Thursday, January 22, 2009

Adakah kita gembira?

Jika gembira itu pilihan aku..aku wajib menulis...
(ini adalah ayat penutup)

(Kembali ke sesi pengenalan)
Aku menulis kerana ianya membuatkan aku gembira..Aku gembira kerana sebelum tangan melakar kata aku akan membaca..dan aku gembira dengan membaca aku mengetahui makna dan menyelami jiwa bahasa..semuanya perihal gembira..tiada yang tidak gembira melainkan gembira belaka..namun..pernahkah kita tahu bagaimana kita mencari kegembiraan?

Sedang kita sibuk dengan mencapai impian namun kita alpa dan lupa dalam impian utk mencari kegembiraan.Manusia yang banyak menghabiskan sebahagian hidup dengan mencari wang secara amnya melakukannya kerana mereka percaya wang itu memberikan kegembiraan.Jika fokusnya bukan kerana wang namun pekerjaannya itu mendatangkan wang, maka boleh dikatakan pekerjaan itu memberikan kegembiraan.Manusia tidak terlepas dari mengimpikan mempunyai hubungan yang sempurna,rumah yang sempurna,tubuh yang cantik, kereta yang cantik dan segala2 yang memungkinkan utk mendatangkan kegembiraaan.Kadangkalanya semua ini mendatangkan kegembiraan namun adakalanya kita akan merasa tertekan jika segala impian ini tidak tercapai atau kita berjaya mencapainya namun kita masih tidak menemui kegembiraan.Mungkin juga kita terlalu fokus kepada sesuatu yang kita fikir ianya mendatangkan kegembiraan sehinggakan kita tidak punya masa di dalam hidup utk mendapat kegembiraan sebenar mungkin dari perspektif yang berlainan.Semua ini mengelirukan dan merumitkan.Semuanya akan kembali kepada persoalan utama bagaimanakah untuk gembira dalam mencari kegembiraan?

Jika dilihat dari perspektif kehidupan.Tanya di dalam diri adakah cara hidup yang kita lalui seharian mendatangkan kegembiraan?Terdapat pelbagai cara dalam mendatangkan kegembiran namun terpulang kepada individu dlam menentukan tahap peratusan kegembiraan terhadap sesuatu cara.Cthnya :-

1)Kesihatan
Jika kesihatan yang baik mendapat peratus kegembiraan yang tertinggi maka luangkan masa kepada ativiti2 kesihatan dan amalan kesihatan yang disyorkan oleh jabatan kesihatan.Cthnya jogging, bersukan, gym , mandi sauna , jakuzi dan mendapatkan perkhidmatan urut..( eeeewwww i like!!)

2)Wang
Jika wang mendapat peratusan kegembiraan yang tertinggi maka luangkan masa kepada aktiviti2 yang mendatangkan wang.Cthnya jual kaen batik jawa di pasar malam, kerja OT 5 jam sehari, jual kerepek tempe di kalangan rakan sekerja, menjadi cleaner secara parttime.

3)Pekerjaan
Jika pekerjaan yang mendapat peratusan kegembiraan yang tertinggi maka luangkan masa dgn pekerjaan tanpa mengambil OT dan apa2 elaun yang disediakan oleh pihak syarikat.Disamping itu juga bekerja secara sukarela di shopping2 complek sebagai pengawal keselamatan atau penjaga pam minyak utk memenuhi masa lapang tanpa mengambil apa2 bayaran

4)Cinta
Jika cinta yang mendatangkan kegembiraan maka luangkan masa dgn mencari cinta.Jika dikecewakan jgn putus asa dan terus mencari cinta yang baru kerana cinta itu menggembirakan.Jika sudah mendapat cinta lakukan yang terbaik dan sentiasa bercinta dan terus bercinta sampai ke tua..jgn dilupa buatlah aksi2 cinta yang menggembirakan ( erkk..)

5)Seni
Jika merasakan seni dapat memberikan kegembiraan maka luangkan masa dgn mendalami ilmu2 seni seperti melukis, menulis lirik lagu, mendalami bahasa ibunda, belajar seni silat, menjadi cikgu seni di sekolah rendah dgn teknik2 kolaj,membuat cop dengan pelepah pisang, teknik membuat tembikar menggunakan kanji dan sebagainya.Boleh juga belajar bermain gitar,kastenet, kayu tic toc, recorder, kerinci dan anglung.

6)Kawan-kawan
Jika kawan2 mendatang kegembiraan maka luangkan masa bersama kawan2.memperbayakkan lagi kawan2 dan sentiasa memperkayakan dengan aktiviti2 bersama kawan2.cthnyer berkaroke, memanjat gunung, window shopping, meneroka alam ghaib dan sebagainya

7)Kanak-kanak
Jika kanak2 mendatangkan perasaan kegembiraan tahap gila ah ding dong maka bersiap sedia utk membuat anak dgn penuh effisen dan berkesan.Yang belum berkahwin carilah pasangan yang boleh dikahwini utk mendapatkan anak yang comel atau mengambil anak angkat.

8)komuniti
Jika aktiviti2 di dalam komuniti mendatangkan kegembiraan, luangkan masa dgn melibatkan diri dalam persatuan2 seperti persatuan bulan sabit merah, puteri umno( adoiiii!!!!),melibatkan diri dalam program2 kemasyarakatan cthnye program anak yatim, rumah org2 tua dan sebagainya.Lakukan ketika cuti hujung minggu maka ianya pasti menggembirakan

9)Rumah
Jika dirasakan berada di rumah mendatangkan kegembiraan, maka hiasilah rumah dgn perhiasan yang cantik,pastikan semuanya sempurna untuk merasa selesa apabila berada di rumah.Belilah tv 64 inch dengan home theater + DVD + Tv satelite, kamar mandi dgn jakuzi dan kolam renang, dapur yang menarik dgn segala peralatan tersusun rapi dan bersih, laman rumah yang ditumbuhi tumbuhan hijau dan pokok2 bungan yang mekar mewangi.Jika hanya mempunyai bilik..warnakan bilik dgn warna kegemaran, katil dgn cadar yang empuk, warna bantal ngan cadar yang matching dgn dinding, gambar2 nostalgia ditampal di dinding dan penghawa dingin demi membangkitkan ghairah utk berada di dalamnya.

10)Agama
Setiap agama mempunyai cara masing2 dalam mengajar umatnya dlam mencari ketenangan dan kegembiraan yang hakiki cthnya membaca Alquran, bermeditasi, yoga dan sebagainya.Luangkan masa dengan mendalami dan beramal ilmu2 agama yang pasti akan memberi ketenangan dan kegembiaan yang dicari.Ctnya pergi ke mekah ( bak kata hanis!!)

Sebenarnya jika hendak disenaraikan semuanya maka kisah 1001 malam pon akan bungkus.terlalu bayak cara utk kita mencari kegembiran namun terpulang pada diri sendiri utk bermuhasabah dan memilih jalan yang terbaik dlam mencari ketenangan dan kegembiraan.jangan Salahkan takdir jika tidak gembira..tuhan memberi kita akal utk berfikir dan cabang-cabang itu wujud.Semuanya terpulang kepada kita utk memilih yang terbaik.Kepada yang masih lagi ragu terhadap jodoh, sudah ditetapkan jodoh itu ditetapkan oleh tuhan namun pilihan terletak kepada kita.Jika sudah ditetapkan mengapa Nabi masih lagi memberi panduan memilih jodoh?

Pengetahun tuhan itu teramat luas.Setiap apa yang berlaku mempunyai cerita dan kerana keterbatasan manusia menidakkan kita utk mengetahui nikmat dan hakikat terhadap sesuatu perjalan cerita.Umpama dahan di pokok yang mempunyai ranting dan di ranting itu terdapat ranting-ranting yang lain.Cabang2 pilihan semuanya telah disediakan dan kita yang diberi akal utk membuat pilihan dan pilihan itu umpama ranting yang menmpunyai rantaian pilihan2 lain di dalam hidupnya sehingga ke akhir hayat.

Aku akan sambung lagi kisah ini dgn kisah aku sendiri di entry yang lain..Bagaimana aku melihat perjalan cerita kehidupan aku dan bagaimana pilihan yang dipilih memberi impak yang amat besar di dalam hidup aku.Percayalah jika pilihan yang dibuat itu gagal tidak bermakna kita gagal kerana ada setiap pilihan dan perbuatan serta keputusan tersimpan jutaan pengertiaan disebaliknya.Percayalah..setiap sesuatu perkara yang baik mahupun yang buruk adalah ketentuannya.Jika ketentuannya baik maka wajib bersyukur dan jika musibah wajib bersabar. Tuhan menguji manusia dengan kenikmatan dan musibah.Jangan ada ragu!!!

Jumpa di lain entry..

Boleh juga uji tahap kegembiraan dgn link dibawah..Boleh kongsi2 result.Aku adalah org yang gembira pada ketika ini, esok lusa aku tidak tahu!!

http://quiz.ivillage.com/uk_relationships/tests/happy.htm

15 comments:

Kapten Luffy said...

aku gembira jika dapat meluangkan masa sendiri... hahaha

Galuh Cendra Kirana said...

Yunk, kawan bersyukur semua yang di atas membuatkan kawan gumbira..kalau dpt dilakukan bersama2 laagi kawan gumbira. kawan paling gumbira kalo dpt luangkan ms dlm hidup, dgn org2 tersayang... =)

Anonymous said...

panjangnyer entriiiiiiiiiiiiiiiii

Fly said...

ko memang seorang yang rajin menulis..tabik springg!!!...selamat bergembira dan berbahagia

~ujicham~ said...

hanis.. rajin sikit membaca tu. sesuai utk ko.. lg2 kat part wang tu. hehehe.

Mogen Ali Rico said...

luffy..
aku gembira kalo org laen gembira!!!

puan galuh..
kawan pon samer..kawan gembira kalo kawan2 semuanya gembira..nak2 lagi kawan akan rasa lebih gembira kalo org tersayang gembira.gembira sama2..gembiranya kawan..(lallallaa)

nis..
nie tajuk ko..ko wajib baca sampai habis

fly
yeahhhhhh...menulis itu cabang gembira..sebenarnye ade byk cabang lain..heeh

uji rashid,
heheeh..uji den setuju!!!!!!!!!!!!!

Unknown said...

Uncle gembira dan dapat kepuasan dengan bekerja. Lagi mencabar lagi bagus sebab bila kita berjaya hasilkan/selesaikan sesuatu yang rumit kita akan mendapat kepuasan dari kepuasan terbitnya gembira.

Ini bermakna kegembiraan adalah dari benih kepuasan.

Galuh Cendra Kirana said...

Semestinyeeeee...orang tersayang sedang gumbiraaa!!!

Aqila Borhan said...

org happy kite pn turut happy! ^^

en_me said...

jika gumbira tepok tangannns..

Anonymous said...

hurm...memang gembira...gembira sbb bercuti...lalala...

Mogen Ali Rico said...

Salam tuan moundweller..
Kepuasan itu nikmat..nikmat itu hakikat gembira..

Puan galuh..
Yeahhh..gumbiraa..gumbiraa..gumbiraa..erkk..cover cover..jgn lompat kene kipas

kyla..
yeahhh..org happy kita pon happy..org tak hapy kita pon serba salah nak happy..kang kene pelangkung kat kepala

en me
kalo gembira tepuk dinding..

adik kapten..
Cuti akan gembira kalo ade project nak buat..kalo cuti dok rumah tido..alahaii..takmo cutii arrr...nak kerja!!!!!!!!

nur said...

rasa gumbira bila bonus masuk!!

Anonymous said...

Dil tue yg sepuluh perkara tue dari abah ker?

YIE[n] said...

Adakah kita gembira???
Gembira apabila kita bersama dengan orang yang kita sayang...
dan juga sebaliknya..