Tuesday, November 4, 2008

5 sikap..5 peel..5 cara (mungkin lebih) - Wanita

SImple but meaningful ( thanks DAD!!)

1) Liberal
- U kerja , I kerja..U makan dgn kawan2 U..I makan ngan kawan2 I..kita jumper kat rumah waktu malam jer yer..U dgn life U..I dgn life I but we still can together rite?

2) High maintenance
- I cantik U kaya..kalau U nak I..U kene maintain laa kecantikan I..boleh? Ape??U tak mampu? It's ok i can find another person..

3) Queen control
- I Gaji besar U gaji kecik..U ikut jer ckp I..U kawen ngan I duet no problem punyer tapi mesti U ikut ckp I taw.U jgn susah2 nak manage..Biar I yang manage.
OR
- Gaji I gaji I.Gaji U gaji I. U nak buat aper2 mesti bg tau I.

4) Sharing
- U kerja kuat2 , I tetap kerja tapi biasa2 jer utk tolong U sikit2..tapi I ttp balik on time taw..I balik masak, kemas rumah, basuh baju but baby terpaksa kita hire maid/babysitter untuk jaga..takperkan?? tapi i janji akan make sure bile U balik semuanya dah tersedia utk U.

5) Housewife
- U kerja , I dok rumah jerr..I masak, kemas rumah, basuh baju, jaga anak semualah..nanti U balik semunya dah tersedia utk U. U just concentrate kerja cari duet utk sara keluarga kita yer

Guys - Which one you like?
Gurls - Which one are you?

Daripada Abu Hurairah ra.katanya :
Pernah ditanya kepada Rasullullah SAW katanya: Siapakah wanita terbaik?
Sabdanya, ialah wanita yang menyenangkan kamu bila dipandang dan patuh bila disuruh dan sentiasa bersedia mengikut kehendakmu dengan diri dan hartanya ( riwayat Nasa'I dan Baihaqi)

Huraian,
Dalam hadis ini , Rasullullah SAW ditanya siapakah wanita terbaik yang sesuai untuk bakal pasangan hidup.Baginda menjelaskan wanita yang tahu dan pandai menarik hati dan sedap mata memandang dan sentiasa taat setia dan patuh terhadap arahan suami dan sentiasa menyerahkan dirinya dan bekorban hartanya untuk memenuhi kehendak suaminya.

Sekain

19 comments:

Unknown said...

Salam buat sdr. mogen,

Selamat kembali, semoga anda selamat.

Kriteria yang Rasulallah cadangkan itu memang susah untuk mendapatnya. Kalau ada sebahagiannya pun sudah memadai. Bagi uncle yang penting ialah keimanan. Bila imannya tebal, insya Allah mungkin sebahagian besar kriteria anjuran Rasulallah itu dapat dipenuhi.

Namun sekiranya anda bahagia sekrang, bersyukurlah dengan apa yang ada.

Mogen Ali Rico said...

Salam Tuan,
Saya bersyukur dan berbahagia sekarang..Semoga semuanya selamat

Kapten Luffy said...

terima jer seadanya

hanis said...

hoho~

twinkle_star said...

;p
nice blog..
link me plish..
nice to meet u..;)

Galuh Cendra Kirana said...

Cik Mog,
Erm..saye bermatlamat nak jadik yang Sharing...(err...ader duit senirik nak beli kasut Princess - kalo hubby mogok)

Wardrobe kita said...

Aku hanya nk jadi diri aku sendiri.. :-(

Mogen Ali Rico said...

nis,
aku rasa ko boleh buat part time jadi santi clause

captain
terima seadanya..kalo takleh terima camner..kene carik org laen kaa

twinkle star
yelah yelah..ade kat tepi tue haa..selamat berblogging yaa

puan galuh..
Waduh2..bagus sekali yaa.pilihan yang cocok sekali..( kenapa ngan bie..mogok takmo beli kasut kaa..hikkhikk)

ninie..
mesti ko tak tergolong dalam 5 kategori tu kan..takper..nanti aku riki2 bapak aku tanyer kategori wanita no 6

Snowflake said...

Assallamualaikum
Gw ikutin cakap loe.. udah over. Tapi nyata belum diblog. waduh... apa apaan ini, lumayan juga "advise" dad loe. Tambah satu.. 5 solat! Importante. lilililila
Wassallam

Firdaus Noor ( Fir ) said...

wow.. mesti mau pilih yg last sekali baru lah best.. hehehe.. dua2 masuk syurga.. ekek.. link sy dlm blog ah.. :)

Firdaus Noor ( Fir ) said...

bro cam na nak buat blog list?

Galuh Cendra Kirana said...

Bie sayer tercinta akan beli ape saje untuk sayer..tapi yelah, bie maner yg xmogok kalo seminggu sekali asek beli kasoottt jew..lalalala...aahaa, mggu depan nak beli selipar aladdin pulak..leh jalan2 hanimun kat pasir berdengung..

Wardrobe kita said...

No 4 dan 5 tu mmg bagus.tapi potensi untuk suami cari lain adalah tinggi..sbb dia akan ckp dia mampu..dia kerja n ada duit banyak..boleh buat apa saja..

Tapi bagi aku x kira la c wife ni tinggi mcm mana pun pangkat dia d ofis,bila dirumah dia kena letak suami paling atas..bak kata kena bagi layanan tahap raja2 lah..Kerjasama, tolak ansur dan saling menghormati paling penting..susah senang kongsi sama2. duit sama2 cari,sama2 simpan dan sama2 guna..


Aku pulih..

Galuh Cendra Kirana said...

Adet Ninie,
Kamu lulus. Yeaayyyy!!!

Wardrobe kita said...

Kakat,lulus??Lulus ape??Ujian penglihatan..?

Ohoho..biar betul..rebun nehh..

Yeayyy jugak lah..hahhaaa...

Anonymous said...

Ingin saya mengulas sedikit mengenai ayat terakhir dalam posting saudara, iaitu seorang isteri yang "...sentiasa taat setia dan patuh terhadap arahan suami dan sentiasa menyerahkan dirinya dan bekorban hartanya untuk memenuhi kehendak suaminya".

Saya kurang setuju. Sekiranya si suami membuat keputusan yang salah atau bertindak salah, tidak harus seorang isteri itu terus tetap patuh pada suami dan tidak menegur atau menyoal keputusan atau tindakan atau arahan suami itu. Dengan cara yang sama, seorang isteri yang mengkorbankan hartanya untuk "memenuhi kehendak suaminya" juga tidak harus dijadikan pedoman yang tanpa persoalan kerana seperti saya terangkan, suami itu bukan sempurna dan tindak-tanduknya tidak mungkin sentiasa betul atau benar.

Oleh itu, seorang isteri yang baik adalah seorang isteri di dalam konteks rumahtangga yang seimbang, penuh kasih sayang, pemahaman, bertolak ansur, adil, saksama, dan berunsur perkongsian ("partnership"). Ini jalan yang baik, dan bukan sebaliknya, iaitu berdasarkan budaya partriarki ("patriarchy"), di mana si lelaki dikira tuan yang harus dipatuhi secara mutlak.

Sekian.

Wardrobe kita said...

Iya,aku suka n stuju dgn komen Pak Sako..Partnership..Perkataan yang paling sesuai untuk digunakan..

Mogen Ali Rico said...

Ninie, pak sako..
Terima kasih semuanya..lalalalla(hadis tue)

Anonymous said...

Sama-sama Mogen.

Teruskan tulisan anda yang mencungkil minda dan sajak-sajak anda yang kreatif itu.