Sunday, October 26, 2008

Perubahan bermula dengan pilihan

Di ketika kita berada dalam kebingungan ubi!!

Ada harinya kita berharap kita dapat disiplinkan diri dan dapat mengubah semuanya..Ada harinya kita berharap kita dapat membaca sebuah buku yang dapat membuka fikiran utk ilmu yang baru dan beramal dengannya.Ada harinya kita amat berharap untuk dapat memulakan atau mencuba aktiviti yang baru dalam hidup.Ada harinya juga kita merancang utk memulakan apa sahaja yang dapat mengubah cara hidup kita.Kita sebenarnya boleh lakukannya skrg juga..atau mungkin minggu depan..atau bulan depan atau tahun depan..semua terpulang kepada kita utk menentukan masanya..

Atau kita juga boleh utk tidak melakukan apa2..Kita boleh berpura2 daripada melakukan sesuatu.Jika ada perkara dalam mengubah diri yang dirasakan tidak selesa, kita boleh kekal menjadi diri sendiri.Kita boleh memilih rehat daripada bekerja..kita boleh berhibur daripada belajar..kita boleh berangan2 daripada berhadapan dgn kenyataan..kita boleh menjadi tak berguna dikalangan org yang berguna..kita boleh bergantung dan menjadi parasit demi mengharapkan usaha org laen..Semua pilihan terletak pada kita utk memilih..Namun tetapi..segala keputusan adalah bergantung pada pilihan kita.Cara yang sama akan menghasilkan keputusan yang sama.Jika inginkan sesuatu yang berbeza..bersiap sedialah utk berubah..Kita mempunyai abiliti dan bertanggungjawab dalam memilih pilihan yang terbaik bermula dengan hari ini.

Kita tidak boleh membiarkan kesilapan kita dalam membuat keputusan berulang lagi dan menuju kita ke laluan yang salah.Kita mesti melihat kembali ke belakang dan membuat sesuatu perubahan yang besar dalam menentukan masa hadapan yang berbeza.Kita perlu membuat pilihan yang tepat yang dapat membuatkan kehidupan kita lebih gembira dan bermakna.Jika aku layak.. aku nak tawarkan sedikit nasehat kepada sesiapa sahaja yang inginkan perubahan dalam kehidupan..

" If you don't like how thing are, change it!!!
We have ability ..We are respondbility to ourself and..
it all begins with our very own power of choice!! "

sekain....
( khas kepada Hanis..Qaseh..Galuh..Snow..Captain dan semualah )

10 comments:

mountdweller said...

Sdr. mogen,

Nampanya anda sedang memburu diri anda sendiri... bertenang dan renunglah jauh ke sanubari akan berjumpa intipatinya.

Mogen Ali Rico said...

salam mountweller..
Mmg tak dapat lari dari tuan..Tuan bijak melihat sesuatu yang tersirat.

Monkey D Luffy said...

payah... hidup ini memang penuh dgn pilihan

Qaseh.Darwisy said...

Sebagai insan biasa aku memilih untuk mencari kebahagiaan yang kekal..Kebahagiaan yang dapat aku bawa kemana sahaja..Kebahagiaan aku yg dapat membahagiakan org lain..

Aku sedang merubah..Thanks.

Daddy Cool said...

Mogen...

Ekau kalau domam boleh jumpo daddy...

Galuh Cendra Kirana said...

Cik Mog,
Matlamat sayer sekarang hanyalah ingin membahagiakan dirinya.. Sayer yakin dengan memberi kebahagiaan terhadap si dia dan mencintai kehidupannya, kehidupan sayer akan diselimuti berganda-ganda kebahagiaan, lebih dari yang sayer impikan...InsyaAllah...

arryani said...

Setiap apa yang ingin diperoleh itu perlu dibayar. Tidak kira dengan pengorbanan, usaha, keringat atau wang ringgit.

Salam ziarah.

Mogen Ali Rico said...

captain..
yaa setuju!!!,semua pilihan di tangan anda..

ninie..
kebahagian adalah milik bersama.bukan milik persorangan..aku doakan ko dapat mencari sesuatu yang membahagiakan dan ko dapat membahagiakannyer..jia yio!!!!

daddy cool..
terasa cool jer bro..lom tahap deman2 tomato..kalo den demam..den roger2..

cik ker puan galuh?
lalala..citer pasal matlamat nanti buat post pasal matlamat nak?.nak ker nak??lalala..

sama2 merancang dan bersama2 menuju matlamat itu..insyaallah..limpahan kebahagiaan yang diimpikan akan datang dgn sendirinya..percayalah

aryani..
Jika pengorbanan, usaha, keringat atau wang ringgit dianggap sebagai bayaran..saya sedang melakukannya skrg utk memperolehinya.

Galuh Cendra Kirana said...

Call me Puan...(again)...Puan Please Cik Mog..(sambil menyanyi2 kecil dan memetik bunga di taman..nananana)

nur said...

selamat ari raya bro..
penat gila pnjat tangga B.C..