Wednesday, December 31, 2008

Selamatkah kita pada tahun hadapan??

Matahari 31 Desember 2008 sudah pun selamat melabuhkan tirainya namun adakah kita selamat utk keesokkan harinya? rileks jgn panik..

Carilah di dalam lebai google mengenai "2009 prediction " mesti semuanya akan bermula dgn cerita berkisar kelembapan ekonomi, kebarangkalian terjadinya perang nuklear antara India dan Pakistan, bencana alam yang buruk di paris & china, terrorist attack di dubai, france & germany akan keluar dari kesatuan eropah, pembunuhan barrack obama ( neo-nazi assaination ), perkembangan fahaman sosialis di dunia dan russia kembali menjadi negara komunis.

Namun yang paling banyak diperkatakan mengenai kemuncupan ekonomi yang serius, pembuangan pekerja dalam skala yang besar, kejatuhan sistem kapitalis, pertanian & perubatan menjadi kuasa perniagaan yang baru dan yada yada yada..Mereka mempunyai asas pandangan masing2 dan mula membuat pelbagai spekulasi dalam menyokong hasil penulisan mereka.

Walaubagaimanapun, aku rasa ramalan yang jujur utk tahun hadapan adalah tahun hadapan akan sama seperti tahun ini cuma mungkin akan ada sedikit kebaikan ataupun sedikit keburukan itupon bergantung kepada penilaian dari sudut pandangan yang berbeza2.Mungkin perkara yang baik akan berlaku ataupun perkara yang buruk( aku boleh listkan banyak) ,tetapi aku rasa malam masih awal utk aku mula menulis perkara2 yang mengerikan.

Pokok persoalannya, adakah kita sudah bersedia utk segala kemungkinan atau masih gembira dgn menyalahkan takdir jika terjadi apa2?Atau mungkin yang sudah merasa selesa pada hari ini maka tidak perlu memikirkan hal hari esok pula??Makkiahh..terlalu banyak persoalan yang perlu dijawab namun bukankah persoalan bermula dengan jawapan?Masih lagi mahu jawapan?

Esok tarikh kembali ke titik mula..tahun pula bertukar angka..Namun kita masih lagi ditakuk lama..Selamat Tahun baru - apa makna?

9 comments:

Galuh Cendra Kirana said...

Selamat Tahun Baru Dear...Semoga rezeki kamu bertambah dan hidupmu lebih bermakna pada hari-hari mendatang.. =)

Galuh Cendra Kirana said...

Err...ada makna dengan ucapan tu..(reminder tgh berjalan lancar nieh..memperingatkan sy juga. supaye kiter xluper yg kiter dah tuer setahun lagi walopon kiter tak hendak, lalu sama2 berusaha menjadikan segala2nya sekaliganda lebih baik). Sekoyan.

skatype said...

samat taun baru bro..
moga rezeki bertmbh.
bak kata sis galuh.
heheheh...
nyway.
ko nie.
jderk pnganalisa ekonomi n politik pn bleh..
mmg hbat ler.
hgeehe

hanis said...

banyak lah ko nyer teori sufi...
yakdishhhhhhh
ko tu bile?
dah tempoh matang dah tu...
jgn tunggu lama2
karang masuk angin kuar asap
sekian
pesanan khidmat masyarakat.

~ujicham~ said...

selamat.. ada banyak jenisnya..

selamat berjaya
selamat pergi/kembali/sampai
selamat bertukar kerja
selamat berhijrah
selamat dari penyakit/malapetaka
selamat (bukan nama sebenar)
selamat malam/pagi/tido
selamat hari raya
selamat poket aku
selamat bertunang/pengatin baru

haaa.. pilih pilih.

Kyla said...

happy new year =)

alifreyes or said...

cantek gile pic..

selamat tahun baru
all da best

mountdweller said...

Uncle berdoa semoga tahun ini akan lebih baik dan lebih bermakna kepada mogen. Insya Allah.

YIE[n] said...

Happy New Year..
Sori lambat wish..
lama cuti, habiskan cuti tahun lepas..
Welcome 2009