Pakaian pada saat mendirikan solat kedua2 hari raya disunnahkan memakai pakaian yang paling bagus.
Makan
a. Sebelum berangkat solat Aidilfitri disunnahkan makan terlebih dahulu, jika terdapat beberapa butir kurma, jika tidak ada maka makanan apa saja.
b. Sebaliknya pada Aidiladha, disunahkan tidak makan terlebih dahulu sampai selesai solat Aidiladha.
Mendengungkan takbir
a. Pada hari raya Aidilfitri, takbir didengungkan sejak keluar dari rumah menuju ke tempat solat dan sesampainya di tempat solat terus dilanjutkan takbir didengungkan sampai solat dimulai.
b. Pada hari raya Aidiladha, takbir boleh didengungkan sejak Shubuh hari Arafah (9 Dzul Hijjah ) hingga akhir hari tasyriq ( 13 Dzulhijjah ).
Jalan yang dilalui Disunnahkan membedakan jalan yang dilalui waktu berangkat solat hari raya dengan jalan yang dilalui di waktu pulang dari solat ‘ied ( yakni waktu berangkat melalui satu jalan, sedang waktu pulang melalui jalan yang lain ).
Bila terlambat mengetahui tibanya hari raya Apabila datangnya berita tibanya hari raya sudah tengah hari atau petang hari, maka hari itu diwajibkan berbuka sedang pelaksanaan solat hari raya dilakukan pada hari esoknya.
Yang menghadiri solat ‘ied
Solat ‘ied disunnahkan untuk dihadiri oleh orang dewasa, baik lelaki maupun wanita, baik wanita yang suci dari haid maupun wanita yang sedang haid dan juga kanak-kanak baik laki-laki maupun wanita. Wanita yang sedang haid tidak ikut solat, tetapi hadir untuk mendengarkan khutbah ‘ied.
Tempat solat ‘ied
Solat ‘ied lebih afdhal (utama) diadakan di mushalla iaitu suatu padang yang di sediakan untuk solat ‘ied, kecuali ada uzur hujan maka solat diadakan di masjid. Mengadakan solat ‘ied di masjid pada hal tidak ada hujan sementara lapangan (padang ) tersedia, maka ini kurang afdhal karena menyelisihi amalan Rasulullah (S.A.W.). yang selalu mengadakan solat ‘ied di mushalla (padang tempat solat ), kecuali sekali dua kali beliau mengadakan di masjid karena hujan.
Cara solat ‘ied
solat ‘ied dua rakaat, tanpa azan dan iqamah dan tanpa solat sunnah sebelumnya dan sesudahnya.
Hari Raya Fitri (lafaz niat) :
Usolli Sunnatal Li'Idil Fitri Rak'ataini Makmuuman Lillaahi Ta'ala. Allah Akbar.
"Sahaja aku Solat Sunat Hari Raya Idil Fitri dua rakaat (makmum) kerana Allah Ta'ala."
Hari Raya Adha (lafaz niat) :
Usolli Sunnatal Li'iidil Adhaa Rak'ataini Makmuuman Lillaahi Ta'ala. Allahu Akbar.
"Sahaja aku Solat Sunat Hari Raya Adha dua rakaat (makmum) kerana Allah Ta'ala."
Pada rakaat pertama setelah takbiratul ihraam sebelum membaca Al-Fatihah, ditambah 7 kali takbir. Sedang pada raka’at yang kedua sebelum membaca Al-Fatihah dengan takbir lima kali.
Sebelum membaca Al-Fatihah iaitu selepas membaca doa Iftitah bertakbirlah 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat kedua.
Di antara Takbir ke Takbir hendaklah kita membaca tasbihnya iaitu:
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah , Tiada Tuhan yang lain, melainkan Allah dan Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung"
Rakaat pertama dan kedua baca Al-Fatihah.Surah dibaca oleh imam.
Setelah membaca Fatihah pada rakaat pertama di sunnahkan membaca surah (sabihisma rabbikal a’la/surat ke 87 ) atau surat iqtarabatissa’ah / surat ke 54 ). Dan setelah membaca Al-Fatihah pada raka’at yang kedua disunnahkan membaca surat (Hal Ataka Haditsul Ghaasyiyah/surat ke 88 ) atau membaca surat (Qaaf walqur’anul majid/surat ke 50 ).
Setelah selesai solat, imam berdiri menghadap makmum dan berkhutbah memberi nasihat-nasihat dan wasiat-wasiat, atau perintah-perintah penting.
Khutbah hari raya ini boleh diadakan khusus untuk laki-laki kemudian khusus untuk wanita.
Khutbah hari raya ini tidak diselingi duduk.
Waktu solat
Solat ‘ied diadakan setelah matahari naik, tetapi sebelum masuk waktu solat Dhuha.
Hari raya jatuh pada hari Jum’at. Bila hari raya jatuh pada hari Jum’at, maka solat Jum’at menjadi sunnah, boleh diadakan dan boleh tidak, tetapi untuk pemuka umat atau imam masjid jami’ sebaiknya tetap mengadakan solat Jum’at.
Selamat Beramal
Meet me here!!
Monday, September 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Alhamdulillah. Mohon berkongsi ilmu ye :) Syukran~!
Salam....
kepada siapa yang nak order homemade choc saya...sila la klik kat link ini.....
http://usop-spark.blogspot.com/
and kalau nak berkongsi cerita pon boleh la comment kat blog saya tuh....
salam ukhuwwah..
-Mohd Yusof
Post a Comment