Saturday, October 11, 2008

Sang panas!!!

Dalam jerit panas mentari mengketuharkan bumi..
tiada dingin angin..tiada sejuk hati..
Baju nipis hingga ke tulang..seluar terbakar.. butang melayang..
Gersang bumi ..gersang hati..gersang budi..tiada sayang

Kulit nipis..hidung mancung..konspirasi naga
tiga kepala tiada sepakat..tiada masa utk tenaga
berperang..bertumbuk dan juga berbahasa
Namun semuanya tiada guna jika akal tiada..
bukan kerana tiada otak ..cuma tidak berfikir di luar kotak..
bukan kerana tiada fikir.. cuma bersujud pada ego dan bongkak

Panas bumi..panas hati..panas diri..bediri di tingkap.
Aib bumi kau bukak..rahsia langit kau singkap..

Angin panas dari bukit.. dari gunung.. dari taman,
Petelingkahan alam..konflik diri..konflik otak..tiada persefahaman..
menyesal, pengampunan yang tiada kejanggalan..
Pura pura hujan..konon sesalan di hujung jalan,
gagap-gagap sang gagak..disangka pungguk rindukan bulan..
adaptasi yang gagal..yang lagi menggagalkan..

Deru angin yang bertiup buatku semakin panas..
Hujan yang basah buatku semakin panas..
sumbat aku ke dalam kotak..campakkan aku ke pasar lambak
kotak kotak..aku bukan mat ezam si kotak..
lambak lambak..aku tak ada "AP" melambak..

Panas bumi..panas hati..panas diri..bediri di tingkap.
Aib bumi kau bukak..rahsia langit kau singkap..

Aib bumi kau bukak..rahsia langit kau singkap..
Kau mahu jadikan penyebab..ternyata kau silap..

Panas2 ubi..panas lagi hati..xboleh tahan..

Thursday, October 9, 2008

Gantung atau Putus..

Buat masa nie blog akan digantung disebabkan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan..Bila keadaan kembali asal..penulisan blog akan diteruskan ataupun mungkin akan diputuskan..Yang tergantung akan tetap bergantung..namun putus tidakla diketahui..Namun putusnya bermula dgn gantung..walaupun gantung bukannya penyebab putus namun ianya bermula dgn gantung.Walaupun ayat yang tunggang terbalik..namun yang terbalik akan tetap terbalik..yang tunggang akan tetap tunggang.Jika diterbalikkan yang gantung tidaklah gantung..namun jika ditunggang yang putus..ianya tetap putus.

Salam syawal pada semua ketenetuddin dan juga ketenetriah yang sudi bersama..Pacal yang hina dina ini memohon maaf atas segala keterlanjuran kata..kebongekkan perbuatan..keketodtan fikiran..kebangangan pendapat..Namun yang pasti..aku sayang kamu semua..tata..

Sunday, October 5, 2008

Anugerah yang terhebat..

Hadiah cinta yang paling bermakna..Anugerah yang terhebat yang telah kau ciptakan..Cinta tak memberikan apa-apa kecuali untuk dirinya..Aku perjuangkan cinta diriku..mencari secalit kegembiran..Mencari kuntuman senyuman..Aku mencari cinta diriku..Demi kebahgiaan dan kedamaian..Aku sayangkan diriku lebih dari yang lain2..dan jika kau sayangi dan memahami diriku..aku akan meyintaimu lebih dari apa yang kau jangkakan..

Namun..noktah terakhir telah aku ungkapkan..Biarlah tuhan yang akan menentukan..

kisah cinta dari masa hadapan...Yang datang ke zaman aku memberikan cinta..Tentang hidup ..tentang harapan..tentang pengertian..Tidak akan difahami bagi mereka yang tidak mengalaminya..

Sekain..