Monday, June 29, 2009

Keseorangan dan kesunyian


Semua org pernah merasai hidup keseorangan.Ada pelbagai kemungkinan yang memungkinkan perasaan ini melandai jiwa ( ayat poyo) seperti kawan baek sakit ker, so tak dapat nak ajak ngeteh, atau keluarga pergi umrah ker so dok umah bosan sorang2, atau kadangkala kita rasa keseorangan apabila kita ditinggalkan oleh kawan2 yang sememangnya rapat namun mereka pergi meninggalkan kita cthnya diorg gi camping kat taman negara tapi tak ajak ker atau mereka sudah meninggal dunia..erkkk

walauapapun alasan, semua harus paham apa itu perasaan keseorangan yang sementara mahupon perasaan keseorangan sepanjang masa.

kenapa kita berasa keseorangan?
Ada pelbagai sebab mengapa kita akan merasa keseorangan cthnya

1- kita selalu dibuli maka secara tidak langsung kita akan menyendiri dan merasa keseoarnagn
2- Selalu berpindah randah seperti org nomad dan apabila berada di tempat baru, proses penyesuaian utk enviroment yang baru memungkinkan perasaan keseoarnagn itu muncul secara tidak sedar
3- Tidak dapat join aktiviti2 oleh rakan2 baek disebabkan faktor masa, kerja, duet mahupon xde cuti
4- keluarga yang bermasalah memungkinkan anak2 merasa rendah diri dan merasa keseorangan
5- Berasa kesorangan kerana sakit cthnya terkena selsema bab1 maka dikuaratin di dalam kebuk wasap
6-Perasaan terhadap diri sendiri yang terlalu rendah diri memungkinkan tidak suka bergaul dan akan merasa keseoarangan

Apa yang perlu dilakukan utk menghindarkan perasaan keseorangan?

1- belajar utk menambah kawan2 seperti kawan di opis, opis sebelah mahupon opis member2 yang laen
2- melakukan aktiviti2 yang baru seperti menangkap burung di taman burung, mengejar anjing jiran, belajar menjahit pakaian dalam sendiri ataupon melibatkan diri dengan aktiviti2 kumpulan seperti aktiviti kumpulan black metal, dikir barat mahupon memasuki akademi fantasia
3- Selalu menulis surat kepada kawan2 ataupon menghantar karya2 kepada surat khabar ataupon dengan mempromote blog sendiri di dalam iklan tv dengan menghantar message berbayar di ruang chat astro ria
4- Selalu berchatting dengan rakan atau pergi mencari kawan2 lama di facebook dengan menaip name penuh kawan mahupon kekasih lama..hik hik hik
5- Selalu mendownload citer2 terbaru di laman torrent dan burn dalam cd dan jual kepada org ramai
6- Selalu berbual dengan kaunselor, boss, pak guard mahupon salesgirl yang comel yang selalunyer di kedai perfume wanita
7- Jika selalu merasa rendah diri ketika bersama kawan2..sila pakai high heel dan akan membuatkan kakimu lebih cantek..lalalla
8- belajar skill2 terbaru seperti menari dangdut gerudi, membawa beskal dengan melepaskan tangan dan menasihati rakan2 tentang bahayanya makanan meggie.
9-Jika berada dalam keadaan sakit dan telah dikuarantin, cuba jangkiti penyakit itu dengan rakan2 terdekat supaya ade member di dalam kebuk wasap
10- Jika berpindah di tempat yang baru, sila paksa rakan2 yang lain turut sama berpindah.Jika terpaksa, gunakan teknik2 ugutan yang berbaur ganas agar mereka akan berpindah sekali dengan anda

Setiap manusia yang dilahirkan adalah istimewa dan unik. Di atas keistimewaan dan keunikan inilah jika dipertembungkan diantara satu sama lain akan menghasilkan sesuatu yang lebih menyoronokkan dan bermakna.Lihatlah disekeliling kita, jika kita melihat ada yang keseorangan cubalah rapati mereka agar perasaan kesunyian mereka dapat dikurangkan.Percayalah..suatu hari nanti..pasti kita akan keseorangan juga..

4 comments:

Dils said...

Apa yang perlu dilakukan utk menghindarkan perasaan keseorangan?

Selalu menulis belog dan mengkomen and berbalas komen.

Hahaha.

M.K is Tun Mamat said...

ko kena kuarantin ke..

Fariza said...

hahaha...very gud point...owh saya suka point no4- apa yang perlu buat untuk menghindarkan keseorangan..ahe...
if rasa busan, pegi la bersosial!!
cheers beb...!!

Galuh Cendra Kirana said...

ader lagik... bila kesunyian kiter mendaki gunung ledang dgn xpdc group yg tidak dikenali. untung2 mase sesat dapat berkenalan dengan tuan puteri...kihkihkih