalo terkena marker ker, loader ker, tank ker asalkan benda yang ada kat badan dikire mati dan kene masuk dalam dead box.Ade macam2 jenis permainan, yang paling popular capture the flag.Mision utama nak amek flag kat pihak lawan dan bawak balik ke tempat sendiri.Mision yang lain elimination..korang kene bunuh semua org dan akan dikire menang.

Dalam permainan paintball, unsur2 keselamatan dan disiplin patut dipatuhi ketika maen paintball nie.Jgn tekejut kalo korang sergah + marah+ jerit + kene tarik ngan marshall kalo buat salah dalam War zone.Antara kesalahan2 yang akan dimaki oleh mashall :-

1- kurek idung hingga membuka FaceMask
2- Berbual2 santai sambil mengacukan marker pada kawan dgn niat bergurau2 ganas
3- Tak dengar ckp marshall dan melwan ckp marshall
4- Dah kene tembak tapi tak ngaku..siap amik kaen kesat bekas pallet yang kene badan.
5- tembak oppenent dgn bayaknyer walaupun oppenant dah mengaku kene tembak.
6- tembak marshall
7- tembak member sendiri dgn penuh hasad dengki.
8- lompat bunker ala2 lompat tinggi dan lompat galah yang boleh membahayakan nyawa.
9- aksi akrobatik..tembak guna kaki atau maen baling2 marker kat member.
10 -tembak member dalam dead boxes dgn niat suka2 dan penuh hasad dengki

rasernyer tue jerlah utk mukaddimah pengenalan paintball pada newbies takpon pada yang baru nak jinak2 nak maen.Mungkin pasnie korang akan dengar word seperti Flag Hang,Over Shooting,Outbursts,Three-for-One,Two-for-One,One-for-One,Wiping,Paint Check,Re-hang dan macam2 lah..So selamat mencuba dan selamat beramal...

Hawa



"Hawa diciptakan daripada rusuk Adam bukan daripada kepalanya untuk dijunjung,bukan daripada kakinya untuk dijadikan alas tetapi daripada sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dekat dengan hatinya untuk dicintainya"

Thanks Ayu anak Kak Ani for the wonderful quote,ada yang cakap daripada hadis but i'm not sure which one.Takper..tahun depan ayu gi belajar kat syria bolehla kaji hadis yang mana..mana tahu terjumpa dgn Ustaz Azmil Mustafa..boleh tanyer2kan pasal hadis2 dgn lebih mendalam..

Btw mintak maap jugak pada qirat member sekuliah sebab guna awek dier sebagai model tak berbayar..takper qirat..kamera hang power..hang kata hang tererrr..kasik amik gambo lawa2 pass kat aku lagi laa..Bile lagi nak melangsung nie..gambar dah bayak amik dah nie..takkan takder plan kot..Makin lama ko tunggu ,harga barang makin lama makin mahal nie..nielaa gara-garanya harga minyak tak dikawal tapi pendapatan perkapita rakyat masih lagi tak naik2..So..ramailah bujang2 yang nak kahwin terpaksa hold dulu niat baik tue..

Tak payah buat majlis besar2 laa qirat..secara sederhana pon jadilah..Tapi nak buat majlis sederhana pon makan puluh ribu jugak..Gaji baru 2-3 ribu..Leh simpan 200 sebulan..epf, socso,incometax potong punyer potong dah jadi 2 ribu.Nak bayar duet keter 400 ( ni keter secondhand wira buruk), nak bayar ptpn dah 200..kang tak bayar dianyer bunga mengalahkan Along.sewa rumah + bil dah 200,tolak kasik mak bapak dah 200, bil handphone dah 100.kang tak call awek seminggu sekali dituduh curang..Kalo jenis awek yang nak bergayut tiap2 hari..mau botak kepala..duet makan..dulu sehari 10 hengget..skrg mane dapat bang..kurang2 sehari 20 hengget paling koman 15 hengget.kalo dah sebulan jadi 450.Duet minyak keter..satu hari 10 hengget..sebulan dah 300.Tu pon kalo jenis gi kerja balik kerja..kira punye kira tinggala balance 150 utk simpan duet kawen.Kalo majlis kawen 10 ribu..baper tahun nak kumpul tu??

Dah dapat kumpul 10 ribu..tu baru majlis makan..belum citer nak duet hantaran..ade ker skrg hantaran 3 ribu,5 ribu??paling kurang 7-8 ribu..mane nak cekau duet tue semua??

Tak ke pening kepala..akan nak berhutang dgn bank..bank pon cekik darah dgn interest..ohh luper..Masih ade lagi yang mempertahankan kesan minyak naik nie..Org malaysia takde yang tak cukup makan bak kata org tue lah..Kepala torak mu..Cakap mmg senang..pegi tanyer pakcik2 guard kat komuter tue..makcik2 cleaner kat opis tue..apa yang diorg makan setiap hari..Nak kate cukup makan..Mmgla cukup makan..tak dapat makan nasik..gi makan meggie..cukup makan jugak tue..yang gaji puluh2 ribu pun cukup makan yang gaji bawah seribu pon cukup makan.huhh..ckp pakai pungkok..ada otak kasik pakai laa..bak kate bapak aku ..kalo gaji 10 hengget..belanja mesti 10 atau bawah 10 hengget..kalo terbelanja 10 hengget sekupang..mana hang nak cari sekupang tue..samada hang curi atau hang pinjam..tapi kalo dah kes macam nie..barang semua dah naek.gaji tetep 10 hengget.hang pikirlaa baper ramai yang jadi pencuri dan penghutang..

Sebenarnya aku nak tulis pasal pompuan tapi melalut sampai sini..tiba2 rasa cam angin kus2 meresap dalam kepala otak dan ke tulang sum sum terus ke hujung2 jari..mcm laju pulak hari nie aku taip..aku rasa dah lari tajuk bebonar dah..tapi lantaklaa..samaada tukar tajuk atau tukar isi pada aku samajer..kalo yang paham hawa tu pasal pompuan pon betul, yang pikir hawa tu mcm hawa napsu pon betul..nak samakan aku ngan menteri tu pon lantaklaa..janji aku puas..

huhh..lega..

Tuesday, July 22, 2008

Tioman Trip..



Cehh..korang mmg sampai hati.Gambar kaki jer korang kasik aku tgk..kempunan aku nak tgk tioman..huh..Anyway..thanks to Husbi for sharing the photo walaupun dapat tgk kaki korang yang busuk tu..For those yang pergi..Kak pidah,EP,Husbi, Mas & Husband ( honeymoon korang yer) nanti buatlaa lagi trip lg..teringin nak tgk Redang Island camner bentuknyer..Adi ade forward package Pangkor Laut kan..amacam ade berani??

Mr. Yasser Osama

Mr. Yasser Osama has been appointed to be a Planning Manager effective immediately-APM Terminal Bahrain
Tue 07/22/2008 12:11 PM

التحق السيد ياسر بالعمل في الشركة منذ يوليو 1999 , بوظيفة محاسب ثم انتقل الى العمل كمنسق للعمليات و مخطط للبواخر في ميرسك مصر 2001 , و بعد تخرجه من برنامج مغنيت 2002 انتقل السيد ياسر الى شركه ا ية بي ام ترمنالز الاقليمية في ميناء بور سعيد منذ يونيو 2004 كمشرف للنوبه و مشارك في افتتاح الميناء و تدريب الموظفين , وقد تمت ترقيته ليصبح مدير النوبه في نوفمبر 2005 , وقد وصل السيد ياسر البحرين في يوليو 2007 للعمل كمدير النوبه , ويحمل السيد ياسر شهاده البكاريوس في التجارة ...

Please join me in congratulating Mr. Yasser Osama and wishing him the best of luck in his new assignment.Not forgotten to Mr Anas Salman Almuhaisen for the great contribution to the company.It's was honoured working with him and insyaallah we will meet you again in Jordan.See you then..

Monday, July 21, 2008

Think Outside The Box!!



Emirates goes paperless on new A380 in effort to save fuel costs
Jul 20, 2008

Emirates is to remove all seat-pocket paper - in-flight magazines, entertainment guides and shopping catalogues - when its giant new A380 aircraft go into service in 12 days.
Tim Clark, Emirates' president, quoted in the Sunday Times, said banning paper would lighten the aircraft by a tonne. "It's 2kg per seat, and 500 seats - a worthwhile saving," he said. "We are doing it because of fuel prices and because of the environment."
The printed matter will be replaced by content shown on the aircraft's seat-back television screens. The move is a timely piece of positive PR ahead of the A380's launch.
The newspaper said Emirates had also begun a project with Airbus to reduce the weight of the A380 by five tonnes by 2012.

This would allow the airline to use the plane on extra-long routes, such as nonstop from Dubai to Los Angeles and San Francisco on the US west coast.
Emirates will take delivery of its first A380 next week. The plane will make its first commercial flight to New York on August 1.
The clutter-cutting is part of a wider initiative to trim weight from all Emirates flights, but won't apply to all aircraft yet. An Emirates spokesman said paperless flights will be phased in as new (and retrofitted) aircraft join the fleet. The airline is also looking at build materials on fabrics, packaging, foot rests and f&b - copy from Middle East Business News & analysis from Dubai

The news maybe just a sample of a thousand way to beat oil price hike spark crisis in different kind point of view.It clearly showed the quality of solution and the way how they are thinking in different perspective.Ketenet tak tahu the exact defination of "Think Outside The Box" but it might be helpful if we go through what the differences between people who "think inside the box "and "think outside the box"

1 - Inside the box thinker -always accepting the status quo and hardly to recognize the quality of an idea.Kire macam kalo kerja kat syarikat yang penuh dgn oldies.Cubela kasik idea yang lain sikit confirm kene bedal. Idea and solution been a separate items which bring them a difficulty on valuing any idea and turn the idea into solution.They are skillful in killing idea.Byk ayat orang2 pikir dalam kotak nie.Cthnya 'That'll never worklah!!', 'It's too riskylah','Susahlaa..nanti makin byk kerja','Cakap senanglaa..', 'nanti mak aku marahlaa'- nie bukan..nie sebab lain dan mcm2lah.They also believe that every problem needs only one solution, therefore finding more than one possible solution is a waste of time.Kalo dalam meeting,ayat yang paling comand "Kita takde masa dgn penyelesaian2 yang creative dan tak konkrit dgn bukti, kita mesti selesaikan masalah nie dgn segera!!".Sometimes we don't realized we can be a "inside box thinker" when we stop giving an idea and think of something in different angle .MSK cth org pikir luar kotak..aku rasalaa..

2-Outside the box thinker - people who used to think differently, unconventionally, looking for a new perspective or the best word is smart thinker.To be a "outside the box thinker" required an openness to new way of seeing the world and willingness to explore a new thing.Must be able to listen to others idea, focusing on the value of finding new ideas and supporting and respecting people ideas.Haa..semua idea idea idea...Semua org patut think outside the box dlm mencari sesuatu penyelesaian .
Cuma yang dibolehkan utk tidak memikirkan luar kotak adalah kepada kucing ( bukan lelaki kucing)."Tomot..Don't you never ever think outside the box, dok dalam kotak tu diam2..!!"


MUHAMMAD UMAR RIFQI



This message dedicated to my loving couple friend Nurul & Farid..

“Ya anakku, cahaya mata,Lamalah bonda menanggung rawan,Siang malam mabuk bercinta,Sebagai bulan disapu awan.Hidung seperti ayahanda tuan,Bapak bagus anaknya rupawan,Menurut ibu muda dermawan,Biar pandai membawa kelakuan.Menurut bapa orang bangsawan,Jauh penyakit jauhlah sawan,Ibu piatu nasa berkawan,Mendapat putera lela gunawan.Sebagai penawar senibu cawan,Hikmat anakanda tiada tertawan,Masih kecil lela rupawan,Sudah menghilangkan hati yang rawan.”

Rifqi..made with love

Sunday, July 20, 2008

Sepi...



Maafkan jikaku tidak sempurna, ku tahu kau merasa sepi dan juga aku.Memang telah ditakdirkan kita hidup di suatu tempat yang berbeza.Namun aku di sini tetap mengingatimu.Menangisku tanpa air mata..merintihku tanpa ucapan.Perlukah aku tunjukkan semuanya..Kerana aku bukanlah laki-laki yang sempurna..yang ku tahu..kaulah cinta terakhir ku