Wednesday, February 11, 2009

Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

( omakkk!!!!!!!!!!!!!!den xtahan gelak!!!!!!!!!)

13 comments:

Galuh Cendra Kirana said...

wakakakakakakaka (gelak sopan)! kawan tgh bygkan mak awak dgn awak nihh...hihihihik....(bertambah nak tergelak nih!)ngahahahaha

hanis said...

OMG! u're back....

Fly said...

salam bro..ko membuat ku tergelak besar dan diriku hampir bertukar menjadi lampu kalimantang berwarna purple.. :)

eye10 said...

bro..mu ni gilo banyok doh rasenye..
kacip haluss ka?

eye10 said...

adoii

~ujicham~ said...

mogen.. selamat aku tak jadi cikgu. kalau tak, nanges air mata darah.

hehe.. dah tak bz ke bro?

sparkystar said...

mak kiah sguh

mountdweller said...

Ini mesti berkhayal dalam jamban nih!

Jemput ke blog saya ada sesuatu untuk saudara.

Qaseh.Darwisy said...

Hahhahahahaa...gilak ahhh!!siot jea...

Mati x nyempat nk ngucap nih!

Monkey D Luffy said...

cerita siapa ni? punyalah merepek jer... hahaha

Mogen Ali Rico said...

Puan Galuh
hik hik..byang jgn tak bayang..berfantasi jgn tak berfantasi..gelak jgn tak gelak..lalallalalal

nis..
OMG..giler kentang!!!! kentang dah pulang

fly..
hahaha..bagus tue bertukar menjadi lampu kalimantang purple..dapat menerangi org laen( konon2 macam aku umpama sebatang lilin)
den nak bertukar menjadi roti..sedap dimakan begitu sahaja..

eye10..
Giler tu den terima..tapi bab kacip halus tue den ragu2 sikit..kacip patimah ker..miahahahahahhaa..tongkat ali laa best..nanannana

uji rashid..
kalo ko jadi cekgu..wari tentu jadi guru besar..mesti korang selalu buat rombongan sekolah ke KK mahupon sudan.

bz tu tetap bz..tapi aku rasa nak bakar jer port baru aku nie..

sparky..
lalalalla..bile aku boleh mengundi ko nie???

Tuan mountdweller,
Membaca dalam tandas tu habit semula jadi tue..nak2 baca novel..setiap huruf takkan lepas punyer..

errr..dapat bunga ke dapat gambar batu putih? hehhee

ninie..
die mati tak sempat mengucap..tapi sempat jadi utraman ngan transformers..hehe.aku paling tak tahan masa mak die pukul pakai beg tangan dengan memarahi pemandu lori itu dalam bahasa inggeris.lalalala..aku nak gelak lagi.lalalla

kapten..
aku maen copy and paste jer..aku punyer tahap merepek tak sampai tahap glokal camnie..hehe

izman said...

aku pernah beberapa kali baca crite ni, tapi aku masih gelak.

dayenpanthepucca said...

ilang keayuanku semasa membaca n3 ini sob sob. nasib baik xda orang nampak aku gelak 360 darjah. kui3...