Rasanya sudah lama tidak menulis menggunakan hati..lakaran dan olahan kata tidak lagi gemersik, tiada lunak, tiada gubahan kata..dan terhasillah kalam yang kosong, tanpa pengisian dan tiada jiwanya..
Aku yakin benar..aku bukan penulis..seorang penulis akan kembali kepada ayatnya, perenggannya dan sentiasa menemukan sesuatu yang baru.Diperbaiki karyanya, dihalusi penyampaiannya,diperindahkan katanya,diperkukuhkan semangatnya dan ditajamkan ilmunya.Sehingga segalanya diyakini memuaskan barulah karyanya diterima sempuna.Namun, ianya hanyalah sempurna sementara kerana jika makin diteliti akan tetap ada kecacatannya.
(10 menet berlalu)
Ada batuan yang berat menghalang penulisan..ada kebingungan..mungkin aku perlu tidur..atau aku perlukan jawapan?
"jalan ini berputar..kembali ke permulaan..jawapan hanya soalan"
- Muhammad Hj Salleh -
- Muhammad Hj Salleh -