Wednesday, December 28, 2011

borak

"xkeje hari ni dik" kata mamat tukang repair kete sambil menyetat kereta
"cuti"aku jawab pendek.mak aku dah pesan jgn bebual sgt dgn org xkenal
"skrg musim hujan,aku smlm memancing sekor ikat pon xdpt" mamat tu start bukak cite ajak borak
"ikan skrg sombong betul,bukan takat nk makan,gesel2 pon xnak"
aku bantai senyum nipis.nak nyampuk takut mak aku marah.
"ikan ni kalo nk tau.pot pet pot pet"

**************
"abg memancing kat mane?"tanye aku pendek
"kat selat inggeris" kata mamat repair kete sambil tersenyum puas

cilaka!

Monday, December 26, 2011

Siapapun… Siapapun…!

Dengan berat, akhirnya aku terpaksa pergi
dalam sepi aku menatap langit bagai kertas kertas ujian
dalam hiba aku mengira rerintik hujan
kenapa kau membisu?
Kau takut semuanya kembali ke permulaan?

Aku, ya aku
Aku yang memilih berpelampung di gelombang laut bergelora
melihat susunan ombak besar bakal menghempas pantai
gelombang samudera yang terus menderu,menggoncang setiap pertimbangan
ini janji semesta
namun aku engkar
cuba mengetuk pintu itu sambil berdebar menunggu jawapan
ternyata aku tak sedar
aku hanyalah serangga

(dah dah..makin mengarut dah nie..tulis panjang2 pon bukan boleh bawak kemana pon)

















Thursday, December 8, 2011

aku ini bukannya makhluk asing

aku ini bukannya makhluk asing
berkepala besar punya kapal angkasa
aku ini bukannya dari jupiter sama sepertimu makhluk dibumi
kita ini tiada bezanya o o ohh..o o ohh..
tiada bezanya..











Tuesday, December 6, 2011

All the same



Go ahead and tell me you'll leave again
You'll just come back running
Holding your scarred heart in hand
It's all the same

And I'll take you for who you are
If you take me for everything
And do it all over again
It's all the same

Monday, December 5, 2011

Hari ini sahaja yang ada



Apabila terjaga di pagi hari, jangan terlalu mengharapkan bertemu senja.
Mengharungi hidup seharian terlalu menyesakkan namun hanya itulah yang kau ada.
Biarkan semalam berlalu dgn kejahatan dan kebaikan, sedangkan hari esok belum tentu tiba
Kitaran hidup dihitung harian, jika aku dilahirkan hari ini ,mungkin juga aku dikebumikan hari ini juga.

Uruskanlah masa yang ada dengan sebaik baiknya.Mohonlah keampunan yang maha esa
Hiduplah hari ini dgn ceria dan tawa,lupakan apa yang berlaku di waktu sebelumnya
Bayangkan hari ini sahaja yang kau ada dan hari ini kau merasa gembira,berbaloikah rasa sedih semalam kau meratap hiba?

Semalam telah lama kutinggalkan, esok belum pasti ada, hanya hari ini sahaja yang ada..





Sunday, December 4, 2011

Forgive, forget and let go


We may not know how to forgive, and we may not want to forget; but the very fact was once you forgive someone you love,you value your relationship more than yourself


Aku tak menyangka
Begini akhirnya
Cerita indah kita
Bersama

sukar tuk percaya
Tergamaknya aku
Menghembus kata itu
Padamu

Namun engkau tahu
Semua itu bukanlah untukku

Sejujurnya aku tahu apa berlaku
Dibelakangku selama ini
Ku pejamkan mata

Tapi sampai bila
Aku kan membisu untuk mu
Namun engkau tahu
Ku tetap menyayangimu
Selamanya…

Saturday, December 3, 2011

Where Are All the Good Men and Women?


"I don't get it.. I'm attractive, smart, sensitive, accomplished. Why doesn't he or she flip for me? Why can't I find love?" How many times have you beat your fists on the pillow asking yourself this question?

Every single and divorced people, young and old are asking themselves as they brush their teeth in the morning, as they shave or put on makeup, as they touch up the grey in their hair, or even when they touched themselves to 'Live a little' =)

"Where are all the good men? Where are all the good women?""where are they?"


Read more
How to Make Anyone Fall in Love with you by Leil Lowndes
Anyone interested, bites me for PDF copy at alirico012[@]gmail[dot]com

You always hurt the one you love

Terrible or beautiful voice may gives more comfort than a thousand kisses in love.



You always hurt the one you love,
The one you shouldn't hurt at all.
You always take the sweetest rose,
And crush it till the petals fall.

You always break the kindest heart,
With a hasty word you can't recall.
So, if I broke your heart last night,
It's because I love you most of all.

Friday, December 2, 2011

Saja [K] - Saja [K] Suci


Setiap detik masa yang dilalui dengan derap langkah merongkah semesta adalah seperti rentetan sajak sajak suci yang menunggu untuk dibaca


Tuesday, October 18, 2011

Uri


  • Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)
  • Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
  • Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing
  • Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku dan sebagainya adalah amalan khurafat.

1) Gali lubang - kalau gali dgn tgn kiri. kanak2 itu kelak mungkin menulis pun dgn tangan kiri
2) Masukkan periuk temuni kedalam lubang dan dikambus
3) Bacakan Alfatihah sekali, surah Al-Ikhlas,Al-Nas,Al-Falaq disambung dgn

"La ilaha illALLAH wahdahu la syarikalahu lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumitu wa huwa `ala kulli sya`in qodiir.La hawla wala quwata illah billah hil 'Aliyil 'Azim"

4) Angkat kaki kanan letakkan tapaknya separuh sahaja diatas tanah tembuni itu lalu berpesan umpamanya nama anak itu ali

- hendakla engkau taat perintah allah dan rasulnya
- taatkan perintah ibu bapa, saudara2 yang tua
- belajar bersungguh2. mudah mudahan mendapat pangkat yang tinggi
- ya allah ya tuhanku, jauhkan anakku ini daripada segala penyakit
- terangkan hatinya dlm menuntut ilmu

Dan lain lain doa yg dihajatkan

5) tekankan tapak kaki dgn perlahan2 sambil menunjukkan jari, membeliakkan mata kepada periuk temuni.

Mewariskan hal terdahulu kepada generasi baru,selagi ianya tidak menidakkan dan menyekutukan Allah,tiada salahnya bukan?

Sunday, October 16, 2011

puing puing

Masa berlalu begitu pantas..seperti puing puing angin meniup layar bahtera maka terdamparlah mereka di pulau impian..dan akhirnya lahirlah satu jiwa..hehe..

Xpaham sudah..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, August 24, 2011

Maka Genaplah 500 tahun kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka


Mahmud Syah memerintah Malaka sampai tahun 1511, saat ibu kota kerajaan tersebut diserang pasukan Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque. Serangan dimulai pada 10 Ogos1511 dan berhasil direbut pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Syah melarikan diri ke Bintan dan mendirikan ibukota baru di sana. Pada tahun 1526 Portugis membumihanguskan Bintan, dan Sultan kemudian melarikan diri ke Kampar, tempat dia wafat dua tahun kemudian. Putranya Muzaffar Syah kemudian menjadi sultan Perak, sedangkan putranya yang lain Alauddin Riayat Syah II mendirikan kerajaan baru yaitu Johor.

Kesultanan Melaka ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihakPortugis pada tahun 1511.

Source :- Wikipedia

Monday, August 22, 2011

Ucapan Selamat hari raya!!!

Sedar tak sedar sunguh 3G ramadan tahun ini, puasa pon dah tinggal berape hari.tapi mcm biasa hari2 last nie mmmg terasa EDGE sikit.kadang2 sampai ke tahap GPRS..tapi takpe janji kita sentiasa kawal diri dari roaming2 dosa.

Mana2 yang dah bluetooth duit raya dlm bank, boleh la start pegi hotspot utk beli persiapan raya,kalo agak2 budget kurang, belanja ala2 infrared pon boleh.tapi yang ade budget lebih , boleh belanja ala2 USB 2.0. kalo yang dah bersuami isteri, pandai2lah sharing wifi. nak harapkan suami jer topup prepaid pon susah juga.

Sempena bulan yang mulia nie,dengan face dan smile detection saya menyusun dual touch jari memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran SMS, terkasar voicemail dan tersilap MMS.Kadang2 ade yang tertouch screen tu mintak halal lah..itu semua tak sengaja.Diharap agar coverage kebahagian akan sentiasa menemani kalian di mana sahaja lokasi GPS anda berada

Akhir kata, saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun

"Anak kuda panjat pokok kelapa, Selamat Hari Raya!!"

Thursday, August 18, 2011

cahaya di atas bangunan

Walau setinggi manapun bangunan yg kau bina,jgn kau lupa tapak tanah milik penciptanya
Published with Blogger-droid v1.7.4

mcm penah kulihat

Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, August 17, 2011

Nenek Dan Beca

Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari."

Tuesday, August 16, 2011

teh

Kadang kadang dgn teh segelas dpt mengeratkan dunia.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, August 13, 2011

keistimewaan aidil

KEISTIMEWAAN AIDIL

1. Melawaskan sistem penghadaman
2. Mengawal bentuk badan
3. Mencerdaskan minda
4. Merangsang kecantikan kulit
5. Melancarkan peredaran darah
6. Mengatasi kulit bermasalah
7. Membantu meningkatkan kesihatan
8. Menenangkan fikiran & menghilangkan keletihan
9. Menyembuhkan luka-luka luaran dan dalaman
10. Sangat baik untuk ibu hamil
11. Sangat baik untuk ibu-ibu selepas bersalin
12. Sesuai untuk orang yang mengalami gastrik / asma / batuk
13. Sesuai untuk ibu yang mengandung
14. Alahan teruk waktu mengandung

sila dapatkan aidil dipasaran.
update :- Di atas sebab2 tertentu, produk aidil tak boleh lagi didapati di pasaran terbuka hanya di pasaran gelap saja..kah kah kah

Friday, August 12, 2011

ikan

Ada seseorang yang pergi ke pantai untuk memancing ikan dengan membawa

peralatan pancing. Menurut pengalamannya, dengan peralatan yang ia bawa itu

hanya akan mendapatkan ikan-ikan kecil. Tetapi pada saat itu ia terkejut kerana

mendapatkan ikan yang besar

Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, August 11, 2011

terjebak

Haishhh
Published with Blogger-droid v1.7.4

baaaabyyyyyyyyyyyy

A baby was born that was so advanced that he could talk. He looked around the delivery room and saw the doctor.

“Are you my doctor?”, he asked.

“Yes, I am.”

The baby said, “Thank you for taking such good care of me during birth.”

He looked at his mother and asked, “Are you my mother?”

“Yes, I am,” she said.

“Thank you for taking such good care of me before I was born,” he said.

He then looked at his father and asked, “Are you my father?”

“Yes, I am,” his father answered.

The baby motioned him closer, then poked him repeatedly on the forehead with his index finger and said, “Hurts, doesn’t it?”


Tuesday, August 9, 2011

Di celah gua

Disebalik celahan gua itu..tersimpan mutiara sakti bersimpuh padu berkilauan merah impian dewa arjuna merak angkasa.

Dah tu jerk
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, August 8, 2011

kurma versi DIY

Langkah langkah membuat kurma versi DIY

1)petik kurma dari pokok kurma
2)asingkan kurma dari tangkai
3)basuh kurma bersih bersih
4)jemur Di tempat panas sampai beliau kecut
5)hidangkan Di atas meja makan

Selamat mencuba
Published with Blogger-droid v1.7.4

8/8/2008 - 8/8/2011

12:18 PM Galuh: hepp
samekom
me: wslm
Galuh: saye add awk tadi
em
me: yupe
Galuh: saye nak tanye ni
me: sape nie yer
aah
Galuh: buleh ker buleh?
hmm?
me: ape yang buleh
12:19 PM Galuh: sy nak pdf yg awk simpan tu..
kisah sayer..
Galuh Cendra Kirana
me: haaaaa
Galuh: boleh?
me: boleh
Galuh: ker....boleh jugak?
yeyeyeyeyeyy
me: errr
Galuh: awk comel!
me: jab2
12:20 PM Galuh: hah?
napew jew..
me: saya konpius nih
Galuh: napew
me: err
so awak nak hikayat panji semirang
Galuh: yer
me: oo
ok2
hehehhee
Galuh: hikayat panji semirang tu..
bole ker?
hehehehehe
hehehehe
me: buleh jerrr
tapi tak sangka
ade jugak yang minat
12:21 PM Galuh: nape tidak...
me: awak org no dua yang minat..
hehehehe
Galuh: hehehe
awk ni umo baper ek
me: baru darjah 6 kak
Galuh: hah?
tipuu
me: hehehehe
12:22 PM alaa ada apa dgn umur
hehehe
name sape tadi
cik azzah
cik zahrah
12:23 PM Galuh: yer...yer...
12:24 PM me: ok..
file pdf nie agak besar
saya tak boleh nak attachken dlm email
so saya dah upload kat internet
tapi cume available dalam masa 7 hari
12:25 PM Galuh: ok...
me: saya upload 6 august ari tu
Galuh: maknenye sy kene print lah nti yer?
takper takper pakcik...
sy xkisah
me: pakcik????
apaqarhhhh!!
ok..
ni link die
just download
12:26 PM pastu nanti bile dah abis download
die akan mintak password
guna password "open17" utk bukak file nie
Galuh: ok
tq yer...
12:27 PM me: no prob
camne awak tahu email saya nih
12:28 PM Galuh: er saye bukak blog awk tadi, pakcik
me: errr..ooo..
ooo
12:29 PM errrr..
oklah..i have to go..nak gi semayang jumaat
selamat membaca
n

Sunday, August 7, 2011

malu

Bak pepatah melayu
Sesak alam tempat diam,tak berbumi tempat tegak

- maknanya sgt pemalu hingga xdpt sembunyikan diri
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, August 5, 2011

menipu

Menyembunyikan sesuatu perkara yg benar kadangkala bererti kita menipu

Dan dibulan yg mulia ini kita dilarang menipu

Jadi,saya ingin mengaku bahawa saya adalah jejaka yg berbadan gempal dan berisi namun sedikit comel

Huh..akhirnya rahsia saya telah terbongkar
Published with Blogger-droid v1.7.4

salah hukum

Di lurah air yg besar, di bukit pula org yg hanyut
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, August 4, 2011

tunjuk

Ya Allah ya tuhanku..tunjukkanlah kami jalan yg lurus
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, July 31, 2011

Selamat Hari Puasa!!

Selamat hari puasa
Kepada saudari serta saudara
Setahun sebulan saja
Merayakan bulan puasa yang mulia

( 2 )
Di masa bulan tak Ramadan
Kita makan hingga berbulan-bulan
Pabila ramadan menjelma
berpuasa disambut dengan gembira

( korus )
Miskin kaya memakan nasik warna-warni
Siap belanja sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat perut kita di hari puasa ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari puasa
Mintak mak buah kurma
Saya mahu makan kerna bukak puasa

( ulang 1 & 2 )

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari puasa
Hari untuk kita beribadat saja
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Selamat hari puasaaaaaaa..

Saturday, July 30, 2011

xmengerti

Dapat hamper ramadan dari company.tgk lagi jauh mcm menyelerakan

Tapi ape jadahnye dpt natang ni dkt 6 kotak..ape midus operandi semua niiii
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, July 29, 2011

microwave

Kadang2 hidup ini umpama microwave,hanya diguna untuk memanaskan benda yg sejuk

Itu je yg aku tau.apa gile aku nk mengerti hati dan perasaan sebuah microwave!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, July 28, 2011

sifat

Pagi td bgn lambat,sambil otw nk pegi mandi,singgah jab timbang2 badan

Nah!!!! Turun 5 kilo

Tgahari td aku mkn besar

Kesimpulannya: mmg sifat manusia suka lupa diri

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, July 26, 2011

interview dgn kapal

Penemuramah:hi encik kapal.terima kasih kerana sudi utk ditemuramah.boleh en kapal ceritakan serba sedikit tth latarbelakang en kapal?

En kapal: ..............

Penemuramah:en kapal..en kapal!!

En kapal:...............

Penemurah: en kapal ni pekak ke?xnampak ke saya tgh menemuramah en kapal ni?

En kapal:...............

Penemuramah: sudahlaa..sombong cam hitler..xsedar diri tu kapal,kerek cam komunis..dahla gemok mcm mcd..aku taula aku ni kontena je

Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, July 24, 2011

terbang rendah

Org kata kalo kapal terbang terbang rendah maknanye driver kapal terbang terbang rendah sbb dgn terbang rendah kapal terbang tu baru boleh mendarat

Kadang kadang driver tu suruh pakai tali pinggang dan xkasi org pegi tandas

Apa kaitannye pon aku xtau

Published with Blogger-droid v1.7.4

bulat kecik bulat kecik bulatlah besar

Words of wisdom:
The most vulnerable area for goalkeeper is between theirs leg
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, July 23, 2011

xpatriotik

Mlm nie org sibuk tgk bola malaysia vs singapore

Tapi aku sibuk tgk renang berirama kt tv

Mungkin aku kurang patriotik tapi mungkin lebih erotik
Published with Blogger-droid v1.7.4

ibu jari lelaki

Org kate utk laki2 xbaek tunjukkan ibu jari kaki

Tapi aku xkisah sgt perihal org2 kata nie

Lainla kalo mak aku kata..tu dah kira mcm wahyu
Published with Blogger-droid v1.7.4

akibat

Akibat selalu guna, pink pon betukar merah2 kusam
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, July 22, 2011

tahukah anda bahawa 90% percubaan utk menguruskan bdn xberjaya krn memilih jln yg salah!

Habis program pemakanan seimbang aku hari ni..terlebih gizi la pulak..nampak gaya aku kene naik tangga je kalo nk masuk opis esok

Opis aku tingkat 1
Published with Blogger-droid v1.7.4

cantik

Abg..cantik tak?
Cantik.cantik lukisan tu..
abg jahat!
Published with Blogger-droid v1.7.4

berotopet kebumi ketika gersang di bulan

Hasil karya ketenet yg bosan pulang ke pangkal rahim
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, February 6, 2011

Burung Senja


Burung burung senja yang kekal menyepi..
membisu dalam kegelapan, suaranya tenggelam..

ungu jingga...ada rahsia diantara rahsia

Isyarat


Di sisi seribu kebetulan dan hal-hal remeh yang mengisyaratkan..itu isyarat tuhan!!
lihatlah ke tapak kakimu..ada apa?? untuk siapa?


Cahaya


Jiwa adam..umpama rimba yang gelap..pepohonnya melintang tanpa arah..namum dedaunnya tetap berjalan mencari cahaya

Saturday, February 5, 2011

Sunyi


bagai gunung gunung setia..terhibur dengan gerakan sang mentari..terleka dengan tari sang angin..ahh...bukankah sunyi itu indah?

Sunday, January 30, 2011

Mendara perwara


Galuh Cendra Kirana(kiri) , Galuh Ratna Hani (kanan)
Tengku Raden Galuh Awi Kasuma ( tengah)

Beta rindu sungguh sama kalian!
KAH KAH KAH

Onja suruh. tanggapana penglipur; saben dina katon parandene onang uga..

Ada nama bakal suami di ibu jari wanita?


Wallhu a'lamu bis-sauiab wa ilaihil­marji'u wal-ma 'ab

Friday, January 28, 2011

Sumpah Demang Lebar Daun


Titah baginda, "Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas."

Maka sembah Demang Lebar Daun, "Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya."

Itulah dianugerahkan Allah subhanahu wa taala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib kepada segala hamba Melayu, jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikat dan tiada digantung, difadihatkan dengan kata-kata yang keji hingga sampai pada hukum mati, dibunuhnya. Jikalau ada seorang raja-raja Melayu itu memberi aib seseorang hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa
- Sulalatus Salatin Bab 2 Bersumpah Berteguh Janji

Wednesday, January 26, 2011

Kenapa lelaki perlu boroi?


"Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan keatas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang “slim” dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian"


Kah kah kah .beruntunglah isteri saya..kah kah kah kah

Tuesday, January 25, 2011

Sampah Masyarakat


You are always a valuable, worthwhile human being -- not because anybody says so, not because you're successful, not because you make a lot of money -- but because you decide to believe it and for no other reason.

So..Why don't you love yourself,..love your family more..do treat people good, work smart and earn some money, spend your quality time with family and buy fake or real jewelry for your wife? fair enough!!

Friend...Let's together make the world a better place to live in!
It's quite complicated.. but not complicated enough RITE!! :D

Muafakat