Monday, July 28, 2008

Maafkan aku liza..




Isteriku Liza... "Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta. Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur. "Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PAAAAANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam.
Kenapa emaknya buat dia macam tu???

"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.... ...Dan Usin tersengih keseorangan. Sekain

Moral: Berhati-hati ketika mimpi basah..lalalla


Diciplak dari majalah UJANG.......

6 comments:

ebob said...

aaaaaaaahahahahhaaaaaaaa!!!
ko berjaya menawan ati aku mogennnn!!!mana ko tau aku suker baca Ujang niiihhh??ko masokkan lak dlm Post ko niihhh...adoiii..

aku suker!!!aku sukerr!!!aku dh rasa mcm nk print jer post ko yg nih...dlm manyak2 post ko, yg ni lah yg paling menambat ati akuuu krn ianya berunsurkan majalah UJANG...

AAAAHAHAHAHHAHAHAAAAA...tlgggglaaaa...pusat aku dh nk terkuar dh niiii....ko jadik bopren aku jer lah mogennn...hari2 aku sudah pastinyer gumbiraaaa...

Aaaaahahahahahaaaaaa..

Mogen Ali Rico said...

har har harrrunnnnnnnnnnnnn..ko mmg bijak ebob..ko mmg bijak..i likee..hahahahahahhahahahahahahahahahahahhaah..nak gelak guling2 sampai bawah katil..hahahahahahahahahahahah..ko mmg bijakk..camner ko boleh bijak sangat niee...tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk..omakkkkkkkkkkkkk..kawenkan aku ngan ebob..hahahahhahaahahah

ebob said...

aaaaahahahahahahaa!!!
omak kata.."KAWENLAAA!KAWENLAA!klu ko nak kena bambu ngn akuuu!!anak cik piah blkg umh tu saper nak jwbbbb??suker2 ati ko mintak kawen lain lakkkkkk!!"

aaahaahahahahahaaa!!

hanis said...

bersandiwara semasa lak dak 2 org nih.... hampess sunggoh....

neway...

jawapannye adalah... si usin tu lom kawen lagi lah.... dia sudah mimpi basah tuuuuuuuuuu.... harharhar...

Mogen Ali Rico said...

har har harrrrr.....ko pon bijak nisss..ko pon nak kawen ngan aku kerr..tidakkkkk..lalalalala..aku nak pengsan gelak byak2 nie..aku nak sambung tidur lagi..zzzzzzz

nur said...

kl tangkak 4 jam??
lembap nak mampus bwk keta