Friday, February 20, 2009

Video utk captain luffy


Celebrate Love: Fuad+Faeza



Perkahwinan itu tiada sempadan..yang kecil,tua,muda,bertongkat,beroda,beharta, kedana semuanya tidak terlepas dari mengharapkannya.Seperti mana aku..aku juga ingin mengecapinya..namun kenapa harus dihalang niat ini..mengapa harus dirumitkan perjalanannya..

Kenapa perlu digusarkan utk hari esok..sedangkan hari esok belum lagi diciptakan utk kita.Aku risaukan hari ini..kerana hari ini mungkin penghabisan riwayatku di dunia..

9 comments:

Monkey D Luffy said...

erk! tajuk... hehehe

hepi2 jer... ada gak tu... sabarrr.... hehehe

Galuh Cendra Kirana said...

hihihik...comelllllnyerr video ni....sabow ehh,...kiter wat yg laaagi comel....naik bas awam..lalala...naik kerbau kt sawah...nanana....sabaw taw..!

Monkey D Luffy said...

naik karbau? wow! kreatif

dayenpanthepucca said...

err knp xdapat tenok???

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku di Bahrin,

Apa khabar di sana?

Mak Cik nak tanya, kamu dah pandai berbahasa Arab ke? Mak Cik ni belajar tak habis habis tetapi belum lagi pandai pandai namun Mak Cik tak putus asa. Teruskan sahaja. InsyaAllah satu hari dapatlah menguasai Bahasa Al Quran ini dengan Izin Illahi.

Mengenai Perkahwinan ini, kalau kamu belum ditemukan jodoh yang sesuai, berdoalah. Jangan putus asa, teruskan berdoa, bermohon pada Illahi.

Jangan bimbang, jika telah tiba JODOH kamu, tepat pada ketikalah bernikahlah kamu.

Allah swt maha berkuasa dan mengetahui tentang diri kita, mungkin SAATnya sahaja yang belum tiba. Mak Cik cakap ini melalui pengalaman.

BILA dah tiba dan terbuka pintu Jodoh, senang sahaja perjalanannya. Tiada halangan besar dan InsyaAllah beres.

Mak Cik doakan kamu akan bertemu jodoh yang serasi, InsyaAllah.

Qaseh.Darwisy said...

Aku jg mengharapkannya....aaaaa...apesal lmbt sgt ni nk smp masa..buhsan!buhsan!

Mogen Ali Rico said...

captain..
tajuk nie sempena tajuk entry hang..hehe

Puan galuh..
kita naek kura2 nak..lambat sikit upacara nak habis..lalallaa

diana..
kene install flash player kot..cube try test kaji..

Salam ibu..
Alhamdulillah..walaupun masih dalam keadaan demam tapi masih mampu utk bekerja..cuaca tidak berapa elok skrg nie..asyik dengan ribut pasir dan persekitaran yang berdebu..
Mengenai dengan jodoh..hehehe..saya tulis bukan utk diri saya sebenarnya..heheh..saya dah ade..lalalalla..doakan semuanya baek2 sahaja..Nak kata faham semua bahasa arab tidaklah cuma dah boleh gunakan ayat2 arab dalam bahasa pertuturan hari2..Semoga ibu sentiasa gembira di samping keluarga.

Ninie..
Semua org mengharapkan..semua org mengimpikan..mungkin jalan utk ke sana berbeza diantara kita..semoaga yang baik2 sahaja utk kita semua..jgn sedih2..jgn risau2..awek klate tetap hangat di pasaran..heheh

~ujicham~ said...

semoga ko panjang umur.. sempat merasa kawen. peace! :)

M.K is Tun Mamat said...

Betul betul btul...