Saturday, November 15, 2008

Kama Asmara



Khalid Faesal & Nurul Nadiya

Tepat Jam 3 bersamaan 10 Zulkaedah 1429H, walimatulurus rakan sedorm aku selamat diadakan dengan meriah di Rad Restoran Seri melayu.Semoga kalian sentiasa berbahagia dan berkama selamanya.. Ada sesuatu utk kalian

Cinta itu tidak akan mendengarkan
Cinta itu tidak akan membutakan
Cintu itu tidak akan menjanjikan
Cinta itu tidak akan menyelesakan
Cinta itu tidak akan mensucikan
Cinta itu tidak akan mencantikkan
Cinta itu tidak akan menyiksakan
Cinta itu tidak akan mengucapkan dengan perkataan
Cinta itu tidak akan hadir kerana permintaan

Jika kama asmara milik kalian
Berpencak, berlejang dan bersendi lah..
Pengembaraan lagenda kamu baru bermula..Berjuanglah!!!




Friday, November 14, 2008

Tag by Puan Galuh

I have tagged you:- share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog. War Begin~

1) Aku kuat makan
- Memang secara izhar halki yang aku mmg kuat makan.Ko hidangla ape2 makanan pon aku akan makan dengan tenang dan penuh tamokdinnah.Tolak batu ngan kayu jer aku tak makan..tapi air batu campur ngan kulit kayu manis aku tetap makan.

2) Aku takut anjing
- Aku penah lari kat tengah2 bandar pontian sebab kene kejar anjing.tak sempat aku nak baca ayat tabbat yada aku kene kejar sungguh2.Sampai skrg aku ade segan2 ubi ngan minatang nie.Cukuplah aku menanggung aib.( korang bayangkan seornag lelaki yang bertubuh gempal + memakai sluar pendek mcm apek tgh berlari bersungguh2 di tgh bandar dan ditontoni oleh semua rakyat jelata.malu giler kentang!!!!!!!)

3) Aku paling tak geti maen tenis ngan pingpong
- Semua jenis permainan aku dah maen tapi kalo ajak aku maen tenis nan pingpong confirm aku surender awal2.Salah satu sebab..aku tak pandai nak control pukul bola.Aku penah belajar maen tenis masa aku kat sekolah tinggi segamat.Setiap kali aku pukul bola mesti terkeluar dari jaring yang tinggi tue.Camner tah.Kalo maen pingpong mesti bola tak pernah kene meja.huhh..

4) Aku tak pandai mengurat pompuan
- Nie kelemahan yang ketara yang aku cuba belajar dari abah aku tapi tidak berjaya.hehhe..Aku ade satu sindrom bila nak mengurat pompuan mesti aku akan rasa gementar2 cicak takpon mesti otak aku blank tak tahu nak cakap aper.Aku akan buat2 cool tapi kalo org yang perasan, tgk aku ala2 kelam kabut dan perangai sengal aku akan datang secara tiba2..Tapi bile dah "ON", aku tiba2 jadi gaban yang berani dan dot dot dot...lalala

5) Aku giler kerja
- Aku boleh dok opis seminggu tak balik2 pon boleh.Aku penah dok opis sebulan siap tido opis dan berukun bertangga di opis sepanjang hari.Aku suka buat benda yang org tak pikir nak buat.Harap habitat aku yang buruk nie akan berubah bila aku kawen.Insyaalah..Family first!!!

6) Aku suka benda manis, aku tak suke benda keras
- Aku gile makan benda manis.Tak kirelaa aper2 pon asalkan manis gerenti aku makan dgn lahapnyer.Akibatnyer, gula dalam darah aku dah jejak 6.3 dah.Doktor dah pesan kalo 7 dah jadi diabetis.So aku kene control makan benda manis mulai sekrg.( sapew nak jaga haku nie..makkkk..den nak kawenn!!).Aku tak suka makan benda keras.So kalo ade benda2 keras, tolong kunyahkan pastu kasik aku makan yer..

7) Aku suka kampung dan Pulau
- Jiwa aku jiwa org kampung.Tak kisahlaa nk cakap aku kampung ker aper ker..tapi aku suka duduk kat kampung.Aku teringin nak duduk di kampung yang benar2 kampung.Ade sungai blakang rumah, ade sawah padi, jalan2 kat batas padi..ade kerbau, lembu, itik, hutan, gunung ganang, pokok bunga, kebun sayur dan semualah.Teringin sangat2.Aku gak berangan nak beli tanah kat pulau.Nak buat rumah kat tepi pantai sebagai rumah persinggahan.Weekend nak balik rumah persingahan,rilex, dengar deruan ombak, bau laut, wangi pasir, mandi manda kat pantai..indahnyer..Aku tak suke dok bandar..aku lemas!!!!

itu sajelah yang aku teringat di kala aku mamai2 unta nie..Sape yang aku nak tag pasnie..jeng jeng jeng

1) Ninie
2) Hanis
3) Luffy
4) Galuh( bleh tag lagi tak..lala)
5) Eija
6) Saudara mountweller
7) Makcik Melayu angkat

hihihihi..lalalal..tag jgn tak tag..

Sekain..

Wednesday, November 12, 2008

Ceritera Bulu kepala..

Chopot chopot bebulu roma,
Bulu yang menchoreng mendiam di kepala,
Tanglung rambu cherabah bak katanya,
Semua sudah tiada..

Ku choket sedikit bulu jadikan chitra
Bulu yang menchoang terchokeng kata si chencala
Bulu yang lebat mcm si chulia..
Semua sudah tiada..

Aku terchokoh bagaikan dichucha,
Kenangan bulu kepala terchoban di sukma,
Akhirnya sudah terchutel semuanya.
Semua sudah tiada..

Bulu kepala dichurek bukannyer secotet
Habis ditarah hilanglah si choret..
muka dah macam si chomek..namun telinga tidak lagi dicongek ..

Namun asal janji ibu,abah,kakak,dia dan boss gembira!!!!

Rujukan bahasa :- Kamus Dewan 1970

Tuesday, November 11, 2008

Menulis itu resah yang bahagia



Melingsirnya matahari maka genaplah 5 hari aku tidak menulis.Ada suara2 yang berdenchang bertanya..namun aku ternyata terdemut dgn segala urusan.Tapi pasti suatu hari bila idea yang bekelun di otak tidak dizahirkan dengan canangan kata, aku pasti menulis lagi.Ramai yang berkata, menulis itu suatu anugerah namun bagi aku, dengan menulis aku menyingkapkan diri.Dengan menulis aku mencanangkan peribadi. Dengan menulis aku menuturkan kata-kata yang tak mampu aku luahkan..

Sambil aku melimpang di katil bujang, bergebar dan berpelukan bantal..Mengerudongi jiwa dgn karya terbaru Ramlee Awang musyhid, tiba-tiba aku teringat petikan ayat dari saudara Muhammad Hj salleh dari puisinya "sesekali aku"

Jalan ini berputar, kembali kepada permulaan, jawapan hanya soalan..

Aku kembali ke permulaan, memulakan langkah dari tapak yang pertama.Bertatih dan bertuntun menuju ke destinasi impian.bukan berotopet dan berpedal dgn bantuan roda.Aku memilih utk kembali ke titik asal.Membenihkan perasaan yang baru, bertunaskan cinta diriku kepadanya.Akan aku usahakan semampunya seperti mana yang telah aku lakukan dulu.Tiada yang kurang, semuanya lebih.Tiada yang hilang, semuanya terang.Insyaallah..doaku..agar cintaku yang tidak putus bersuara mengiringi perjalanan kita ini mendapat berkat dari keluarga dan langit..

Sayang,.izinkan aku mengejar bayang-bayang mu agar kau dapat meliputiku dgn keteduhan cintamu.Izinkan lah..

Sengaja aku menggunakan perkataan lama agar kita sedar betapa kayanya bahasa.