Meet me here!!
Saturday, September 20, 2008
lembut-lembut ubi..keras lagi gigi
1. Kalau perempuan tanya : Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi : Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
2. Kalau perempuan tanya : You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi : Jom pi makan. Lapar ni!
3. Kalau perempuan kata : Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi : Belikanlah untuk I.
4. Kalau perempuan kata : Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi : Tolong picit kepala.
5. Kalau perempuan kata : Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi : Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.
6. Kalau perempuan kata : Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi : I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
7. Kalau perempuan kata : I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla... Makna tersembunyi : Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je.
8. Kalau perempuan tanya : You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi : Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.
9. Kalau perempuan kata : I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi : Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
10.Kalau perempuan kata : I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi : Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.
Nie sapo punyer idea tah aku celok tanpa membayar ape2 komisen sebab blog aku bukan boleh kasik jadi kaya..lalalalala..
sekain
Hasil karya jagong yang sengal..
Hakim baca sms sepantas kilat. Terus call balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta. Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu.
Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan. Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'Racing BMX' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.
Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang'yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula lancer tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina"Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak Ropiah ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa Menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya.
Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja. Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab. Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia berdoa sungguh-sungguh.
Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan.Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini, (masa PERODUA cuti plant shutdown 2 minggu) keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.
Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Ina. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis. "Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam sendu. "hu...hu..." " Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi" "Hu..hu" Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina. Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on...tell me!!"
Suara Hakim kuat kali ini. Ina berenti menangis,
Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.
MMmm "Bang, Ina lapar, nak makan nasik . Duit gaji tak masuk lagi."
Nanti cukup 27hb Dis nie, Ina bayar blk ek? Tak pun bila Ina dapat Bonus baru bayar
Thursday, September 18, 2008
Cinta Ini Membunuhku
Kau membuat, ku tak karuan.
Kau membuat, ku tak berdaya.
Kau menolak ku, acuhkan diri ku.
[#:]
Bagaimana, caranya untuk,
Meruntuhkan, kerasnya hati mu.
Ku sadari, ku tak sempurna,
Ku tak seperti, yang kau inginkan.
[Reff:]
Kau hancurkan aku dengan sikap mu,
Tak sadarkah kau telah menyakiti ku.
Lelah hati ini meyakinkan mu,
Cinta ini, membunuh ku.
[#] ~~ [Reff]
[Interlude]
[Reff]
Woo… Hu~u… Haa…
Lelah hati ini meyakinkan mu,
Cinta ini, membunuh ku.
- Lagu best yang aku dengar hari2 -
Menolak lembut..
Kadang kala kita tersepit dalam mengungkapkan perkataan YA sedangkan kita bermaksudkan TIDAK..Terdapat pelbagai panduan , teknik, posisi atau apa2 jerlah utk mengungkapkan YA atau BOLEH namun sebenarnya ianya merupakan suatu penolakkan secara lembut seperti joget lembut di entri sebelumnya.Mari sama2 kita berkongsi ilmu jurus menolak lembut demi kesejahteraan dan kebahagian bersama
1) Boleh tapi tayunk kene tunggu sampai...
Ayat ini jelas menunjukkan kita tidak menolak sesuatu permintaan namun kita meletakkan satu lengahan masa dgn harapan si peminta akan terlupa dgn permintaannya.
Cth ayat :- Boleh yang..nanti abang belikan cincin emas putih tue yer..tapi ayang kene tunggu sampai abang jadi kaya dulu.Bila abang dah jadi kaya..bukan setakat emas putih, rumah kat australia pon abang boleh belikan utk ayang.
2) Boleh, tapi tayunk sure ker?
Ayat ini mmg smart sebab kita menimbulkan perasaan yang was was kepada si peminta dan dgn harapan peminta akan ragu2 dan tak meminta lagi
Cth ayat :- Boleh yang..abang pon mmg dah plan nak bawak ayang bercuti ke paris..tapi baru2 ni abang baca..skrg nie kapal terbang selalu terhempas sebab tak cukup minyak..walaupun minyak dah murah tapi diorg tetap jual mahal..sayang sure ker nak pegi?
3) Boleh, nanti abang confimkan balik yer..
Ayat nie kekuatannya pada perkataan "nanti".Nanti beerti kita belum lagi confirmkan sesuatu sehingga sesuatu yang lain berlaku dan dgn harapan peminta tak boleh salahkan kita kalau xjadi.
Cth ayat :- Boleh yang..nanti abang confirmkan balik dgn boss abang pasal cuti panjang tue yer..manelaa tahu tiba2 boss abang nak letak jawatan ker takpon tukar department ker.Tah2 abang dapat boss baru.
4) Boleh, jika tayunk dapat dulu...
Ayat nie seakan2 bersetuju dgn permintaan tapi dimasa yang sama meminta sesuatu pada si peminta.Dgn harapan si peminta akan berfikir 2,3 kali utk meneruskan permintaannya.
Cth ayat :- Boleh yang, kita beli perabot baru yer tapi lepas ayang dapat bonus selasa nie ..amacam..okay ker?
5) Boleh boleh boleh!!!
Persetujuan yang terlalu over akan menyebabkan si peminta tertanya2 adakah kita benar2 setuju secara ikhlas atau terpaksa.Biarkan si peminta tertanya2 dan insyaallah si peminta akan insaf dgn sendirinya.
Cth ayat :- Abang..ayang nak ..haaa boleh boleh boleh..aper ayang nak semuanyer boleh..hamekk semuaa..hamekk..mmg nie semua utk aygg..amekk..ehh nape tak hamekk..hameklah..
6)Boleh tapi byak perkara kita kene consider yunk.
Ayat tersebut bolehlaa dikatakan tanda persetujuan awal tapi di masa yang sama dibangkitkan perihal2 yang laen yang memungkinkan permintaan tersebut tidak sesuai
Cth ayat :- Boleh yang, kalo ayang nak kita balik kampung belah ayang tahun nie..abang tak kisah..tapi aper kate atuk abang..atuk dah beli mercun utk maen malam raya..anak2 jiran abang semuanya dah tunggu duet raya kita..abang xsampai hati nak hampakan diorg
7)Boleh kalo tayunk tolong abang..
Ayat ini sesuai digunakan utk meletakkan balik tanggungjawab pada si peminta
Cth ayat :- Boleh yang..abang tak kisah ayang nak suruh abang masak lomak cili padi ker, kari ker hatta gulai tempoyak sekalipon tapi ayang kenelaa tolong ajar abang masak dulu.
8)Boleh tapi tak taulaa abang boleh buat ker tak?
Ayat ni seolah2 kita tak kondifen terhadap sesuatu permintaan dan dgn harapan si peminta tak terlalu berharap kita utk melakukannya.
Cth ayat:- Boleh yang..rumput kat luar tu nanti abang tebas yer tapi abang tak kondifen laa sabit tu kat mane.Kalo jumper pon tak taulaa tajam lagi ker tidak..doktor pon dah pesan abang takleh menebas sebab takut penyakit ruam abang datang balik.
9)Boleh tapi tayunk minta tolong ngan diorang dulu yer..
ayat nie kirenya mcm ayat taici laa..Kita tak ckap kita tak mo buat tapi kita taicikan pada org laen dgn harapan org laen akan tolong buatkan
Cth ayat :- Boleh yang, tapi abang rasa si lah ngan jib tu lagi terer parut kelapa dari abang..cube ayang mintak tolong diorg parutkan kelapa lagipon diorg ade mesin parut.Abang cume ade kukur kelapa nie jer.
10)Boleh tapi mesti teruk..
Ayat nie menerangkan kesan negatif yang akan terjadi diatas perkara yang dimintanya dgn harapan si peminta tak sampai hati dan tidak memintanya lagi.
Cth ayat :- Boleh yang, kalo ayang nak jugak abang parut kelapa tue abang buat skrg tapi abang tak tahulaa dgn naseb abang lepas nie..mungkin tangan abang terparut sekali ker..mata parut tu tercabut kene kat bdn abang pastu sampai berlubang2 badan abang..cedera parah..tapi abang redha semuanya sbb abang lakukan utk ayang..
Selamat mencuba dan selamat beramal..
sekain..
Wednesday, September 17, 2008
Berjoget lembut di bulan puasa
Ianya memerlukan kurang tenaga tapi ia mengurangkan pahala puasa..lalalalla
Tuesday, September 16, 2008
Berkelahi dgn sang angin..
Di kala sore mula melabuh tirainya, aku duduk berteleku di ambang pintu menanti jawapan sang waktu..Aku dihimpit imbauan kenangan bersama teman yang menggamit denyutan nadi menemani deruan nafasku ..Umpama layar putih dilayarkan kisah gembira namun hanya aku yang menonton..gelak tawa ku keseorangan..tangis hiba ku bersendirian..namun aku pasrah kerana ternyata akulah yang membuat pilihan.
Mereka umpama jutaan sang bintang yang bertaburan di kayangan , walaupun jauh namun tetap berkelipan..bersinar di hati yang dirundung rawan..setia menemani dikala aku keseorangan..Namun di antara jutaan bintang..hanya satu yang paling menawan.Sungguh berbeza kilauannya..Amat sempurna sinarannya.. tak seperti bintang pada umumnya..dan andai dapat ku petik bintang di langit, maka akan ku pilihlah ia ..ternyata amatlah indah utk ku jadikannya kerongsang azimat penyeri cahaya..
Namun sang angin berbicara..Sedarkah kau sedang memburu apa?? kau sedang memburu mentari dan kau takkan mampu menggapainya..kau hanya mampu memandangnya dan kau tak sesakali layak utk bermimpi tentangnya..adakah kau lupa.bukankah mentari itu juga sifatnya bintang? Dimana pula taat setiamu pada sang bulan??
Sang angin..kenapa kau persoalkan taat setiaku pada sang bulan??Apa yang kau tahu tentang kesetiaan??Adakah kau setia pada sang lautan atau kau setia pada sang daratan??.Mengapa kau bertiup dari lautan ke daratan di siang hari dan menukar tiupanmu di waktu malam.??Dimana setiamu pada sang lautan? dan mana setiamu pada sang daratan??Tidak kah kau sedar..Aku hanya suka kepada bintang dan aku amat cinta pada sang bulan..Kau harus tahu..bulan itu hanya satu..dan tidak akan ada duanya di satu masa..kenapa perlu disamakan antara suka dgn cinta..Bukankah pengertian maknanya cukup berbeza??
PRakkk!!!..aku menghentak meja lalu menoleh ke kiri ke kanan..Aku berkelahi ttg bulan dan bintang..Namun aku sedar..aku masih lagi sendirian..
Berpuitis dan berpujangga bukan hendakku..
ianya lahir dari hati ..mengalir ke pembuluh darah dan terzahir dgn kalimah..adakah aku mengidap SINESTESIA???
Nota Kaki yg Busuk
Deria individu (rasa, penglihatan, pendengaran, sentuhan dan bau) bercampur aduk antara satu sama lain dan digambarkan sebagai deria yang berkecamuk.Menurut pakar neurologi, sinestesia bukan setakat menjadikan manusia agak puitis tentang kehidupan mereka tetapi dari segi sains, otak mereka sebenarnya didawaikan secara berlainan.Individu dengan keadaan ini mempunyai tekstur yang berbeza.
Sekain..
Monday, September 15, 2008
Baek Boss!!!
Baju kotak2 tu boss lama aku..skrg dah jadi boss kepada boss aku skrg nieh..yang pakai baju merah tu Gay PTP..kalo berminat taleponlah..kah kah kah
Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi
aturkan segalanya.
Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan
outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...
Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,
jadi mari kita habiskan masa bersama-sama....
Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu,
jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...
Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde
kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...
Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa
bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...
Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah
membatalkan outstation tu...
Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama
untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..
Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.
Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene
pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.
Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi
uruskan semuanya..
Woakakaka....penat den nak tulih lagi nie.... hahahaha
Sunday, September 14, 2008
Surat Aku Kepada Kau - versi aku
Walaupun aku perungkai kata,
Namun aku juga punya rasa,
Mencuba memahami takdir hidup sang suria
Yang membakar diri menerangi semesta
Ini bukan cerita dongeng dari aku,
kisah yang nyata dan pedoman buat semua.
ada perkara yang boleh dijadikan seloka
Namun tidak yang melibat kesengsaraan manusia..
aku bukanlah kiyai atau perawi,
Jauh sekali pejuang pertiwi
Namun..
Aku bukannya buta utk menilai hakikat insani
Aku bukannya tuli utk mendengar rintihan hati nurani
Aku bukannya bebal utk memahami keresahan hati
Aku bukannya lumpuh utk mengerti kebebasan diri
hanyalah bayang-bayang menjadi teman bicara..
Mencoret lembaran kekosongan sebuah jiwa..
berdukalah aku dari tanah hingga ke langit..
Mencari makna hati yang tidak dapat dimengerti..
Kalam puitis pertama dalam hidupku utk mereka...
Moga perjalanan hidup kalian belum lagi sampai ke noktahnya..
sekain..
Sang Jesper..
Amir,
As I see it you have 932 Dinars coming your way, pls have a look at the previous mail and revert.