Thursday, March 5, 2009

Jika kau kawan sejati..

Jika kau kawan sejati, kau akan mengerti ketika aku berkata "aku lupa"
Jika kau kawan sejati, kau akan menunggu ketika aku berkata "tunggu aku"
Jika kau kawan sejati, kau akan tetap disisi ketika aku berkata "tinggalkan aku"
Jika kau kawan sejati, kau akan tetap membuka pintu meskipun aku belum mengetuk dan berkata "bolehkah aku masuk"

Jika kau kawan sejati, kau takkan hanya melupakan aku namun kau akan cuba memaafkan aku
Jika kau kawan sejati, kau takkan hanya mendengar aku namun kau akan cuba mengerti aku
Jika kau kawan sejati, kau takkan hanya melihat aku namun kau akan cuba merasakan aku
Jika kau kawan sejati, kau takkan hanya melepaskanku namun kau akan cuba mempertahankan aku

Aku lebih rela melihat kau menangis tersedu2 dari mencucurkan air mata di dalam hati,
Air mata yang keluar di mata dapat ku tebus, namun jika kau menangis di hati pasti menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang.

Kawan yang membawamu ke dalam pelukannya dan menangis bersamamu… adalah kisah cinta agung yang tidak pernah kita sedari...


Monday, March 2, 2009

let the song speak to you..

( Hari ini entry jiwang karat tahap kentang putar sempena hari jiwang sedunia ke 18 puluh ratus )

Aku tak tahu apa yang terjadi pada aku malam nie..aku merasa jiwang tahap tertinggi sehingga aku sukar melelapkan mata mahupon deria ke 6 ku sendiri.(wink!! wink!!)Aku resah, aku gelisah, aku berfikir, aku kaget, aku banget dan tenget..Mungkin hari ini aku terasa jiwang selepas makan chicken wing masakan sendiri..apaqarhhhhhh!!!!

Sambil2 aku melayan dan berfikir ttg diri, aku cuba cari kesilapan2 yang telah aku lakukan dalam hubungan yang lepas.Mungkin kesilapan ini datangnya dari aku sendiri.Mungkin inilah ranting kehidupan yang aku pilih dan alhamdulillah aku gembira dengan pilihan ku sendiri tanpa rasa menyesal dan ragu.Aku sedar kelemahan dan kesilapan yang aku telah lakukan dan terbukti benar aku bukanlah seorng lelaki yang begitu sempurna.Namun aku bersyukur oleh kerana ketidaksempurnaan ini aku berpeluang mencari dan terus mencari erti kesempurnaan dari kaca mata seorang wanita.

Aku tidak begitu bijak dalam meluahkan rasa..izinkan aku biarkan lagu ini berbicara untukku kepadamu..(ceeewahhh..jiwang cam unta!!)