Sunday, February 15, 2009

Pabila lukisan berkata-kata

Aku bukanlah seorang seniman hatta bukanlah posman mahupon batman..Aku hanya insan biasa yang punyer jari utk menaip dan menulis namun tidak utk melukis.Aku juga bukan seorang penulis tegar namun melukis bukanlah sesuatu kegemaran dan kesedapan dlm hidup .Mungkin disebabkan uriku tidak ditanam dengan pensel dan kertas ketika aku lahir.Waallahualam..Mungkin juga otak kananku kurang aktive utk menjana kreativiti dan imaginasi namun yang aku pasti otak aku penuh dengan air yang belum diflushkan..lalallala

Ada beberapa perkara di dalam hidup yang perlu pentapsiran dan pengertian.Seperti kata yang mempunyai jutaan makna.Perbuatan yang mempunyai pelbagai tanda..jeritan, rintihan, resahan, desahan (lain macam jer) dan igauan mimpi yang memberi pengertian dan makna yang memerlukan penapsiran.

Iklan mode turn on!!
Hah..bercerita ttg mimpi..aku bermimpi ngeri lagi..namun tidaklah sengeri dahulu namun ianya tetap ngeri pada aku.

1) Aku mimpi accident di dalam bas.Bas yang aku naiki dihempap pokok dan terbelah dua tapi aku selamat.
2) Aku mimpi ticket kapal terbang aku hilang dari Malaysia ke mana tah.Panik beb kene tanya ngan pramugari tue..tapi yang aku heran nape diorg check ticket masa flight dah berlepas.Mcm naek bas pulak.

Whateverlah..tolong tapsirkan!!!
Iklan mode turn off!!

Setiap apa yang berlaku adalah pilihan dan semua yang berlaku adalah berdasarkan pilihan sendiri mahupun pilihan individu yang berkohesi diantara kita. Sebenarnya aku tak ade topik nak tulis tapi

1) Aku nak ucapkankan takziah kepada Siti nurhaliza atas pemergian ayahanda beliau..maafkan abang siti..abang takdapat pulang..abang sibuk mencari sesuap nasi beriani..

2) Dan tak lupa juga kepada rifqi..Jaga mama elok2..Papa ngan mama dah tak bersama lagi..Skrg rifqi kene tolong mama yer..jgn nakal2..suruh mama cari papa baru yer..gulp!!!

Siti dan nurul..
Sabarlah kalian....

13 comments:

Monkey D Luffy said...

kenapa mimpi ko penuh adventure... mimpi aku kosong jer...

ini TAK ADIL!

Galuh Cendra Kirana said...

Iskk...ciannye Rifqi..si comel tu tak bersalah...

~ujicham~ said...

mimpi ko tu buat film je la. dpt royalti pe.

hanis said...

maaf aku tak dapat berbicara panjang mengenai mimpi (basah) mu itu lantaran kesibukkan kerja... lalallalalallala

hanis said...
This comment has been removed by the author.
sparkystar said...

mimpi adalah mainan tido,mgkin ada hikmah disebalik mimpi..hati2 distiap hari bro..have a nice day

Galuh Cendra Kirana said...

Mimpi pertama bermaksud; anda sedang dibebani suatu tanggungjawab yang berat dan halangan hidup yang mencabar, namun begitu semua dugaan itu nampak mudah disebabkan anda mungkin dikelilingi orang-orang yang sentiasa berbaik sangka dan kuat beramal, yg sentiasa memberikan tanggapan positif kepada anda untuk menghadapinya.

Mimpi ke dua bermaksud : (Di petik dari buku yang ditulis hj Mohamed Zain Salleh yang bertajuk Rahsia Mimpi dan tafsirannya
Terbitan Pustaka ILMI.)Kapal terbang ialah sejenis kenderan udara yang pantas untuk bergerak dari setempat jika dibandingkan kenderaan di bumi. kapal terbang adalah lambang kepantasan.

Jika seseorang bermimpi naik kapal terbang yang sedang melayang diudara memberi alamat baik, iaitu segala cita-citanya akan mencapai kejayaan...Segala yang baik itu datangnya daripada Allah swt....Wallahualam

=) sudah yer jgn risau taw...cuci kaki selalu sebelum naik katil, okey,..

dayenpanthepucca said...

waa mimpi yang sedih sekali...he3...

aku lagi pernah mimpi naik skuter sampai langit. hebat sungguh pada ketika itu...lalala...

Qaseh.Darwisy said...

Ah abg Siti ni..sungguh pentingkan diri..ermm..banyak sgt la point ko..x reti nk komen..komen dalam hati je la..

*Hanis,aku gelak secara berjemaah ttg komen ko tu...lalallaa...

donmny said...

TUAN/PUAN/CIK

Blog ini telah di'link'kan ke blog saya bagi perkongsian maklumat. Harap tak keberatan. T kasih

Mogen Ali Rico said...

kapten..
tue laa sape suruh basuh kaki sebelum tido

Puan galuh..
Sian kat rifqikan..doakan rifqi jadi batman bila dia sudah besar kelak yer

uji.
kalo aku buat filem..aku nak letak tajuk aper?
Bas ku tehempap pokok??
Tiket flight ku hilang?
Mimpi basahku?
semuanya tak commercial langsung

nis..
erkk..adakah ini bermakna aku baru baligh?
( wehh nie basah sebab terweweee ketakutan)

sparky
tul tul..aku setuju..tunggang dengan selamat..kita mampu mencegahnya..

Puan galuh the return,
Thanks thanks thanks..pasnie nak mimpi naek kapal terbang lagi lah..
( hmmm..nak try emirates ker..qatar airway ker..saudi air..hmmm..air asia jer lah)

adik luffy..
waaaa..nie lagi hebat..naek skuter sampai langit..nie mesti dah bikin skuter guna enjin jet

ninie..
abang siti dah cuba nak balik tapi tiket kapal terbang hilang masa otw..terpaksa kapal terbang patah balik..pastu nak naek bas tereksiden lak kene hempap pokok..sadis tul..abang siti menangis tau sampai kluar air idung..

( gelak yer..geram niehh..makan nasik bayak2 kang)

anntaj said...

wahhhh....
:)

~ujicham~ said...

heppp.. (pssst.. mimpi basah tu cam commercial je bunyinye)