Sunday, March 8, 2009

Aku sokong PPSMI..lu org nak ckap aper pon lantakla

Aku sokong PPSMI..aku pro PPSMI sebab

1- Aku rasa susah nak kerja kalo tak pandai omputeh..meeting, paperwork semua dalam omputeh
2- Masa aku kat Uni pon gua susah nak belajar kalo tak pandai omputeh sebab kebanyakkan buku rujukan dalam bahse omputeh
3- Peluang pekerjaan makin mengecil kalau tidak dapat menguasai bahasa omputeh dalam komunikasi
4- Aku susah nak dapatkan maklumat dlam internet kalo tak paham omputeh

Aku taknak anak aku jadi mcm aku..So aku sokong PPSMI ini diteruskan untuk bakal2 anak aku nanti!! hehe

Aku bangga jadi bangsa melayu
Tapi aku tak taksub dengan bangsaku
Aku bangga berbahasa melayu
Tapi aku tak takzub dengan bahasaku
Aku bangga menulis melayu
Tapi aku tak takzub dengan tulisanku
Aku bangga dengan kesenian melayu
tapi aku tak takzub dengan kesenianku

bak kata husin lempoyang
Connect your joy stick into the server port, you should find little problem with the joy stick as the server has plug and play mode.

Masukkan kayu ria anda ke dalam lubang pelayan, anda sepatutnya tidak mempunyai banyak masaalah dalam memasukkan kayu ria anda kerana pelayan ini mempunyai fungsi cucuk dan main.
( aku rasa semua budak2 IT mata stim jer bila masa belajar)

lawan tetap lawan
xkire kerajaan dan pakatan rakyat..

27 comments:

Fly said...

salam bro, aku sanjung dan hormati pendapat ko, apapun masing2 ada pendapat peribadi tentang isu ini. apapun sebagai seorang guru dan sentiasa berdampingan dengan pelajar-pelajar di luar bandar dan guru-guru, PPSMI tidak banyak membantu pelajar untuk cemerlang dalam sains dan matematik, kasihan pada anak bangsa kita di kampung2 yang sememangnya lemah dalam B.inggeris, aku sangat menyokong kalau subjek Bahasa inggeris itu sendiri ditambah baik dari segi P&P, contohnya diberi kursus kepada guru2 b.inggeris untuk lebih cekap mengajar dalam b.inggeris itu sendiri. Actually sains dan matematik adalah subjek kemahiran, subjek kemahiran kalau kita pelajari dari segi psikologi pendidikan perlu dipelajari dalam native tongue(bahasa asal pelajar). Bahasa Inggeris itu penting tetapi biarlah ia diajar dengan lebih baik dan berkesan. maaf ye bro.Ini hanya pendapat aku yang sungguh banyak kelemahan dalam diri.

Galuh Cendra Kirana said...

Ya. Ya. Minum air dulu bang. Sabar manyak2 yer. hihihi.

Mogen Ali Rico said...

bro fly,
yeay..pendapat dialu-alukan sebab dengan perbezaan pendapat dan pandangan adalah satu rahmat.

Aku hormati pandangan nie ditambah pula ko seorang guru yang lebih nampak ttg situasi ini tapi benarkan aku kemukan pandangan aku yang serba cetek nie.hehe

Pada pandangan aku, kanak2 perlu didedahkan dan dimaksimumkan penguasaan dwi bahasa.pembelajaran bahasa inggeris perlu berterusan dan penguasaan perlu dimulakan sejak kecik.Tak salah jika kanak2 darjah 1 didedahkan pembelajaran dalam bahasa inggeris atau dicampurkan dengan bahasa inggeris utk kertas math dan sains dimana bahan rujukan utk pengajian lebih tinggi kebanyakan dalam bahasa inggeris.Ini sebagai pendedahan awal kepada kanak2 dan pada aku ianya amatlah baik.Aku percaya ini adalah visi kementerian pelajaran sebagai anjakan paradigma dan penambahbaikkan strategi pembelajaran nasional.Jika dilihat, aku rasa proses ini masih lagi dilakukan berperingkat dimana tahun lepas merupakan first batch murid2 UPSR yang didedahkan pembelajaran PPSMI dari darjah 1 ke 6.Di dalam kertas UPSR pon soalannya dalam dwi bahasa dan kementerian memberi kelonggaran kepada murid2 untuk menjawab dalam bahasa melayu.Rasanya dari situ xtimbul masalah ketidak fahaman dari segi teknikal kepada murid2.Mungkin yang perlu ditekankan penambahbaikkan dalam proses pembelajaran dan aspek2 sokongan dalm strategi pembelajaran.

Ada benarnya utk golongan anak2 kampung yang tidak mahir berbahasa inggeris akan menghadapi masalah namun jika didedahkan sejak darjah 1 rasanya tidak menjadi satu kejutan bagi mereka.Yang penting proses pembelajaran yang berterusan dan berkesan.Ini perlu kajian dan dilaksanakan secara berperingkat.Sampai bila bro anak2 kampung perlu dicop lemah berbahasa inggeris sedangkan mereka mampu utk melakukan jika ditekankan dan diberi perhatian.AKu akui perlaksaannya sukar namun ianya tidak mustahil

Aku setuju benar pembelajaran Bahasa inggeris perlu dikaji keberkesanannya tapi pembelajaran bahasa tidak sama dengan pembelajaran fakta dimana murid2 hanya menghafal fakta dan memahami konsep.Pembelajaran bahasa adalah berterusan dan perlukan pendedahan dan penggunaan seharian. Adalah lebih baek kanak2 didedahkan pembelajaran dalam dwi bahasa dimana disamping mereka menghafal dan memahami konsep & fakta, mereka juga akan secara tidak langsung akan memperkayakan tatabahasa perkataan inggeris.

Aku yakin ada visi dan matlamat oleh kementerian pelajaran dalam perlaksaan PPSMI ini.Mmg akan adanya pro & kon dalam perlaksaan ini tetapi percayalah tiada gunung yang tidak boleh didaki dan tiada masalah yang tidak boleh diatasi.

Aku tidak terperanjat jika anak aku nanti fasih berbahasa arab dan dapat menjawab soalan math dan menghafal fakta sains dalam bahse arab jika aku hantarnya bersekolah di sini.

"Jika hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya"Ianya tak mustahil bro tapi memerlukan masa.

idea aku yang bengong kan..hehehehe

Mogen Ali Rico said...

puan galuh..
hheeeheh..lepak mamak best nie..dah lama xlepak mamak nie

Fly said...

good bro, aku suka orang yang think positif seperti bro, anyway andaikata diteruskan jugak PPSMI ni, harap kementerian telus dengan segala perangkaan tentang keputusan pelajar, jangan jadi satu retorik survival politik. Jangan matikan slogan BAHASA JIWA BANGSA. Thanks bro kerana benarkan aku berkongsi pendapat :)

Mogen Ali Rico said...

Bro fly,
aku sangat2 setuju, kementerian pelajaran mesti bebas dari pengaruh survival politik demi masa depan anak2 untuk masa hadapan.Kementerian mesti telus dalam setiap perangkaan dan perlu diaudit oleh badan bebas.Sudah menjadi trend dimana kementerian akan dikeldaikan demi survival politik dan ini perlu dihentikan.

Slogan bahasa jiwa bangsa perlu diterapkan di setiap jiwa anak2 tapi kita tidak boleh menidakkan fakta dimana skrg bahasa inggeris merupakan bahasa ilmu.Penguasaan bahasa ilmu perlu dikuasai oleh anak2 untuk mendalami dan memperkembangkan ilmu itu ke tahap yang lebih maju.

Andaikata jika PPSMI terpaksa dihentikan,Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)perlu digerakkan dengan lebih berkesan.Hasil2 kajian dan rujukan dari bahasa asing perlu diterjemah dengan meluas.Perbanyakkan dan sentiasa kemaskini rujukan dari segi bahan bercetak, web dan sebagainya untuk segala bidang ilmu untuk memberi peluang kepada rakyat malaysia untuk lebih berdaya saing dan tidak ketinggalan dalam segala lapangan ilmu.

Walaubagaimanapun penguasaan dwi bahasa tetap menjadi keutamaan dalam era globalisasi dalam melintasi dunia yang tiada sempadan.

Harimau-Menaip said...

Bro.,

Rasanya ramai yang salah faham. PPSMI bukan nak mantapkan kita punya BI. PPSMI hanya untuk kasi lebih paham sebab rujukan bagi kedua-dua subjek itu majoritinya dalam BI.

Kalau nak mantap BI, kita belajar subjek BI terus.

Aaahhh...lantaklah. Yang penting, saya nak ucap Salam Maulidurrasul pada Tuan.

Perbezaan pendapat itu memang suatu rahmat.

ps: tak balik Malaysia ke bro?

MK said...

Wah... aku sokong.. jom kita mengeteh dulu..

Galuh Cendra Kirana said...

uhuhuhuk...jom jom jom jom,...jom mamak mamak..uhuhuk...

Fadli Halim said...

sebenarnya kita tak perlu translate joystick sebagai kayu ria. gunakan saja joistik. banyak lagi perkataan lain yang kita ambik 'as is'. tukar ejaan aje.

dan banyak juga cara lain nak bagi budak2 menguasai english: seperti english day ke... atau wajibkan diorang bercakap english dalam kawasan sekolah.

bukan melalui sains dan matematik sebab kedua-dua subjek tu susah. kalau nak guna english pun, biarlah dalam subjek seperti pendidikan jasmani ke... kemahiran hidup ke... pertukangan ke.....

bukannya anti-english atau takmau maju... cuma penggunaan dalam sains & math aje yg problem.

Mogen Ali Rico said...

bro rimau..
heheh..ppsmi ni kire sambil menyelam minum air bro..sambil kita dedahkan penggunaan term word utk math & sains, sambil2 tue kita ransang murid2 menguasai bahasa inggeris dengan baik..

arghh lantaklah..penng2 kepala anak pon takde lagi..den hantar anak den kat sekolah arab jerlah..belajar algebra dari buku tulisan al-Khawarizmi..hehe..

Insyaallah bulan 6/7 nie den balik kampung..xsabo dah nak melantak durian nie

Mogen Ali Rico said...

tun mamat & galuh

Nak ngeteh kat mane???
Jom gi lepak kampung baru jom..pekena nasik lemak antarabangsa..xpon nasik lemak blues kat pinggiran batu cave..layan beb..

Nurul Ain said...

incik mogen, nk tanye lagi
kt blog incik ni ade 2 lagu,,, yg slow tu lagu ape?

Mogen Ali Rico said...

salam en fadli halim..
terima kasih atas pendapat saudara..mungkin ada baeknya juga pembelajaran subjek bahasa inggeris dapat dikaji keberkesanannya dlam memupuk minat anak2 dari kecil utk mempunyai kebolehan dwi bahasa.Jika ini dapat dipastikan keberkesanannya..saya pasti issue PPSMI tidak akan wujud lagi di negara ini.

Pemerhatian dan penekanan saya hanyalah bagaimana kanak2 dapat menguasai dwi bahasa.Jika ini dapat dipastikan saya tiada halangan utk pembatalan PPSMI.Saya tiada masalah jika melihat anak saya memahami bahan bacaan luar dengan baik di dlam proses pembelajran luar bilik darjah.

Mogen Ali Rico said...

mushi mushi..
senang nak eje sket haa..lagu yang slow..lagu yang mane satu nie..ade 2 lagu slow..PPSMI ker lagu melayu?

heheheh
(tulaa bukak topik lagu time topik PPSMI)

Anonymous said...

cik roy, bz tol awak ek. susah tol saya nak contct

Mogen Ali Rico said...

pulak dah..cik roy mane pulak nie..en boroi adelaa nie..nie haaa tgh maen cucuk garpu kat tingkap..lalalal

sape nie..susah nak contact??contact no mane nie..kalo no Maxis harap maaplaa..mmg den dah terputus hubungan si maxis nie..die curang

Galuh Cendra Kirana said...

PPSMI the best!! Disokong seratus peratus. (dah takmo minum dah).

Galuh Cendra Kirana said...

Salam, kalian... Setuju dengan point2 Encik Mogen, apepun, contoh terjemahan 'joystick' tu sekadar gurauan kan. Hehehe. Tak perlulah sekadar nak eja n tukar ke 'joistik'. buruk sgt rupenye kiter tiru gaya sebuah negara jiran yg hampir kesemua perkataan english dimelayukan..akhirnya bila ke peringkat global, bahasa planet' itu tak bernilai...malah diketawakan negara-negara lain. sepertimana kita mentertawakan negara 'joistik' tu. malah sistem pendidikan pun setaraf 'kita sama kita jer'. mcmne ngan anak-anak kampung (maaf sbb jdkan contoh) yg berpotensi melanjutkan pelajaran ke luar negara? tidakkah mereka akan berasa canggung dengan bekalan bahasa inggeris dari bangku sekolah yg cukup terbatas tu..? (tentulah, sbb banyak kertas-kertas kerja di universiti menggunakan bahasa inggeris) saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. tetapi sy lebih memikirkan yg besar daripada hal kecil yg sedang dipertikaikan oleh pihak2 yg 'serba tak kena' ni. dibuat salah, tak buat pun salah..kalau dah tak suka tu, buat apapun salah, kan...pade sy, sbg bakal ibu bapa, ape yg terbaik utk bakal anak-anak sy, itulah yg sy sahut...sy xmahu anak-anak sy ketinggalan di belakang sedangkan anak-anak melayu juga layak berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain (anak-anak ini juga kreatif dan berkebolehan dalam merekacipta. lantas siapa yg akan mendengar karya mereka di mata dunia jika apa yg hendak disampaikan itu hanya 'sendiri-sendiri paham'??). kenapa perlu dibataskan langkah mereka? sy sokong PPSMI. mendirikan Bahasa Melayu sekuat bahasa inggeris adalah memakan masa yg berabad. Kita perlu menyusur akar terlebih dahulu bagi merealisasikannya. berkat kesabaran dan ketekunan ini, tidak mustahil satu hari nanti bangsa lain juga akan tunduk kepada bangsa kita yg berbahasa. tarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung janganlah berselerak. sekian.

~ujicham~ said...

aku tak kisah, janji itu yg terbaik. yg aku tak berkenan, bila dah buat pastu sistem tu agak2 tak jalan, kemudian tukar.. kejab2 lagi tukar. padahal sistem yg dibuat pun belum matang.

hai... manala budak2 tu xphening.

hanis said...

hoh!
nak sokong mana nih?
nak duk atas pagar buleh?
ehehe~

Nurul Ain said...

encik morgan freeman,
lagu yg ppsmi.. aku pon sokong ppsmi. ngehehe

Wardrobe kita said...

blog ko bising..menganggu gugat aku nk membaca..haih..brapa belas ratus lagu da yg kuar nih???

Mogen Ali Rico said...

Puan galuh..
saya sokong cadangan di tutup..
( jom gi blakng kita maen tarik2 rambut dalam tepung)

uji..
tulasapal..itu pon aku tak berkenan..tapi aku berkenan ngan anak kak bedah sebelah rumah hassan thamby tue..baek budaknye..anak sapeee laa yerk..baguih buat menantu..

nis..
heppp hepppp..aper nie anak dara duduk atas pagar nie..malu tau org tgk..kang nanti ter..haaaa haaaa..kan bahaya tue nyahh..kang masuk spital kang tak pasal2 aku kene beli buah nanti..hati2..dok kat sofa baek2..rapat2 sket kaki tue..

meisha omar..
kat ppsmi mane ade lagu..hihihi..nie mesti dah pening mane satu lagu niehh..lagu omputeh ker lagu melayu..kalo lagu melayu lagu romance- kuingin kamu..

kalo lagu omputeh macam bayak laa pulak..kalo yang nyanyi cam malas2 tue group no use for a name - feeling like home kot..kalo yang why can't we be friend tue dari group smashmouth..lagu lama tue beb.

qaseh..
tue laa..aku pon rasa mcm bising..setiap kali aku bukak mesti aku tutup sound..aku rasa kan..aku tak mo letak lagu laa..tapi macam tak best lak..camne nie..aku rasa mcm dudok atas pagar..pedih2 lak rasa punggung..uhuk2

Galuh Cendra Kirana said...

nannana...buang semer, tinggalkan lagu yg mendayu tu jer yer.., hihihik...meh meh..tepong dah beli ni hah..jommm...pesta tupongg

Nurul Ain said...

dah lagu kt blog mung ni betimpa2 konpius den. neway, tengs~

Wardrobe kita said...

ah,ape kes nk duduk atas pagar?dudok dalam peti ais lagi best la..buang la lagu tuh...aku pn mesti kalut nk kena ttp sound..kang ada baling ngan laptop2 skali nih!hangin pulak..