Thursday, April 23, 2009

My Murtaugh list

Pernahkah disuatu ketika kita merasa diri kita terlalu tua untuk melakukan sesuatu perkara? atau mungkin perkara yang selalu dilakukan itu sampai di satu tahap dimana kita merasa malu dan segan untuk melakukannya lagi sedangkan perkara itu adalah merupakan salah satu rutin kegemaran.Mungkin dengan mempunyai Murtaugh list ianya mungkin membantu

Apa itu Murtaugh list?Murtaugh list adalah antara senarai perkara2 yang dirasakan kita terlalu tua untuk melakukannya lagi dan terpulang kepada diri sendiri untuk menetapkan tarikhnya.

Cthnya..aku menetapkan Murtaugh list aku ini berkuat kuasa sewaktu umurku 30 tahun...hmmm..tukar2..berkuat kuasa umur 40 tahun..hmm..nanti aku konfirmkan lain kali..

1- Aku sudah terlalu tua untuk membuat aksi2 merbahaya ketika menunggang motosikal termasuklah aksi willi ketika di trafic light, merempit di jalan karak, menepuk montot moto seperti menunggang kuda dan mengetuk kepala penunggang laen dengan menggunakan botol

2- Aku sudah terlalu tua untuk overnight dengan berpeleseran di pusat2 snuker, karaoke jamban dan dudok bertenggek di stesen minyak 24 jam

3- Aku sudah terlalu tua untuk bermaen Daytona di tingkat atas shopping complek..tidakkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
4- Aku sudah terlalu tua untuk bermata keranjang..lalalalalal..maen bola keranjang ok
5- Aku sudah terlalu tua untuk menyimpan bulu yang panjang..rambut ogehhh!!!!

6- Aku sudah terlalu tua untuk membuat toyol ketika di dalam peperiksaan

7- Aku sudah terlalu tua untuk tido di opis dan menggunakan harta pejabat seperti harta sendiri
8- Aku sudah terlalu tua untuk mencokek pinggang dan tempat2 sensitif rerakan ketika mengambil gambar beramai2

9- Dan sesungguhnya aku sudah terlalu tua untuk si gadis ini..

Kak Mun!! harap dapat jumpa lagi kat pantai cenang.karipap kak mun sedap!! ( please jgn salah ertikan kata2 aku ini..please!!!)


psssst..korang takder murtaugh list ker?miahahah

Wednesday, April 22, 2009

Life flash before your eyes....

Sambil2 kita duduk sambil melayan rutin harian kita sehari2, pernahkah kita terfikir ttg diri kita dlam version yang lain? Ya maksud aku diri kita yang bukan yang ada sekarang.Tidak semua orang berjaya menjadi watak yang mereka inginkan sejak di bangku sekolah mahupon remaja.Mungkin apa yang kita ada sekarang berlainan ape yang kita inginkan.Mungkin kerjaya yang kita ada sekarang jauh berbeza dari ape yang dicita2kan.Mungkin juga ada beberapa sifat dan kebolehan yang tidak ada pada diri kita yang kita terlalu inginkan, walaupun kita sudah berusaha namun ternyata ada benteng dan sempadan yang membatasi kita untuk mencapainya.Bagaimana pula dengan cinta?

Setiap orang menginginkan sesuatu, setiap orang juga mengimpikan sesuatu.kadangkala kita inginkan sesuatu yang sukar namun kita tidak pernah gunakan apa yang kita ada sebaik2nya.
Kadangkala kita hanyut dengan impian namun peluang yang ada di depan mata tidak penah kita peduli.Bak rangkap dalam filem joan of arc "You didn't see what was, you saw what you wanted to see".Kita hanya impikan sesuatu yang indah namun sebenarnya kita tidak tahu apa2 dan pastinya realitinya cukup jauh berbeza.

Ataupun, the worst part.. sebenarnya kita sendiri tidak pasti apa yang kita mahu..adakah kita keliru..atau kita terlalu takut dan untuk membuat keputusan untuk diri sendiri?

Pernahkah kita terperangkap di dalam lif atau terperangkap dimana2 yang boleh mengancam nyawa?cubalah..nescaya pada masa itu kita kan tahu..ape yang sebenarnya yang kita mahu...
selamat mencuba...

Monday, April 20, 2009

Dubai Old Souq

Kalo nak buat kisah pengalaman, aku dah lupe dah..tapi seingat aku, pagi yang pertama tu lepas sarapan aku ngan abang zaini tahan teksi ( mula2 plan nak jalan kaki..miahaha) terus ke dubai old souq yang berhampiran dengan waterbus staion dan Dubai Museum.Kat sini tempat org beli kaen tahap makcik2 bedah nak buat baju kenduri, nak beli syawl yang ala2 hanis nurhaliza ( kah kah kah kah) dan nak beli semua bende lah..tak geti aku nak describe.Meh tgk gambar

Ini adalah pintu yang tak berapa pintu..

bayangkan hanis dengan kasut nie berjalan di Danga bay..gempak seh..

Unta yang telah diawet menggunakan teknik penapisan 2 peringkat

Yunk..tolong sulamkan beg i mcm nie..konfirm i dapat extra cuti ( cuti mental xstabil)

Captain luffy ngan negro putih yang telah siap diawet

Kedai kaen makcik bedah

Den tangkap bayak gamba kasut sebab ade org suka kasut..miahaha

Next entry..gamba gambi di Waterbus station..dah aku nak tido..zasssss

Sunday, April 19, 2009

Apabila pantai mula menyanyi


Ketika randek itu berdetik ,
Hanya nafiri jiwa yang sesak merangu.
Hanya nafas2 kasar berhembus..
Menghitung sisa2 waktu..mengira rerintik kalbu

Sungguh..
Deras kakiku menghambat masa
Deras mindaku melawan jiwa..

Maka yang pasti..
Apabila pantai itu mula menyanyi
Apabila nyiur itu sudah berbisik
Berpesailah pasir pesaka sang empunya
Menjejak si Ratna meratifisir segalanya..

Aku masih terbayang pantai itu menyanyi...
Get ready galuh, hanis, ninie, walinong sari ...pasir itu kan kita jejak nanti