Thursday, July 24, 2008

Hikayat Panji Semirang



Mungkin ramai yang tercari-cari Hikayat Panji Semirang nie di kedai-kedai buku mahupun di perpustakaan.Ada juga yang sanggup ke DBP utk mendapatkan buku hikayat ni tapi ternyata sukar.Bagaimana aku tahu??..sebab aku adalah salah seorang yang buat perkara yang sama untuk mendapatkan buku nie tapi ternyata gagal..

Pendahuluan dan ringkasan cerita..

Mengikut empunya cerita, kisah hikayat Panji Semirang dipercayai telah ditulis pada tahun jawa 1760 = 1832 M kira-kira sewaktu Pemerintahan Majapahit sekitar tahun 1293-1520.Hikayat ini telah mengalami evolusi dgn beberapa versi dan versi yang diselenggarakan oleh Noriah Mohamed adalah versi yang diterbitkan oleh Pustaka Antara pada tahun 1961.Hikayat Panji Semirang kepopularannya terletak pada tema cintanya dan terjemahan moral oleh penulis dalam setiap bait2 ayat yang disusun indah berlandaskan kiasan dan ibarat.

Mukaddimah Hikayat Panji Semirang mengisahkan kerajaan Ratu doha yang mempunyai dua org putri yang bernama Tuan Puteri Galuh Cendera Kirana dan Galuh Anjeng.Tuan Puteri Galuh Cendera Kirana adalah anak daripada permaisuri dan Galuh anjeng daripada gundik.Dikisahkan kejelitaan Galuh Cendera Kirana yang digambarkan amat elok paras rupanya hingga dimartabatkan dalam penulisan dgn penuh keindahan.

"rupanya sangat gilang-gemilang, tiada dapat dikatakan lagi, hidungnya seperti
dasun tunggal, matanya sebagai bintang timur, bulu matanya lentik, jari tangannya seperti dun landak, betisnya seperti perut padi, tumitnya seperti telun burung, pipinya seperti pauh dilayang, alisnya seperti bentuk taji, bibirnya sepenti limau seulas. Sukar akan menceritakan lebih panjang kerana tiada suatu pun yang boleh dicela."

Galuh Anjeng pula dikisahkan pula sebagai satu watak yang amat pendengki orangnya dan Galuh Cendera Kirana menjadi mangsa kerana sifatnya yang amat tercela.Permulaan kisah lebih banyak menyentuh bagaimana Galuh Cendera Kirana dikhianati dan kisah kesedihan dirungkap dgn penuh emosi dengan turutan kisah bagaimana ibu kandungnya diracuni, diseksa oleh ibu tirinya dan membiarkan rambutnya dipotong oleh ayahandanya sendiri kerana enggan menyerahkan boneka emas pemberian Raden Inu.Hikayat ini juga disulami juga dengan bait2 dialog yang diterjemahkan dgn penuh emosi.

“Tiadalah aku hendak memberikan itu, biarlah aku dibunuh baginda, relalah aku akan mati dan tinggal dengan ibuku di dalam kubur, kerana tiadalah aku tahan lagi hidup sendiri di dalam dunia dengan tersia-sia,ibuku telah hilang, kepada siapa aku mengadukan hal kesukaanku lagi,
lebih baik dibunuh mati.”

"Tiadakah ayahanda belas kasihan melihat akan anakanda? Permaisuri sudah mati dan
hamba pun sudah menjadi piatu, lebih baik ayahanda bunuh sekali, relalah hamba ini. Meski hidup pun akan menjadi sengsara juga selama-lamanya, apakah gunanya?”

Hikayat Panji Semirang ini diteruskan dgn kisah nekad Galuh Cendera Kirana melarikan diri dari kerajaan Daha dan menyamar sebagai seorang lelaki dengan watak
Panji Semirang Asmanantaka dan menjadi pahlawan yang terbilang hingga berjaya menawan beberapa kerajaan.Kisah perjalanan hidup Panji Semirang Asmanantaka digarap dgn penuh kiasan dan kemuncak cerita bagaimana tunangannya Paduka Liku dari kerajaan Kuripan menjejak tunangannya demi meraih cinta yang hilang.Pelbagai cabaran dan pengalaman yang ditempuh diceritakan dgn aturan penulisan yang tersusun dan pelbagai watak disorotkan dlm mewarnai kisah cinta yang trajis dan penuh debaran.


Adakah Paduka liku berjaya menjejaki tunangannya??...dapatkanlah yang original di pasaran..ahaks..

kepada sesiapa yang berminat..aku ada salinan scan yang dibukukan dalam bentuk PDF.Kalo nak email gue: alirico012@gmail.com

Sekain..

4 comments:

Anonymous said...

Galuh anjeng (pelik no nama... cam hanjing pun ader) harhar... aku awal2 dah minta.... ko tak kasi pun... hampeh.... :P

ebob said...

aku nak salinan dlm bentuk manuskrip lama leh kerr? ataupon dlm mentok tulisan sanskrit...baru terasa mcm aku berada di zaman dahulu kala...

pico pico pong pong...

melayuangkat said...

Salam Mogen AR,

Kalau tak silap Mak Cik dulu pun ada Wayang Melayu Panji Semerang. Lakonan Saadiah, Aziz Jaafar, M Amin, jalan cerita yang menarik.

Mogen Ali Rico said...

ya betul..100 markah utk makcik..Filem Panji Semerang nie pada 1961 oleh pengarah Omar Rojik..Pelakon utama Saadiah dan Aziz Jaafar..Masa tu saya lom lahir lagi sampai skrg tak pernah tgk citer die.Mesti besh..best cam beskal..harap2 kuar kat tv..