Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Amir


Kengkawan...raya dah nak dekat..puasa pon dah nak habis..tiket pon dah takde..kueh raya ada yang dah makan..lagu raya ade yang tgh download..kad raya masih belum hantar..baju raya ada yang tgh jahit..kasut raya masih belum beli..songkok masih pakai yang lama..kerja pon dah takde mood..otak dah pikir kampong..kaki dah pikir nak melencong..hati dah pada org tersayang..perasaan dah melayang layang..

walaupunpaper pon yang terjadi..raya tetap lagi beberapa hari..yang tak balik raya..raya tetap raya..yang baju raya tak sempat..raya tetap raya..makan tetap makan..puasa tetap tak boleh masa raya pertama..putaran masa takkan pusing kebelakang..pergilah ke Canada..walaupun 8 jam kebelaknag..kita tetap menuju raya..

oleh yang demikian..bila raya tiba..org akan mula memohon maaf..walaupun maaf patut dilakukan setiap hari,org ttp nak tunggu raya.walupun kampong sekangkang cucu kera..baru pikir nak balik raya..walaupun duet gaji berlebih setiap bulan..nak kasik mak bapak mesti tunggu raya..yang tak pernah datang rumah jiran,mesti nak datang masa raya..yang tak pernah semayang pon..tetap nak semayang raya..

Yang baek dan buruk semuanya ada..setiap insan di bumi pasti pernah melaluinya..yang pahit, tawar manis semua pernah dirasa..inilah hidup sebagai manusia..yang tak pernah lari mengejar dunia namun akhirat jua tempat persemadiannya..

Maka..dengan rasa rendah diri dan penuh kekesalan, hamba yang pacal yang mulia tiadalah hina ini memohon ampun dan maaf atas segala keterlajuran kata dan perbuatan secara sedar atau tiada sedar yang mungkin menyinggung perasaan dan mengundang sayugia di hati kalian.Hamba memohon maaf yang tidak terhingga jika ada terkasar bahasa, kelancangan bicara kerana hanya setitik tinta yang tidak direstui bisa meranapkan sebuah perhubungan.

Selamat menyambut Hari raya Eid fitr & maaf zahir dan batin

sekain..